Ikuti Blog Ini

Thursday, February 25, 2010

Salam muhasabah,renungan.



Saya baru menerima satu SMS dari rakan saya,dan di antara isi kandungan SMS tersebut adalah seperti dibawah yang mana begitu menarik perhatian saya.Ianya berkaiatan dengan peristiwa kedatangan hari Kiamat “Doom Days”.

Pada 27-11-2009,Hari Raya Aidiladha pada hari jumaat.
Pada 18-12-2009 tahun baru hijrah pada hari jumaat.
Pada 25-12-2009 hari Natal pada hari jumaat.
Pada 01-01-2010 tahun baru pada hari jumaat.
Pada 26-02-2010 Maulud Nabi Saw pada hari jumaat
Pada 02-04-2010 matinya Yesus Kristus pada hari jumaat.
Pada 28-0602010 Hari Wesak pada hari Jumaat
Pada 10-09-2010 Hari Raya Aidilfitri pada hari Jumaat
Ingat saudaraku,di dalam hadith Nabi Saw memberitahu bahawa hari Kiamat bakal terjadi pada hari Jumaat.

Saya juga pernah mendengar satu diskusi berkaitan dengan isu Hari Kiamat yang mana salah satu panel dalam diskusi itu ialah al-Fadhil Ustaz Jamnur Azhar Mulkan (pernah berceramah di dalam radio dan televisyen),beliau menyatakan bahawa beliau baru pulang daripada melawat Palestin dan Israel.

Dalam diskusinya,beliau menceritakan satu tempat di Israel iaitu di Tasik Tiberia yang mana sedang mengalami penyusutan kuantiti air yang sangat mendadak.Beliau juga menyentuh satu hadith Nabi Saw yang berkaitan dengan Tasik Tiberia ini,kata baginda Saw diantara tanda-tanda kiamat ialah berlakunya kekeringan air di Tasik Tiberia.Hujah Ustaz Jamnur Azhar Mulkan ialah dengan menyatakan bahawa kesan daripada penyusutan air tasik ini ialah kerana air daripada tasik ini digunakan untuk menampung sumber bekalan air bagi penduduk Yahudi di Israel.Katanya juga penyusutan air tasik tersebut kira-kira 80%,maknanya tinggal 20% lagi la air tasik tersebut.Kajian ini dibuat akhir tahun 2009.

Saya juga diberi penerangan berkaitan tentang kedatangan Iman Mahdi ,menurut Ustaz Jamnur Azhar Mulkan,Iman Mahdi ini akan datang daripada wilayah di Asia Tenggara dan beliau juga menyatakan bahawa ulama-ulama yang besar-besar dari Negara India,Pakistan dan Bangladesh telah membuat keputusan untuk mengerjakan haji setiap tahun sejak kebelakangan ini,sebelum ini mereka-mereka ini tidak berbuat demikian,selalunya mereka akan mengerjakan haji pada tahun ganjil tetapi mungkin dengan keadaan sekarang (di ambang-ambang kiamat@ akhirul zaman) mungkin menjadi faktor kenapa mereka berbuat demikian.

Bagi anda yang mempunyai pendapat lain berkaitan artikel yang saya tulis ini,sila kemukakan pandangan anda di ruang komen.Sama-sama kita kongsi maklumat berkaitan dengan isu ini….

37 comments:

  1. salam,sapa2 yang ada pandangan,atau komen sila luahkannya disini....

    ReplyDelete
  2. salam.

    dah banyak yang pelik jadik tak pelik sekarang.
    semua yg jatuh pada jumaat merupakan salah satu dari berpuluh contoh yg ada depan mata.

    bersiap sedia. itu saja kalau kita saling beringat.

    alis

    ReplyDelete
  3. Miecyber @ Sudu : insaf,tp saya lemah,la suasana bnyk membentuk diri sy...

    ||alis|| : tapi hari ini org buat biase je...

