Ikuti Blog Ini

Saturday, May 9, 2009

Sambutan Hari Ibu (pandangan/komen/nasihat)


Gambar sekadar hiasan????

Salam,pada keesokan harinya,tanggal 10/5/09,kita semua akan menyambut sambutan hari ibu,atau ia lebih di kenali sebagai hari memperingati pengorbanan ibu kita.Dalam kita sibuk membuat persiapan untuk menyambut hari yang bertuah ini,negara kita telah digemparkan dengan satu berita,kisah bagaimana seorang ibu tunggal yang bersumpah tidak akan mengampuni dosa anaknya sehingga k akhir hayatnya,bahkan lebih teruk lagi,si ibu ini juga bertindak melaknati anaknya di dalam kehidupan dunia dan di dalam kehidupan akhirat.

Apa yang telah terjadi kepada si ibu ini dan juga si anak ini nanti.Jesteru itu,penulis memohon jasa baik pembaca2 supaya memberikan (pendapat/komen/nasihat dan etc)di atas masalah yang dihadapi oleh keluarga ini.Hasil daripada (pendapat/komen/nasiha dan etc)akan dijadikan ksimpulan kepada pnulis untuk menghasilkan satu artikel berkaitan hari ibu.

(pendapat/komen/nasihat/aduan/amarah dan etc)juga termasuk dalam kes2 sperti dibawah

Punca2 terjadinya masalah2 berikut!!

*Anak derhaka
#punca terjadi/siapa yang bersalah ibu bapa atau pun anak2..


SeLaMAt HaRi IBu.............................di ucapkan kepada semua2 yang bergelar ibu2..

40 comments:

  1. salam,

    pendapat..kalau pendapat saya banyak faktor penyebab dari status anak derhaka ni...tapi saya paling berpegang pada teori anak derhaka ni adalah dari faktor anak sendiri..

    mungkin ramai yang cakap asuhan ibubapa yang berperanan tapi kalau asuhan dan didikan dah diberikan tapi si anak tetap mau jadi jahat takkan salah mak bapak?

    pengalaman di depan mata saya sendiri..sudah di berikan nasihat..sudah diberikan didikan..sudah diberikan hukuman dan akhirnya ibubapa membuang si anak dari keluarga...tapi si anak tetap tak mau berubah...salah siapa?

    ini sekadar pendapat peribadi..seperti yang sy cakap td..banyak faktor yang memainkan peranan~

    ReplyDelete
  2. Muhammad Sayyid bin A Rahman rima kasih...xpa kita tunggu pndapat org lain pula....

    ReplyDelete
  3. salam abang fuad.. kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah takdok tolok bandingnyerrr..

    ReplyDelete
  4. Salam.

    Sebenarnya kita harus bermula dgn soalan yg betul. Mencari siapa salah bukan pilihan yg baik. Tapi mulakan dgn persoalan - bagaimana untuk mengelakkan masalah ini berlaku. Ia seakan sama, tapi percayalah paradigma yg membinanya berbeza.

    Ini bukan zero-sum game, ia harus win-win situation.

    ReplyDelete
  5. Salam,

    Anak2 kak tie kecil lagi, tapi kak tie selalu berdoa agar mereka sentiasa dalam perlindungan dari segala kejahatan.

    Kejadian anak yang derhaka ni banyak puncanya. Kadang2 ianya adalah satu dugaan berat kepada ibubapanya, ada kala kerana salah didikan dan ada juga disebabkan oleh pengaruh luar umpamanya kawan2.

    Apa2 pun, doa seorang ibu amat mujarab. Seperti kata kak tie dulu, walau sejauh manapun menyimpang anaknya, sekiranya ibunya tidak putus2 berdoa, insyaallah, Allah akan tunjukkan jalan untuknya pulang.

    Kerana itu kita sebagai ibu hendaklah berdoa untuk kebaikan anak2 kita dan keturunan kita. Janganlah berputus asa walau apa pun yang terjadi.

    ReplyDelete
  6. Salam sahabat...pada pendapat saya, anak-anak yang dilahirkan itu putih bersih ibarat kain putih, maka ibu bapalah yang mencorakkan kain yang putih itu seperti apa....

    Bolehkah kita menyalahkan kain yang putih itu? ataukah kita nak menyalahkan cat atau warna? ataukah kita hendak menyalahkan orang lain atau nak menyalahkan Allah pulak yang menggerakkan tangan-tangan kita yang mencorak itu?

