Ikuti Blog Ini

Thursday, May 28, 2009

Benarkah tutup aurat dapat selamatkan wanita???




Ramai wanita professional dan yang kurang didikan agama hari ini mencebik bibirnya apabila tajuk ini disebutkan, mereka tidak percaya langsung fakta yang disebutkan diatas. Malah ada yang berpendapat lelaki sengaja melakukan perkara buruk kepada wanita kerana ingin menunjukkan kekuasaannya terhadap wanita. Kerap benar saya dengar pandangan ini di media massa.

Hakikatnya, sebagai hamba Allah SWT dan umat Rasulullah SAW kita diajar untuk merujuk Al-Quran dan Al-Hadith bagi mendapat kepastian tentang baik buruk dan benar salahnya sesuatu perkara itu. Dalam hal ini, Allah SWT berfirman :-

"Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu'min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu."
(al-Ahzab: 59)

Jilbab, iaitu pakaian yang lebarnya semacam baju kurung untuk dipakai oleh kaum wanita bagi menutupi tubuh badannya. Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi menerangkan "Sebahagian perempuan Jahiliah apabila keluar rumah, mereka suka menampakkan sebahagian kecantikannya, misalnya dada, leher dan rambut, sehingga mereka ini diganggu oleh laki-laki fasik (jahat) dan yang suka berzina, kemudian turunlah ayat di atas yang memerintahkan kepada orang-orang perempuan Islam untuk melabuhkan jilbabnya itu sehingga semua bahagian-bahagian tubuhnya yang boleh membawa fitnah itu tidak kelihatan. Dengan demikian secara zahirnya pula mereka itu akan dikenali sebagai wanita yang terpelihara (‘afifah) serta tidak mudah diganggu oleh orang-orang yang suka kejahatan atau orang-orang munafik.

Jadi jelasnya, bahawa ayat tersebut memberikan ‘illah (alasan) utama perintah ini adalah kerana bimbang wanita muslimah diganggu oleh orang-orang fasik dan menjadi perhatian orang-orang yang suka berzina. Bukanlah ketakutan yang timbul dari perempuan itu sendiri atau karena tidak percaya kepada mereka, sebagaimana anggapan sebahagian orang, tetapi ia adalah kerana sebahagian wanita yang suka menampakkan perhiasannya, berjalan dengan penuh lenggang lengguk dan bicaranya dibuat-buat manja, sering menarik perhatian nafsu lelaki dan menjadikannya sasaran orang-orang yang suka berzina. (Petikan dari kitab Al-Halal wal Haram fil Islam dengan sedikit pindaan)

Ayat ini juga jelas menunjukkan bahawa salah satu target utama menutup aurat yang diletakkan oleh Allah SWT adalah sebagai kaedah dan cara terbaik bagi mengelakkan wanita Islam dari diganggu dan disakiti.

35 comments:

  1. salam bro, thanx nasihat teww..

    ReplyDelete
  2. wey aku fahmi nie..
    nie blog aku...
    sila follow blog aku ye...

    ReplyDelete
  3. Kak tie mula menutup aurat bila study di IPT. Memang sebelum ni tak tahu langsung hukum tu. Ingat orang yang berdakwah (masa tu orang bertudung digelar gitu)saja2 pakai gitu untuk menunjuk2....

    Kak tie dapat tahu hukum ni bila ustat di situ beritahu hukumnya.. Rasa terpukul betul. Memang malu... kak tie asalnya pemalu....

    Bila balik rumah, beritahu ayah suruh belikan tudung... Ayah belikan tudung putih, siap pesan lagi, dia tak suka kak tie bertudung hitam. Mungkin kerana dia berasa gerun. Kini... anak gadis kak tie sendiri bertudung. Alhamdulillah... rasa bersyukur kerana mendapat hidayah dari Nya.

    ReplyDelete
  4. terima kaseh untuk entry ini

    ReplyDelete
  5. terima kasih kerana mengingati...
    wpun aku pakai tdung sejak sekolah...dan terus pakai d luar waktu sekolah...tp kkdg tu..pakai jugak baju yg x sejajar...

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah...syukran kongsi ilmu yang bermanfaat...dan wajib d ketahui oleh kaum muslimat..:)
    mmg sewajarnye wanita perlu memakai niqab(ttup muka)..byk faedahnye dri pgalaman akak duduk d arab ni yang rata2 muslimah nye berniqab...alhamdulillah mmg byk kebaikan d perolehi...baik dari fitnah or gangguan kaum adam..bahkan wujud rasa rendah diri dan sifat utk mnunjuk2 perhiasan diri mmg langsung x ada...rasanye...smua muslimah sama rata...x de prasaan dr golongan kaya atau miskin asbab suasana berpakaian yang sama(serba hitam)...akak rasa sronok apabila melihat suasana kaum muslimah ini...mnutup aurat sepenuhnye..sehingga mata pun x nmpak...x kisah la tua atau muda...tapi mmg mereka mjga n ambik berat aurat ni....:) moga akak n wanita lain dapat mgambil faedah dan kebaikan pengalaman ini bersama...:) insyaAllah...