    ReplyDelete
  4. Hari kiamat tidak diketahui oleh sesiapa pun selain Allah Subhanahu wa Ta'ala. Tugas kita sebagai hambanya buat yang disuruh, tinggal yang dilarang. Sentiasa bersedia tanpa mengira sama ada kiamat sudah hampir atau belum

    ReplyDelete
  5. salam
    Tanda-tanda besar kiamat
    * Keluar sejenis binatang dari perut bumi yang digelar Dabbatul Ardhi.
    * Lahirnya Dajjal.
    * Keluar asap tebal.
    * Turunnya Nabi Isa a.s.
    * Kemunculan Imam Mahdi.
    * Matahari terbit dari ufuk barat.
    * Keluarnya suku Yakjuj dan Makjuj.
    * Diangkat al-Quran dan perkara-perkara yang baik
    * Runtuhnya Ka'abah
    * Terdengar tiupan sangkakala pertama.
    * Ada azan tak di jawab
    * 3 kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat, dan yang ketiga di Semenanjung Arab.

    Tanda-tanda kecil pula banyak di antaranya

    Didapati kini bahawa seluruh tanda-tanda kecil telah muncul dan terbukti seperti yang dinyatakan dalam hadis. Kebanyakan hadis-hadis ini dapat ditemukan di dalam Sahih Muslim, Sahih Bukhari dan Riwayat Tarmizi.

    * Penaklukan Baitulmuqaddis
    “Dari Auf b. Malik r.a., katanya, "Rasulullah s. a. w. telah bersabda:"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari”

    * Zina bermaharajalela
    "Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim ”

    * Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik
    * Bermaharajalela alat muzik
    “ Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah ”

    * Menghias masjid dan membanggakannya
    “ Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai. ”

    * Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik
    “ Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim

    * Ramai orang menuntut ilmu kerana pangkat dan kedudukan

    * Ramai orang soleh meninggal dunia
    “Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran - Riwayat Ahmad ”

    * Orang hina mendapat kedudukan terhormat
    “ Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" - Riwayat Thabrani ”

    * Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
    “Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.
    "Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang." ”

    sebenarnya banyak lagi tanda2 kecil kiamat telah dapat dilihat

    Wallahualam

    ReplyDelete
  6. Salam Anak Pendang sekelurga. Hari Kiamat pasti berlaku.. Allah berfirman kepada Nabi Muhammad saw dalam surah An-Nazi’at [79] : 42 - 46)

    "Mereka (yang ingkar) selalu bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hari kiamat: Bilakah masa datangnya? (42) Apa hubungannya tugasmu dengan (soal) menerangkan masa kedatangan hari kiamat itu? (43) Kepada Tuhanmu lah terserah kesudahan ilmu mengenainya. (44) Tugasmu hanyalah memberi amaran kepada orang yang takut akan huru-hara hari kiamat itu. (45) (Sangatlah dahsyatnya huru-hara hari itu, sehingga orang-orang yang bersalah merasa) pada masa melihatnya: Seolah-olah mereka tidak tinggal di dunia melainkan sekadar satu petang atau paginya sahaja".(46)

    Kita sebagai umat yang beriman mesti berpegang teguh bahawa kiamat itu pasti dan masanya dekat kerana Allah selalu berkata kiamat itu dekat, dan berdasarkan kajian-kajian yang dibuat kita cuma boleh memikirkan tanda-tanda kiamat kevil dan kiamat besar dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mengelakkandiri kita dp ke neraka.

    Saya ada blog yg banyak diisikan dengan hari kiamat.. jika rajin baca singgahlah ke http://harmoniinn.blogspot.com/

    ReplyDelete
  7. Salam.
    Bila tarikh dan masa berlakunya semua itu telah ditetapkan oleh Allah. Jadi masa itu akan tetap tiba walau bagimanapun keadaan kita. Tanda2 kehadirannya telah lama berlaku. Kerasulan Rasulullah, bulan terbelah dua (mukjizat Rasulullah), dan ape lgi yg kita dapat saksikan sekrang ini, adalah tanda kedatangan hari akhirat. Namun, apakah kita benar2 telah membuat persiapan untuk menghadapinya? Sekarang ini adalah masanya bagi kita melakukan satu usaha. Usaha atas iman dan amal. Ini sahajalah penyelamat kita. Dunia dan akhirat.
    Wallahu'alam