    Allah dah beri panduan yang lengkap bagaimana ibu bapa harus mencorakkan anak-anak, sekiranya Ibu bapa telah melaksanakannya maka sudah terlepaslah kesalahan kepadanya, tetapi sekiranya tidak, patutkah dia melaknat anaknya itu? bukankah itu juga bermaksud melaknat dirinya sendiri? Maha Suci Allah....Allah Maha Mengetahui...Allah Maha Besar...

    ReplyDelete
  7. akupun tak tau kenapa wujud anak durhaka dan sampai sanggup memukul ibabapa sendiri. tapi ada pendapat mengatakan bahawa punca rezeki yg diberi makan kepada anak2 juga berperanan selain pendidikan agama.

    tapi entahlah. yg nyata anak2 durhaka itu adalah orang yg jauh dari rahmat Allah.

    ReplyDelete
  8. salam,

    hanya ingin menyampaikan sesuatu,

    ada yang mengatakan bahawa hari ibu bukanlah satu budaya dari kita sebagai penganut agama islam, kerana ada yang mengatakan sambutan hari ibu sama seperti menyambut Hari Ibu Tuha di zaman dahulu.

    Jadi bg pndangan saya, Hari Ibu bagi Saya adalah setiap hari. setiah hari saya akan cuba memberi "hadiah" kepada kedua ibu bapa saya, setiap masa dan setiap ketika...dengan mendoakan kesejahteraan mereka

    tapi ini semua adalah pandangan masing-masing, kerana saya tak pernah mnyambutnya..

    ReplyDelete
  9. kasih ibu dibawa ke syurga.. syurga dibawah telapak kaki ibu.. anak derhaka?? anak kurang ajar?? emm.. tidak dinafikan wujud tingkahlaku sebegitu.. salah siapa? ibu bapa yang xpandai mendidik? faktor kawan? faktor kehidupan yang mendesak? keinginan dan kepuasan nafsu? kebongkakan dan kesombongan diri? ya kebanyakan sedikit sebanyak mungkin menjadi pemangkin pada tindakan begitu.. haruskah kita salahkan ibu ayahnya? atau salahkan dirinya sendiri? atau salahkan persekitarannya??

    pada saya setiap kejadian dan peristiwa itu terjadi ada sebabnya.. buat pengajaran pada kita.. buat muhasabah diri dan keinsafan untuk tauladaan dimasa depan.. jika tidak masakan ada cerita sitanggang.. yang hingga kini masih disebut-sebut bila mahu dijadikan teladan..

    setiap manusia akan tersilap langkah.. cuma sama ada jauh atau dekatnya kesilapan itu sahaja yang bezanya.. namun tidak terlambat untuk berubah dan manusia boleh berubah.. pintu taubat masih terbuka.. dan doa yang baik akan sentiasa dimakbulkan.. Insyallah

    ReplyDelete
  10. For me lak....ada banyak faktor terjadinya kes2 camni...saya pun tak boleh nak cakap lebih2 pasal anak2 still kecik2 lagik....masih lagik mendengar kata...tapi from my readings....salah 1 faktor adalah pendidikan awal dari ibu bapa...atau pun ada kesilapan yg mak bapak tu sendiri dah lakukan pada mak bapak diorg sebelum ni and benda tu ter'reflect' semula pd dia....

    ataupun ada juga disebabkan pengaruh luar macam kawan2....pokok pangkalnya jgn kita carik sapa yg salah tapi kita kaji cara untuk elakkan benda2 camni dari terjadi...sebelum mak bapak tunding jari pada anak2 dan kawan2 anak2 kita tengok pada diri kita sendiri dulu sama ada pernah x kita guriskan hati mak bapak kita sebelum ni secara tidak sedar...

    mungkin Allah nak tunjuk semula pada kita as mak bapak di mana silap kita sebelum ni....wallahualam...saya cuma memberi pendapat....bak kata org...what goes around comes around

    ReplyDelete
  11. salam...

    ingatkan nak citer kisah sahabiah yang teringin sangat anaknya syahid di jalan Allah...

    "semasa susu badanku yg pertama masuk kerongkong anakku ini, aku berdoa kepada Allah, ya Tuhan, ambillah nyawa anakku untuk dikorbankan untuk agamamu"

    begitulah kefahaman agama yang ada pada seorang insan yang ditarbiah imannya plus minus 13 tahun sehinggakan sedikitpun x terkesal dengan berita kesyahidan anaknya...

    rupanya cerita anak yang derhaka...

    "hmm, semuanya salah saya, sebab x bwat kerja sungguh2"

    ya Allah jadikanlah aku seorang yang syahid di jalanMu... menjadi asbab terimanya aku, ibu bapaku, kaum kerabatku, jiran tetanggaku, roomate aku, rakan seusahaku, karkun2 lame yang cool, ataupun bahasa ringkas semua ummat nabi saw. diterima dalam kerja agama ini"

    wallahu 'alam...