    ReplyDelete
  7. salam

    tudung je ke?

    anggota lain?

    maksud saya cam kaki ke

    ReplyDelete
  8. salam.

    di kedah buat masa ini, Sawda Online Agent (SOA) hanya ada di Alor Setar, Jitra, Langkawi & Sg. Petani.

    tuan boleh membuat pendaftaran secara PERCUMA melalui blog saya. cuma klik banner "Sawda Coffee - Online Ordering" utk dptkan ID Pengenal.

    selepas tu, sekiranya tuan ingin mencuba produk berasaskan Habbatus Sawda ini, saya syorkan tuan beli Pakej Promosi Permulaan (Kopi & Minyak) bernilai RM50. Tuan dapat penjimatan sebyk RM10.

    semasa membuat pesana secara ONLINE, tuan boleh pilih penghantaran melalui SOA yang berdekatan dgn tempat tinggal tuan secara PERCUMA. tuan pun blh jimat kos penghantaran sebyk RM5.

    jumlah penjimatan keseluruhan ialah sebanyak RM15....

    ReplyDelete
  9. ada jugak yg dah tahu tapi takde kekuatan nak amal..
    semoga Allah beri kekuatan

    ReplyDelete
  10. Jilbab; syariat dari Allah. tentu pilihan terbaik

    ReplyDelete
  11. tutup aurat itu wajib,bukan harus atau sunat.

    ReplyDelete
  12. alhamdullilah..saling ingat mengingati..

    ReplyDelete
  13. teringat masa 1st time pakai tudung (masa tu lum kawen lg tgh bercinta sakan) hubby kata saya tak cantik pakai tudung. huhuhu. lepas kawen, dia langsung x kasi buka tudung pulak hatta sidai baju depan umah. alhamdulillah lepas buat usaha dakwah ni sedaya upaya akan jaga aurat.

    ReplyDelete
  14. bagus artikel ni.
    kalau nak tau lelaki boleh teransang 30 kali sehari.
    perempuan kena jaga aurat nak elakkan lelaki teransang.

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum...
    Terima kasih saudara untuk entry ini... Bg saya, klu dh termaktub dalam Al-Quran dan Hadis, buat apa kita nk mempersoalkan lg? memang saya setuju sangat...
    Semoga Allah memberkati saudara kerana memperingatkan pembaca2 blog ini termasuk saya... teruskan berjuang, sy sentiasa dibelakang saudara

    ReplyDelete
  16. miey....ok2

    kakteeze....uish...bgoz la,,,skrg kene fkir plak rmai org kt luar tu x pki ramai lagi...hu3

    sharamli....sama...semoga disebar2kan....

    intan....xpa2 insyaAllah ,nanti kene usaha spya ada satu perubahan dlm diri....

    ReplyDelete
  17. ni entry mmg wa respek..pasai pa dia duk ingatkan kita tambahan yg pompuan la yg byk nak kena jaga hampir keseluruhan tubuh depa...berkorban la sikit (atau pelan-pelan belajaq tutup aurat pd sapa yg baru nak start tu) insyaAllah kita selamat & dijauhi fitnah gak. Yg tak berkenan pasai aurat ni, mungkin depa lum dpt hidayah, maka kita pakat sama-2 doakan depa.. jgn duk tempik mereka, ajak elok-2, berhikmah..dgn sabaq...kut depa mau ikut, kita dah tentu pahala, depa pun dpt di'selamat'kan..alhamdulillah.

    ReplyDelete
  18. Baitijannati...wah...dahsyatnya,,bila la agaknya suasana tu nk ada di mlysia nie...kene bnyk buat keje nie...

    qishie ...ala,mula2 atas dulu...dan akhir smpai bwah la...

    Nadri"insyaAllah,,,akan diusahakan....

    mutakalim...slm lama tuan x koomen di blog saya....jupa di medan ijtimak....

    TMFH ...sma2 kaseh....

    ReplyDelete
  19. AZANI ...wah benar.....makruh pun x da....hu3

    atty's ...ya sama2...

    Anonymous ...bgoz la...berkat usha yng mubarak...

    .kakijalan. ...wah info terbaru nie.....30 kali...tudia aih...

    John Iverson.....betul tu....doa kt saya dan umat Nabi saw....

    ReplyDelete
  20. Hanz_Azdi ....slm...wah longat utara noh......kene sbar,istiqomah dan bijaksana.....hikmah pun...

    ReplyDelete
  21. betul kali itu ...tutup aurat melindungi wanita dari segala macam bahya dan godaan..
    please komen juga ke blog ku yaa....