    ReplyDelete
  8. Pada 27-11-2009,Hari Raya Aidiladha pada hari jumaat.
    Pada 18-12-2009 tahun baru hijrah pada hari jumaat.
    Pada 25-12-2009 hari Natal pada hari jumaat.
    Pada 01-01-2010 tahun baru pada hari jumaat.
    Pada 26-02-2010 Maulud Nabi Saw pada hari jumaat
    Pada 02-04-2010 matinya Yesus Kristus pada hari jumaat.
    Pada 28-0602010 Hari Wesak pada hari Jumaat
    Pada 10-09-2010 Hari Raya Aidilfitri pada hari Jumaat

    akhy, kalau kita sangkutkan kiamat dengan hari2 diatas ana khawatir kita terjebak kedalam khurafat dan bidah. ana juga pernah mendapat sms seperti itu.
    hari2 diatas bukanlah tanda2 hari kiamat.
    yg pasti kiamat terjadi pada hari jumat.
    mari kita persiapkan iman dan amal untuk menyambutnya.
    semoga allah kekalkan iman kita sampai hari kiamat.... amien.

    ReplyDelete
  9. terima kasih sbb sudi menziarah blog sy...hehe
    sila la follow blog sy..so leh update selalu.=)
    btw..sy jgk ada menerima e-mail seperti entry di blog anda baru2 ini.
    bg sy kita sbg umat Islam kena sentiasa bersedia. Allah dah tnjuk kan kita pelbagai petanda, agar kita lebih bersedia. Begitu Allah syg pd hamba-Nya dgn memberi peringatan, so kita harus la syg pd diri kita sendiri, dgn memperbaiki segala kelemahan agar senang di akhirat nnt. InsyaAllah...

    ReplyDelete
  10. tatkala membaca ayat2 ini, memang mengingatkan kita tentang dunia yang ada skrg hanya sementara. yg kekal selamanya hanyalah Syurga. terima kasih sgt2 atas peringatan. Kita semua sememangnya mempunyai satu hajat yang sama iaitu Syurga. Rancangan Allah adalah yang Terbaik.

    ReplyDelete
  11. saya stujus kiamat sudah dekat, tgk saja masjid2 dihias indah, catastrophe di mana2, omputeh dok sebuk kejar tornado nak amik gamba, maksiat berleluasa, penyanyi tumbuh bagai cendawan lepas ujan... oouuhh, terus terang, saya belum mampu nak berhaji :(

    ReplyDelete
  12. salam sobat
    ya benar kiamat pasti akan datang tiba2 ,,
    makanya kita semua harus berbekal diri ,beribadah,beramal , berbuat baik dan bermanfaat untuk diri kita serta orang lain,,jangan menambah dosa .

    ReplyDelete
  13. salam fuad..
    kalau hari kiamat berlaku bila pun
    tak perlulah kita panik..yang pasti
    kita masih beruntung jika berlaku
    sekarang selagi iman kita masih pada
    Allah dan Rasul Muhammad saw..

    ReplyDelete
  14. da byk dasbnrnye tanda2 kecil kiamat nh..
    kte x tau bile ia akn jadi tp kite kene bersedia selalu..

    ReplyDelete
  15. muhasabah diri bersama.. kiTa 'sedar' KiamaT semakin dekat..adakah kiTa membuat persediaaN untuk itu? atau kita semakin mabuk terhadap dunia ini..

    Allah beri pelbagai tanda, menunjukkan Allah sayang pada kita. Allah ingin mberi peluang untuK kita membersih dan memperbetulkan dri dr kekotoran dunia. namun adakah kita menggunakan peluang itu sebaiknya?

    nice peringatan.. semoga jiwa-jiwa kita menjadi takut dan tunduk kepada ALLaH

    ReplyDelete
  16. Salam, qiamat yg paling dekat ialah kematian kita...sudah bersedia???
    Nabi saw bersabda, lbhkrg, yg lebih dahsyat dari fitnah dajjal ialah seorang yg sedang solat tapi apabila dia merasakan ada org melihat dia, dia memperbaiki solatnya...bkn kerana Allah...
    Jadi setiapmasa kita bersedia lah menghadapi ujian2 dan fitnah2 bkn hanya tunggu bila dajjal nak kuar, bila nak qiamat dll...
    Cuma ummi ingat kata2 Maulana Umar Palampuri, doalah agar kamu tak ketemu dajjal...tapi yaqinlah bahawa kamu akan bertemu dgnnya...
    Ya mungkin sudah dekat masanya...doanya maqbul untuk tidak bertemu dajjal kerana beliau telah kembali ke Rahmatullah...kita???

