Ikuti Blog Ini

Tuesday, February 2, 2010

Di sebalik silaturahim???Jaulah??

Perkataan shillah dari segi bahasa bererti gabung atau kumpul dan makna rahmi pula ialah kaum kerabat yang dekat. Dari segi istilah pula silaturrahim ialah berlaku ihsan kepada kaum kerabat sama ada daripada pihak si penghubung dan yang dihubungkan.

Abu Hurairah R.hu telah pun meriwayatkan sebuah hadis qudsi, bahawa Rasullullah SAW telah bersabda:“Sesungguhnya Allah telah menciptakan makhluk sehingga apabila selesai sebahagian mereka, maka tampillah Rahim dan berkata: “Ini adalah tempat orang yang berlindung dari terputusnya hubungan kekeluargaan”, Allah berfirman: “Ya, Jadi apakah kamu rela kalau Aku menyambung orang yang menyambungkanmu (mendapat balas kasih daripada Allah), dan memutuskan orang yang memutuskanmu (tidak mendapat balas kasih daripada Allah)?” Ia berkata: “Ya.” Allah berfirman: “Maka demikianlah untukmu (Allah menyambungkan rahim orang yang menyambungkan rahim dan memutuskan rahim orang yang memutuskan rahim).” (Hadits riwayat Muslim)


Hikmah pensyariatan silaturrahim


Hikmah bersilaturrahim ialah dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur sebagaimana disebutkan dalam hadis Rasullullah SAW:“Barangsiapa yang suka dimurahkan rezekinya dan dipanjangkan usianya maka hendaklah dia menyambungkan kekeluargaan (silaturrahim).” (Hadits riwayat Muslim)

Begitu juga bersilaturrahim itu boleh menambahkan kehormatan dan pahala selepas kematiannya kerana orang-orang akan mendoakannya setiap kali disebut kebaikannya.

Hukum mengeratkan silaturrahim

Tidak ada perselisihan ulama bahawa mengeratkan silaturrahim sesama saudara hukumnya wajib sebagaimana perintah Allah SWT dalam ayat di bawah ini:“Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.” (Surah an-Nisaa’: Ayat 1)

Kewajipan mengeratkan silaturrahim itu juga disandarkan dengan rasa keimanan kepada Allah sebagaimana disebutkan dalam hadis Rasullullah SAW, Baginda bersabda:“Dan siapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat maka hendaklah dia mengeratkan kekeluargaan (silaturrahim).” (Hadits iwayat Bukhari)

Hukum memutuskan silaturrahim


Memutuskan silaturrahim pula hukumnya haram dan dikira melakukan maksiat besar sehingga mendapat laknat dari Allah SWT, Sebagaimana firmanNya:“(Kalau kamu tidak mematuhi perintah) maka tidakkah kamu harus dibimbang dan dikhuatirkan-jika kamu dapat memegang kuasa-kamu akan melakukan kerosakan di muka bumi, dan memutuskan hubungan silaturrahim dengan kaum kerabat?. (Orang-orang yang melakukan perkara-perkara yang tersebut) merekalah yang dilaknat oleh Allah serta ditulikan pendengaran mereka, dan dibutakan penglihatannya.” (Surah Muhammad: Ayat 22-23)

Apatah lagi orang yang memutuskan silaturrahim ini tidak masuk syurga, sebagaimana sabda Nabi SAW:“Tidak masuk syurga orang yang memutuskan hubungan kekeluargaan.” (Hadits riwayat Muslim)


Moranya disini...Untungnya mereka-mereka yang membuat usaha atas agama Allah kerana asbab daripada usaha inilah,mereka terselamat daripada menjadi orang yang memutuskan hubungan silaturahim,mana tidaknya,hari-hari kene jumpa manusia....

16 comments:

  1. jumpa itu satu perkara. perkara yang lain adalah untuk mengekalkan tali silaturrahim itu sendiri.

    sekarang ramai umat yang berada dalam kejahilan agama mereka turut tambah menyesatkan handai mereka yang sama tidak mengerti. akhirnya perhubungan itu sendiri menjadi sesuatu yang tidak diredhai Allah. itu antara masalah paling dibimbangi ketika ini.

    paling mudah adalah apabila kita mendengar anak2 gadis mengatakan sesama mereka bahawa menutup aurat itu bukanlah suruhan agama.

    nau'zubillah.

    ReplyDelete
  2. iya...atas maksud bersilaturrahimlah saya datang melawat blog saudara =)
    teringat satu hadis tentang tanda kiamat,iaitu manusia mulai hanya memberi salam kpd org yg mereka kenal.Ayuh kita sebarkan salam ke seluaruh alam...

