Ikuti Blog Ini

Monday, April 13, 2009

Sifat-sifat ahli syurga (mesti baca)

Firman Allah swt.

“Dan orang yang bertakwa kepada Rabb-nya dibawa ke syurga berombongan, apabila mereka sampai ke syurga itu, pintunya terbuka dan berkatalah kepada mereka penjaganya: Kesejahteraan dilimpahkan atasmu, berbahagialah kamu, masukilah syurga ini, sedang kamu kekal di dalamnya.” (Surah az-Zumar, ayat 73).

Ketahuilah saudaraku,orang-orang yang mendiami syurga itu adalah sehabis-habis tinggi nikmat dan suka cita tinggal di dalamnya.Syurga ini tempat untuk mendapat balasan nikmat.Dikatakan juga,tiada nikmat melainkan semuanya nikmat dalam syurga iaitu bersuka-suka dan bersedap-sedap sahaja.Apabila berada dalam syurga,tiada lagi susah,tiada lagi penat melainkan senang sahaja dan tiada terkena kotor dan tercemar melainkan putih dan hening pakaian dan badan cukup memakai bau-bauan yang sedap-sedap dan rupa diri mereka itu semacam bulan purnama,dan apabila mereka makan dan minum tiada berhajat mereka itu kepada tandas.

Nabi saw bersabda "Pintu syurga ada lapan, tetapi jarak di antara satu pintu dengan yang lain amat jauh, sejauh di antara Makkah dan Hajar (sebuah kota di Bahrain). Jarak ini dijelaskan dalam hadis daripada Abu Hurairah, di mana beliau berkata: “Allah berfirman: Wahai Muhammad, masukkan umatmu yang tidak dihisab melalui pintu sebelah kanan. Mereka bebas masuk pintu lainnya bersama orang lain. Rasulullah SAW bersabda: Demi Rabb yang jiwa Muhammad ada di tangan-Nya, jarak di antara dua daun pintu syurga adalah seperti Makkah dan Hajar atau di antara Hajar dan Makkah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Syurga bukanlah tempat kotor,maka syurga hanya ada untuk kerja makan dan minum,tiada kencing,tiada berak hatta hingus pun tiada,bahkan tempat nak ludah pun tiada.Bahkan semua makanan itu akan menjadi peluh dan mengeluarkan bau semacam kasturi,maka bersuka-suka lah ria dengan isteri-isteri dan gundik-gundiknya.

Nabi saw bersabda”Awal-awal masuk syurga ialah itu adalah atas rupa,muka mereka macam bulan penuh purnama dan tiada mereka itu berludah-ludah dan mengeluarkan air liur dan tiada buang hingus,berak dan kencing,bahkan semua makanan yang dimakan dan minuman akan menjadi peluh,bermula bejana(bekas air) daripada emas,,sisir(sikat) mereka daripada emas dan perak,dan peresapan mereka itu daripada aluah,dan peluh mereka itu berbau kasturi dan tiap-tiap ahli syurga ini masuk kedalam syurga ada 2 isteri (daripada wanita2 dunia)dan lain daripada gundiknya.2 isteri itu akan boleh dinampak anak tulang betih,daripada luar dagingnya daripada segak dan cantiknya,dan tiada berselisih fikiran diantara isteri2 (tiada perasaan cemburu diantara mereka berdua)dan tidak bermaki2,tidak memarah2,tidak benci2 bahkan masing dalam keadaan sukacita mengikut darjat masing2.dan mengucap mereka itu(peghuni syurga)tasbih(subhanAllah) pagi dan petang,bukanlah diberati,bahkan bersedap2 saja(seperti menarik nafas keluar masuk dalam badan).(Hadith sahih riwayat Tirmizi)

Nabi saw bersabda: “Sesungguhnya rombongan pertama yang masuk syurga seperti bulan pada malam purnama dan rombongan seterusnya seperti cahaya bintang yang bersinar di langit, masing-masing daripada mereka mempunyai dua isteri yang mana mereka dapat melihat sum-sum betisnya daripada luar kulit dan di dalam syurga tidak ada orang yang tidak menikah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Ahli syurga itu cukup bagus dan cantik di jadikan Allah.Tidak ada orang yang masuk syurga itu hodoh dan buruk rupanya semacam di dunia.Jika kita ada kecacatan di dunia,segalanya kecacatan ini,apabila kita memasuki syurga, Allah swt akan tukar dengan yang baik.Dan muka semacam bulan purnama dan badan itu puteh hening,sampai nampak otot dalam tulang,dan berpakaian dengan pakaian emas seperti bergelang tangan,bermegah dengan mahkota dan sebagainya.Oleh sebab itulah,kita tidak boleh mengambarkan kerana,tiada contoh bandingnya di dunia.

Di dalam al-quran dan al-hadith memberikan gambaran tentang syurga,tetapi pada hakikatnya,ia lebih lagi,kerana itu merupakan gambaran sahaja.Adapun barang yang tidak pernah terlintas hati,tidak pernah di dengar oleh telinga dan tidak pernah di lihat oleh mata,semua ini ada dalam syurga.

Nabi saw bersabda”Jika barang yang di buang oleh penghuni syurga,nescaya terhias baginya pihak antara barang segala7 petal langit dan bumi,Jikalau penghuni syurga itu terbit ke keluar(di dunia)zahir dia akan segala gelang2nya,maka terpadamlah cahaya matahari,sebagaimana matahari memadamkan cahaya bintang2”.(Riwayat Tirmizi bertaraf gharib)

Firman Allah swt

“Di dalamnya ada sungai-sungai daripada air yang tidak berubah rasa dan baunya, sungai-sungai daripada susu yang tidak berubah rasanya, sungai-sungai daripada khamar yang lazat rasanya bagi peminumnya dan sungai-sungai daripada madu yang disaring dan mereka di dalamnya memperoleh segala macam buah-buahan.” (Surah Muhammad, ayat 15).