    ***

    ReplyDelete
  12. hrrmmmm.. salah anak2
    ye la kan, slalu anak2 tak try nak phm kenapa parents diorg tak kasi buat something
    slalu ikutkan prasaan diorg je
    bila something jadi, baru diorg tau knapa parents tak kasi

    kadang2 anak2 sgt memendam rasa jgak
    maksud sy, mcm ikut je apa yg parents ckp
    so diorg xtau apa akibatnya kalau langgar apa yg parents ckp (tak blajar dr pengalaman since parents kasi tau jln yg lurus)
    so dari situ akan timbul prasaan mau cuba something yg against parents aka derhaka kat parents

    sy rasa la, even kalau parents ckp knapa xleh buat ni, xleh buat tu, anak2 nak dgr ke?
    bkn ke mcm lumrah je utk individu tu akan cuba something yg dilarang psl.. sikap ingin tau walaupun benda tu salah?

    mana ada parents yg nak tgk anak diorg hancur, kan?
    thus, obviously salah tu blame kat anak2 psl degil sgt huhu

    p/s: hari2 hari ibu. takkan nak memperingati ibu time hari ibu je? tak ke hypocrite namanya tu? :P

    ReplyDelete
  13. "Tidak perlu menjadi seperti si Tanggang untuk mendapat gelaran Anak Derhaka.....kerana, tidak membaca doa untuk ibu selama tiga hari berturut-turut, sudah cukup untuk menggolongkan kita dalam kelompok anak-anak yang zalim....Na'uzubillahi- min -zaalik!)

    Salam....
    Sila cari frasa ini dalam entri ckLah sempena hari ibu....

    Terima kasih kerana mengundang ckLah untuk menulis komen di sini...

    Blog yang berjiwa......syabas..

    ReplyDelete
  14. rumahku syurga ku... dan ibu itu laksana malaikat!

    ReplyDelete
  15. banyak faktor:Di antaranya,
    1. ibubapa:
    - tidak memberi didikan agama secukupnya. Anak tidak mempunyai pegangan agama yang kukuh.
    - ibu bapa sendiri tidak memberi contoh yang baik. Pagi tadi kpah dengar ceramah dr ustaz antaranya mengatakan kalau kita tidak berbuat baik kepada ibu bapa kita, anak-anak kita juga tidak akan berbuat baik kepada kita.
    - ibu bapa tidak tegas dalam mendidik anak-anak menjadikan anak-anak besar kepala.

    2. anak:
    - memang dalam diri anak itu sendiri sudah ada sifat degil.
    - pengaruh kawan-kawan dan persekitaran.
    - pengaruh media

    Ada anak yang dibesarkan dengan ajaran agama yang kuat. Diajar sembahyang lima waktu sejak kecil. Diberi tazkirah tentang kebesaran Allah dan kemurkaan Allah. Bila anak ini besar dan bercampur dengan dunia luar yang lebih luas, dia lupa akan segala ajaran ibu bapa. Sekiranya anak tidak mempunyai iman yang kuat, maka pengaruh kawan akan mengatasi ajaran ibubapa.

    Jikalau anak yag ada basic agama boleh tergelincir, apatah lagi yang tidak ada langsug.

    Sebab-sebab anak menderhaka ini banyak. Kita tak boleh lihat mereka ini dengan alasan yang serupa. Kena telek dari banyak segi. Apa-apa pun, si ibu yang tidak memaafkan anak lebih baik dibakar saja anak itu hidup-hidup di dunia sebab sudah gerenti anak itu akan terbakar di neraka. Mesti hati si ibu itu sudah teruk tercalar sehigga membuat pegakuan seperti itu. Kesihan si anak.

    ReplyDelete
  16. Salam...

    Mendidik, membesarkan, sememangnya menjadi tanggungjawab ibubapa terhadap anak-anak..namun tidak bermakna apa yang kita rancang dan impikan menjadi kenyataan (baca : sebagai ibu bapa)..

    Namun yang paling penting adalah nilai tolak ansur antara anak dan ibu bapa.. mungkin ada yang akan mengatakan mana mungkin ibu bapa bertolak ansur dengan anak.. namun hakikatnya kesefahaman itu lebih penting dan mampu mengurangkan pertelingkahan antara anak dan ibubapa.. siapa yang harus mengalah.. tidak dapat saya jawab...

    ReplyDelete
  17. salam buat anak pendang sekeluarga..