    ReplyDelete
  3. salam sobat
    memang benar,,silaturahmi adalah menjaga hubungan kekeluargaan.
    kalau memutuskan silaturahmi,,tidak akan masuk surga.
    trims kunjungannya,,
    salam kenal.

    ReplyDelete
  4. orang2 beriman itu bersaudara.. saudara atas dasar agama dan Iman^^

    berKasih sayang Kerana ALLaH..

    ReplyDelete
  5. Salam Anak Pendang sekeluarga,

    Pertama, terima kasih kerana ziarah blog saya, alhamdulillah.

    Kedua, saya baru saja habis dgr ttg Allah al-Raqib, (Allah Yang memerhati, Yang Mengawasi). Di hujung ayat 1 surah an-Nisa' tu ada maksud sesungguhnya Allah sentiasa memenrhati (mengawasi kamu). Dinyatakan bahawa sillah itu menyambung kembali yang dah putus, bila dah sambung teruskan ke peringkat saling ziarah menziarah dan saling bantu membantu. Allah mementingkan hubungan sesama manusia, paling utama hubungan keluarga, kedua sesama Muslim dan kemudian sesama makhluk. Oleh sebab itu bila nak bayar zakat cari dahulu keluarga kita yang susah dahulu, bila dah tak ada yang susah barulah sesama Muslim. Maksudnya pengawasan/pemerhatian Allah begitu teliti kepada hubungan ini.

    "Tidak halal bagi seorang Muslim meninggalkan saudaranya yang Muslim lebih daripada 3 hari"

    ReplyDelete
  6. salam ziarah, utk erat silaturahmi

    ReplyDelete
  7. Jazaka Allah Khir

    semoga abg juga di beri keberkatan Insya Allah

    ReplyDelete
  8. Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai)...urm banyak kerje kite yang nak kene buat nie...tp saya masih dok lena lagi nie....

    iqbalsyarie....betul apa yang tuan cakap,tapi bukan salam, kita buat baek kpd org yang kita kenai je,itu pun alamat tanda kiamat....

    NURA....ayuh mari kita berkempen untuk menghidupkan semula usaha silaturrahim nie...

    UmmU SoLehah~ ...benar...berkasih sayang krna Allah...berjumpa dan berpisah kerana Allah,Allah sangat suka...

    Werdah ....tu la pasai....skrg kejahilan di alami umat hari ini,ingat banyak tanggungjawab kita nie,banyak hak muslim yang kita perlu tunaikannya....hak paling penting adalah hak agama...

    ziarah76....ziarah saje ke????

    hainur hapis....aminnnn....

    trik tips bisnis online...betul tu,,,tambah2 silaturahim kerana agama....fuh manyak benefit tu...

    ReplyDelete
  9. terima kasih perkongsian ini :)

    ReplyDelete
  10. Salam..
    Tanda silaturahim, saya lawati blog ni. Marilah lawati blog saya beramai2 bg mewujudkan silaturahim sesama muslim...

    ReplyDelete
  11. Assalam, masyaallah, baik benar nukilan sdr. Saya yang membacanya menjadi semakin bersemangat untuk bersilaturahim, maklumlah kita ni kena sentiasa ingat-mengingati.

    ReplyDelete
  12. seperti ane ini yang silahturahmi ke tempat sobatku ini..silahturahmi itu penting banget..dalam 3hari kita gak sapa teman kita karena permusuhan aja udah berdosa..islam mengajarkan kita betapa pentinganya silahturahmi..

    ReplyDelete
  13. betul betul betul...artikel ini memeberikan pencerahan betapa pentingnya silahturahmi...

    ReplyDelete
  14. Sabda Nabi Muhammad ﺼﻟﻰﷲﻋﻟﻴﻪ ﻮﺴﻟﻣ
    - "Sesungguhnya seutama-utama manusia (orang terdekat) dengan aku pada hari kiamat adalah mereka yang lebih banyak berselawat kepadaku" (An-Nasai, Ibnu Hibban)

    -Allahhumma Solli wa sallim wa barik 'ala Muhammad wa 'ala ali Muhammad-

    Semoga kita dapat memperbanyakkan salawat keatas nabi Muhamad ﺼﻟﻰﷲﻋﻟﻴﻪ ﻮﺴﻟﻣ dan semoga kita semua mendapat syafaat dari Nabi dihari masyhar yang amat mengerikan.

    ReplyDelete

Tinggalkan komen anda...Setiap komen anda amat dihargai...
Sila berikan komen dengan penuh adab,Segala Komen yang tidak memenuhi adab,inshallah,akan di delete oleh admin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Telah Link Blog Ini