21 comments:

  1. memang tujuan untuk kesana
    amal pun harapnya istiqamah hendaknya

    ReplyDelete
  2. hehe.. thanks. kita patut saling ingat-mengingati.. sbb sesungguhnye manusia nih pelupa.. huhu

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah......betapa indah dan damainya di sana.....

    ReplyDelete
  4. joegrimjow ,,,kena banyak doa dan nangis la selalu...

    Jard The Great,,,,terutamanya saya...selalu sangat kene tipu dengn umor remaja nie..

    kayteeze...indahnya...doa lah....

    ReplyDelete
  5. alangkah indahnya, besar hati nak ke sana

    ReplyDelete
  6. wah.. betapa nikmatnya berada di syurga...

    ReplyDelete
  7. satu blog yang menarik.tahniah saya ucapkan. salam perkenalan dan ukhwah

    ReplyDelete
  8. salam..thanx a lot 4 da info..emm kita kene saling ingat mengingatikan..nikmat syurga menjadi idaman setiap insan..

    ReplyDelete
  9. mungkin insan mcm sy boleh ke sana??

    ReplyDelete
  10. Wahai Rasulullah! Ada seseorang yang berperang untuk mendapatkan harta rampasan, ada juga seseorang yang berperang untuk membuktikan kejantanannya dan ada pula seseorang yang berperang untuk melihat kemampuannya. Oleh itu, siapakah di antara mereka yang berada di jalan Allah?” Rasulullah s.a.w. menjawab: “Barangsiapa yang berperang demi menegakkan kalimah Allah, maka beliaulah yang berada di jalan Allah.” (Riwayat Muslim)

    ReplyDelete
  11. Hi!
    I'm a 22 year old girl named Hanna from sweden with a passion for music, photo and vintage, think that says it all!

    ReplyDelete
  12. Salam,,sori kepada semua,,saya x sempat nak reply komen rakan-rakan semua..bak kata amir raja kawaj"I,m sorry"..hu3

    ReplyDelete
  13. x ada mse utk reply komen lg baek...
    sdiakn lbih mse utk takaza agama...
    fkir bgaimana ksemprnaan agama dpt dlm dri sume manusia..
    jgn trtipu dgn usaha slain dr cara Nabi...

    ReplyDelete
  14. Gundik????
    Siapa gundik?
    Di syurga nanti lelaki akan dinikahkan dengan bidadari-bidadari dan ketua bidadari bagi bidadari-bidadari ini adalah isterinya di dunia.Dan cuba fikir...mana yang lebih cantik?ratu bidadari atau bidadari?lebih2 lagi bidadari2 ini akan menjadi pembantu ketua bidadari.

    ReplyDelete
  15. Anonymous:masyaAllah..kene kurban lebi nie....

    ReplyDelete
  16. isteri solehah adalah lebih baik dr bidadari..:)..sy nie bdak bru blaja..ape yg sy tau na kongsi sket laa nie..kte umat akhir zaman plg lama hdup pon 70-80 thun..mkin lama 1 hari pon da ta rase da..skjp sgt..dlam mase 1 hari tu kite bhagi dgn 3..8jam kte tdur,8 jam keje, 8jam na berehat/beriadah..8 jam berehat nie laa na yg boleh kte bhgi 2 pulak..nak buat amal ibadat..kate lah amek 6 jam na buat amal en..so 1 ari 6 jam..seumur hdup yg 80 thun tu bru 172,800 jam je amal ibadah kte..sdg kan kte idup 80 thun tu ade 691,200 jam..172,800 jam tu ta smpai stengah pon dr idop kte..sdg kan kte na syurga ALLAH s.w.t yg kekal slamenye..?..penah kte pkir..?..kte msuk syurga nie bkan psal amal..kte msuk syurga atas rahmat ALLAH s.w.t..ape laa salah nye amek cuti 3 hari utk keluar di jlan ALLAH s.w.t..kte umat akhir zaman klu bwat 10% mcm para sahabat pon da kre berjaya..yg pntg hdup kan sunnah..zaman da terlalu moden nie sunnah da tertinggal..yahudi laknatullah nie pandai..die ta bg kte amal sunnah..padahal dorang sendiri amal sunnah..sbb dorang tau sunnah nie byk fadhilat..1 sunnah yg dihidup kan di akhir zaman dapat 100 pahala syahid..slow2 pon tape..jnji ade..insyaallah..k laa..jazakallah khayr..sape2 ade kluar area2 seremban roger2 lahh..bole sy bwak jemaah snie lpak skali..:)

    ReplyDelete
  17. ALLAHUAKBAR....akhirat segala-galanya...

    ReplyDelete
  18. SubhanalLah..tentulah nikmat paling agung bagi setiap yang masuk syurga adalah Memandang Wajah Rabb Yang Maha Indah.. yang sentiasa misteri dan rahsia di muka dunia ini. tentulah itu nikmat teragung.. tentulah itu nikmat yang wajib dicita-cita, ditunggu-tunggu dan dirindu-rindu saban waktu...Allah.....

    ReplyDelete

Tinggalkan komen anda...Setiap komen anda amat dihargai...
Sila berikan komen dengan penuh adab,Segala Komen yang tidak memenuhi adab,inshallah,akan di delete oleh admin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Telah Link Blog Ini