    Secara ikhlasnya setiap hari adalah hari ibu dan bapa buat saya. Dalam apa situasi pun ibu dan bapa adalah syurga kita. Lelaki walau selepas kawin tetap tanggungjawab x putus kepada mereka. Perempuan selepas kawin syurga berubah kepada mentaati si suami. Dan jangan halang suami berbakti pd org tua nya...

    Saya percaya DOA IBU ADALAH MAKBUL...beberapa kisah walaupun hanya dongeng telah membuktikan keberkatan doa ibu.


    Selamat hari ibu buat ibu2 semua...

    ReplyDelete
  18. salam..saya agak xbersetuju dgn cgpj... yes, ibubapa bertanggungjawab mencorakkan anak2 yg ibarat kain putih. ibu bapa dah berusaha utk didik anak2 dgn cara terbaik skali pun, tapi dgn cabaran arus moden sekarang, byk anasir2 luar mempengaruhi pemikiran remaja, xmustahil didikan yg terbaik pun boleh menghasilkan atau membuah kan anak derhaka. mengapa saya kata begitu??? anak2 xkan selalu bersama ibubapa terutamnya bila semua dah mula berada dialam university, sekolah, dan jauh dr keluarga..peer preasure, media massa and mcm2 lagi faktor yg memboleh kan anak yg dididik dgn baik nih tersimpang jauh..so, jgn menyalahkan ibu bapa totally coz zaman sekarang dah jauh dr islam yg sebenarnya..ni la jadinya.. wallahualam...

    ibu adalah insan yg terbaik dalam hidupku..sedikit pun aku xlayak utk membuatkan dia sedih apatah lagi mengecewakan nya dgn sikap ku hatta dgn kegagalan aku...she will always be in my memory, xde siapa yg dapat gantikannya..pliz guys, treat ur mom and dad nicely, serve them selagi anda masih mempunyai kesempatan...

    ReplyDelete
  19. baru pasan yg ku jawab pendek
    exam
    hehe

    -dew n3 pasal hari ibu
    mgkin ilmu kot faktor die
    ntahhh

    ReplyDelete
  20. Salam,

    Apapun kedua pihak perlu kembali bermuhasabah. Kenapa anaknya jadi begitu, dan kenapa ibunya berdoa begitu...sebelum terlambat, sebelum pintu taubat tertutup. Maka segeralah kembali ke pangkal jalan.

    ReplyDelete
  21. lawati www.youtube.com/ariapertama utk nonton kisah yg ada kaitan dgn seorang ibu.

    ReplyDelete
  22. jadi anak kena banyak sabar.. sabar dan sabar dan sabar...

    jadi emak ( aku rasalah ) kena lagiiii banyak sabar huhu

    ReplyDelete
  23. penyelesaianya cuma satu...ambil ISLAM sebagai jalan hidup. settle segala problem bro..

    ReplyDelete
  24. salam..anak derhaka ini banyak puncanya..tetapi yg banyak saya lihat anak2 yg derhaka ini lahirnya dari keluarga yg bermasalah. Kekadang kita lihat tiada masalah akan sesebuah keluarga itu, semua cukup, makan pakai, harta benda...tapi kekadang jiwa anak2 kosong, mungkin keluarga itu kurangnya pendidikan agama, atau kurangnya kasih sayang dan ambil berat atau anak2 diberi makan dr sumber yg haram dsb...ini menyebabkan apabila dewasa mereka menjadi anak yg derhaka dan bermasalah..kita harus ingat, membentuk anak menjadi seorg manusia yg baik kena bermula dari dalam kandungan...bukan masa dah besar panjang...it is a continuous process..satu process yg bukan mudah! sekadar pandangan Wallahualam

    ReplyDelete
  25. ...diorg byk dtg dr keluarga yg penuh masalah.. tp ade gak dtg dr keluarga yg keturunannya baik-baik!!

    oh, sy ade create sesuatu sempena hari ibu (lahir dari sekeping hati kaler pink ini... ;p ) display kat blog sy.

    [http://hidupinas.blogspot.com/2009/05/kite-kadang-kadang-suke-cari-pasal.html]

    ReplyDelete
  26. Kasih ibu membawa ke syurga.... hargailah ibu semasa beliau masih ada...

    ReplyDelete
  27. dasyat jugak tu mintak tarik nyawa..tp anak tu yang dah melampau.kesiannn..

    ReplyDelete
  28. klau seorg ibu yg telah menggadai nyawa melahirkan anak sanggup mendoakan keburukan buat anaknya, nampaknya ibu ini sgt terluka.. moga keduanya diberi hidayah utk fikir kembali apa yg terjadi..