    ReplyDelete
  17. kita patut percaya kepada kiamat
    kapan terjadinya? berpulang kepada Sang Pemilik

    ReplyDelete
  18. Salam saudaraku. Secara peribadi saya tidak percaya dengan artikel ini. Namun, ia boleh diambil menjadi iktibar juga. Kiasan saya ialah kiamat besar dan kiamat kecil (kematian) memberi kesan yang sama pada individu. Seandainya kita mengetahui tarikh tepat kematian kita (contoh jangkaan oleh Dr perubatan berdasarkan kepakaran mereka), apa yang kita patut lakukan? Banyak panduan diberikan oleh para ustaz dalam hal ini. Wallahualam.

    ReplyDelete
  19. salam dari pak dogol..

    kiamat tidak akan terjadi selagi mushaf Al-Quran tidak terpupus dari dada dan kotak ingatan para muslimin dan muslimat..

    memang benar kiamat itu terjadi pada hari Jumaat..

    disebabkan sedemikian maka setiap kali solat subuh pada hari Jumaat maka dibacakan surah Sajaddah serta bersujud tilawah sebagai tanda bersyukur dan menginsafi akan kebesaranNya..

    tentang persoalan tasik itu disebut bahawa 'raja yahudi' iaitu Dajjal Al-Masih akan keluar setelah air tasik itu kering..

    tentang Imam Mahadi atau 'kiyai agung' itu tidak pernah diriwayatkan..

    pelbagai cerita bida'ah tentang hal ini muncul dan berakar umbi..

    malahan ada yang mengatakan Imam Mahadi ini adalah anak dari Ali ra dengan harimau..

    cuma dikhabarkan bahawa 'angkatan bendera hitam' akan muncul membantu Nabi Isa as dalam memerangi Dajjal dan kekufuran dan datangnya angkatan ini dari daerah asia kecil..

    kiamat akan berlaku setelah Ka'abah diratakan..

    ketika itu hanya 400 orang sahaja di dunia ini yang masih beriman..

    mereka ini akan mengulangi sejarah "Asy-Syahabul Kahfi" dan berakhirnya usia alam ini..

    wallahua'lam..

    adapun tiada siapa yang tahu akan persoalan ghaib ini..

    malahan Rasulullah saw hanya sekadar memberikan gambaran..

    oleh itu harus diingatkan bahawa sekiranya kita meyakini bahawa ada ketetapan tarikh akan kiamat itu maka jatuhlah hukum kuffur kerana ianya adalah salah satu dari 'rukun iman'..

    apa yg berlaku sekarang tentang perkhabaran berantai yg sering meniti adalah sebahagian dari permainan dan strategi musuh Islam dalam menghancurkan akidah orang-orang Isalam itu sendiri..

    salam..

    ReplyDelete
  20. mmg semua orang tahu yang kita umat muhammad saw berada di akhir zaman & byk tanda2 kiamat kecil berlaku..

    ttp yg peliknya, umat islam sekarang nie tak takut utk berbuat kemungkaran..

    p/s: perkongsian yang berguna..

    ReplyDelete
  21. semoga kita sntiasa beribadah pd pnghujung ini

    ReplyDelete
  22. Wallahua'lam minna~
    entry yang bagus~ Keep it up~

    ReplyDelete
  23. Lets stick to the tanda tanda hari Kiamat yang Allah subha nahu wataala firmankan dalam AlQuran dan telah ditafsirkan oleh Rasulullah s.a.w. Dan yang penting ialah persediaan kita untuk balik ke kampung halaman yang yang tiada penghujung itu.Bekalan biar lebih!
    Harap Tuan tidak forwardkan sms itu. cukuplah sampai disini kerana ia agak merbahaya bagi iman!.