    ReplyDelete
  22. salam ^^

    ramai yang meletakkan jilbab sebagai penghalang dalam kebebasan bergerak. bila berpeluh, kononnya merimaskan. bagi saya, bertudung itu sangat memudahkan. tak perli set rambut berjam. di akhirnya, habis begitu sahaja.

    ReplyDelete
  23. baarakallahu fiik..
    alhamdulillah..teruskan penulisan anda.
    ramai lagi yang mempertikaikan pasal menutup aurat ini hatta mereka yang sudah bergelar pemimpin belum lagi mengikut suruhan Allah ini.
    bertudung hanya apabila ada kematian,kenduri kesyukuran dll...

    ReplyDelete
  24. pengajaran yg menarik..keep it good working..:]

    ReplyDelete
  25. ...mmmmmm
    rasanya someday sy akan pakai hijab yg tutup sume satu bdn tu x?
    hhhehhe..................

    ReplyDelete
  26. Salam dik.. akak setuju dan memang sangat setuju.. terima kasih ya..

    ReplyDelete
  27. memang benar, bertudung boleh memelihara maruah wanita, asalkan dipastikan tudung yang dipakai mengikut guideline yang telah dikeluarkan. bukan pakai tudung (nipis dan colourful dan exciting), tapi leher baju labuh maka bila tunduk nampaklah lurah dada, kemudian bila menonggeng, nampak pula lurah punggung...sangat menggetarkan. auwwww

    ReplyDelete
  28. tudung...sekarang ni tudung mcm trend plak..yg nampak jambul sikit mcm bungkus nasi lemak tu sebenarnya nk tutup aurat ke ape ye? tepuk dada tanya selera.....

    ReplyDelete
  29. salam...wah trima kseh semua komen2.....saya sbuk bangat nk reply...sori daa.....

    ReplyDelete
  30. Blogku juga bahas tentang ini loh...

    ReplyDelete
  31. yang menyebabkan mereka menentang pemakaian tudung atas rasional mengelakkan perkara buruk ke atas mereka adalah, mereka (wanita) sahaja yg kena berbuata sesuatu, lelaki tidak. Walhal yg membuat jenayah adalah lelaki.

    Pandangan ini adalah yang rasa saya menjadi antara hujah wanita-wanita di Malaysia, khususnya yang feminist, yang memperjuang kesamarataan lelaki wanita.

    Ada juga betulnya. Maksud saya, mengelakkan keburukan itu jangan hanya dibeban atas bahu perempuan semata-mata. Kalaulah perempuan disuruh bertudung, maka lelaki juga petut dikempenkan menjaga pandangan, akhlak, tingkah laku dan disiplin terhadap wanita.
    Hakikatnya, is jarang berlaku di Malaysia. Kebanyakan kita hanya menuntut perempuan melakukannya, jarang ia disertakan seruan untuk lekai pula.

    Meskipun begitu, ia akan tetap menimbulkan pertikaian para feminis. Kerana, orang perempauns enang dinilai kerena tudungnya dapat dilihat secara fizikal. Akan tetapi lelaki yang dituntut menjaga adab tingkahlaku susah untuk dinilaikan, kerana ia bukanlah sesuatau yang fizikal sifatnya. Mungkin ada yg berlagak baik, tetapi ada niat jahat sebaliknya.

    Sebab itulah ada anyata wanita enggan bertudung.


    Ibarat kata Marina Mahathir the way you dress won't make you a better Moslem - kurang lebih mcm itulah maksudnya

    ReplyDelete
  32. Assalamualaikum... Salam ziarah dari sahabat.. nice blog n good entry..
    Sedikit tips dan info buat teman2 bloggers.. perkara remeh yg kita kurang perasan.. sila
    klik disini.

    i love you full.. ha..ha..ha..ha...ha..

    Teruskan menulis.. dan semoga sejahtera sentiasa.
    wassalam

    ReplyDelete
  33. Assalammualaikum wrt wbt ...

    Bila kita bertudung, biarlah sempurna .. maksudnya betul2 bertujuan untuk menutup aurat. Kainnya tidak jarang, menutup dada ....

    Begitu juga dengan pakaian yg lainnya, biarlah longgar dan tidak menampakkan susuk badan.

    Wanita ini ibarat lollipop, bila dibungkus elok dan rapi, tiada siapa yg akan hinggap dan kacau tapi bila dibukak .. di pamer, lalat .. langau dan yg seangkatan dengannya akan berebut2 menghampiri. Wallahu alam ...

    ReplyDelete

Tinggalkan komen anda...Setiap komen anda amat dihargai...
Sila berikan komen dengan penuh adab,Segala Komen yang tidak memenuhi adab,inshallah,akan di delete oleh admin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Telah Link Blog Ini