    ReplyDelete
  29. salam APS, kakchik mohon maaf krn terlambat. ada musibah yg melanda ahli keluarga jadi kakchik tak sempat nak ke sini.
    w/pun terlambat bagi kakchik, ibu ini yg melaknati anaknya di dunia & di akhirat harus juga kita lihat bagaimana orangnya.
    kalau ada insan yg terdekat dgn beliau rasanya lebih elok dinasihatkan agar menarik balik doanya itu. sedangkan Allah itu MAHA PEMAAF, apatah kita hambaNya kerana terlalu kecewa tidak mahu memaafkan.
    Iya, ibu ini mungkin sudah puas menasihati anaknya & sudah lama menanggung derita akibat perbuatan anak yg derhaka ini. Kita tidak mampu menggambarkan perasaan sebenar si-ibu ini.
    Cuma secara teorinya memaafkan lebih baik dari melaknat. Siapa tahu Allah mungkin membuka pintu hati anak tersebut untuk bertaubat, alangkah besar pahala ibu itu jika dia meredhakan anaknya.
    Allahu'alam, kita hanya mampu memberi pandangan, tapi hanya ibu itu, anaknya dan Allah Ta'ala yang lebih memahami. Kesiankan ibu itu, rasa marah kepada anaknya tapi bila ingat hujung jatuhnya kita bertemu Allah, kakchik doakan agar ibu itu memaafkan.

    ReplyDelete
  30. Salam. Trimakasih kerana mengundang saya ke sini. =)

    Siapa yg bersalah: anak / ibu bapa?

    Bagi saya, kedua²nya memainkan peranan. Kesedaran anak itu sendiri dan kasih-sayang ibu bapa. Dan yang paling penting, rujuk kepada Allah swt. Apa² pun yang terjadi, saya percaya, semuanya adalah samada kita kuat berpegang pada tapi Allah atau tidak.

    Saya sangat² percaya, solat 5 waktu adalah penyembuhnya. Saya yakin, anak yang dididik dan mengamalkan ajaran Islam dengan sempurna & teratur, sekurang²nya faham & menghayatinya, susah untuk derhaka. Ibu bapa yang berpegang teguh pada suruhan Islam, insyaAllah keluarganya akan terpelihara.

    Saya juga percaya, jika ibu bapa yang kuat mengamalkan ajaran Islam, tetapi tidak bagi anaknya (malas, solatnya tidak terjaga) berkemungkinan anak akan derhaka. Begitu juga sebaliknya.

    Saya percaya, seorang anak mudah hilang rasa hormatnya jika dia melihat ibu bapanya melalaikan suruhan Allah, apatah lagi untuk menegur dirinya.

    Sebagaimana kehidupan berumahtangga & berkeluarga, saya yakin, pasti ada sejuk panas nya. Dan bila di dalam situasi yang tidak tenang, seharusnya kedua²nya kembali merujuk pada Allah. Solat berjemaah bersama. Bersalaman & bermaafan selesai solat. Pasti akan sejuk kembali. InsyaAllah akan bahagia, diredhai.

    Allahu'alam.

    ReplyDelete
  31. padangan dan pendapat yg sgt berguna sbg panduan menjadi seorg ibu yg baik...dah sbg anak kena byk muhasabah diri...renung² kan la...

    ReplyDelete
  32. Rasanya belum terlambat utk saya mengucapkan HARI IBU.

    Bahawasanya kita manusia selalu terlupa untuk menghargai jasa kedua ibubapa kita semasa mereka masih hidup.

    Bila mereka sudah tiada didunia ini, barulah kita sibuk hendak membalas jasa baik mereka ttp malangnya sudah terlambat.

    ReplyDelete
  33. sedihnya.....

    selamat hari ibu diucapkan, moga anda semua sentiasa berada dalam redha Allah

    ReplyDelete
  34. slm...saya mintak maaf ,,,xdan nak buat rumusan pasal komen2 mengenai hari ibu tu...lagi pun saya dah nk habis praktikal nie,,maklum lah sibuk ckit time cmnie...,,,,insyaAllah skit masa lg saya akan buat rumusan mengenai isu itu...tq

    ReplyDelete
  35. Setiap orang masih punya waktu untuk bertaubat.

    ReplyDelete
  36. mcm mana sy dpt menghubungi sedara? urgent krn agama Allah...

    ReplyDelete
  37. ahmad ..............contact di fuadpendang@gmail.com....

    ReplyDelete

Tinggalkan komen anda...Setiap komen anda amat dihargai...
Sila berikan komen dengan penuh adab,Segala Komen yang tidak memenuhi adab,inshallah,akan di delete oleh admin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Telah Link Blog Ini