    ReplyDelete
  24. Salam..
    Hadis riwayat Abu Hurairah ra.:
    Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Kiamat tidak akan terjadi sebelum kaum muslimin memerangi orang-orang Yahudi, lalu kaum muslimin dapat mengalahkan (membunuh) mereka, sampai-sampai seorang Yahudi bersembunyi di balik batu dan pohon lalu batu dan pohon itu berseru: Hai orang muslim, hai hamba Allah, ini seorang Yahudi di belakangku, kemari dan bunuhlah dia! Kecuali pohon gharqad (sejenis pohon cemara atau pohon berduri), karena pohon itu adalah pohon orang Yahudi

    ReplyDelete
  25. salam ziarah tuan..
    saya pun dpt sms yg sama...sy balas kat sms tu,"tuan,kiamat
    pasti berlaku.suka atau tak pasti akan datang.yg penting,BUKANLAH persediaan utk menghadapinya,tetapi BAGAIMANA keadaan KITA Di Mahsyar sana.org cakap kiamat lama lagi..?inna lillah..
    bukanke kalau dah masuk lubang kubur pun dah 'kiamat' utk yg empunya badan?mana bole kembali ke dunia utk beramal..yg penting semasa hiduplah kena usahakan iman dan amal...sebab tu dakwah dibuat utk usahakan iman dan amal"...wallahu a'alm..

    p/s :jazakallah sudi ziarah blog sy (syukri-abdullah.blogspot.com)

    ReplyDelete
  26. dunia sudah tua. Zaman nabi SAW pun dunia sudah bongkok 3, ini kan pula zaman sekarang.

    ReplyDelete
  27. salam...terima kasih kepada pengkomen semua,sebenarnye hari kiamat ni xde kaitan langsung dgn SMS di ats,tapi 1 bende penting yang boleh kita ambil pengajaran iaitu,kita kene membuat persiapan la untuk menuju kpd hari kiamat ni..kiamat memang akan berlaku tapi usaha persiapan keatas kiamat tu harus di buat terlebih dahulu...

    ReplyDelete
  28. Salam, yang pasti kiamat akan terjadi pada hari jumaat sebagaimana kata Rasulullah. Sms tu macam ada niat tersembunyi, nak samakan Islam dengan agama lain jer. Baca lanjut, http://hurairah.net/?p=1340

    ReplyDelete
  29. salam kenal bro..good blog, wah artiklenya nya juga bagus bro...salam

    ReplyDelete
  30. hasan :yeke...xpe nanti sy semak....

    triktips bisnis online:tuan pun bagoz jugak...

    ReplyDelete
  31. Kebangkitan agama tuhan dan Takkan Melayu Hilang Di Dunia. Hamba perjuangkan kebenaran walau satu dunia menentang hamba. Malaka Yawama Al Dina(Raja Hari Agama). Surat Al Fatahata (Surat Kemenangan Engkau). http://1asalama.blogspot.com

    Alif Lam Mim = Al Ma (Segala Memberi)

    Madinata, Ma - Beri, Dina - Agama, Ta - Engkau

    Masalama, Ma - Beri, Salama - Kesejahteraan

    Mahamada, Ma - Beri, Hamada - Kepujian

    Mahadaya, Ma - Beri, Hadaya - Petunjuk

    ReplyDelete
  32. Kiamat tetap akan tiba suatu hari nanti,
    mati pasti akan menjemput,
    suatu hari nanti.

    Salam ukhwah.
    Jemput ke laman saya,
    http://zaidharis-leechmiracle.blogspot.com/

    ReplyDelete
  33. Mahadaya :makasih ye.....

    zaidharis : benar tuan....

    ReplyDelete
  34. asia tenggara? ..yes i heard taht one...
    which is banu tamim(huruf "ta" dan "mim" is satnd for Tanah Melayu...means banu ta for tanah & mim for melayu...
    melayu nusantara which is includes malaysia, indonesia, thailand and so on...
    we just can predict but ALLAH knows everything...

    dulu ada satu buku diterbitkan oleh karkun jugak...tetapi telah dibatalkan penerbitannya..
    tak silap buku itu bertajuk ahlul bait something lah...isi kandungannya telah diakui oleh Tuan guru haji slleh(bekas syura malaysia yang sekarang menetap di Mekah)..

    harus diingat salah seorang isteri nabi Ibrahim alaihisalam is come form tanah melayu(ta...mim) yakni Siti Kethuroh...selamat mencuba mencari!!!!

    ReplyDelete
  35. Najmusosobah: dahsyat tu....merunkap misteri...

    ReplyDelete

Tinggalkan komen anda...Setiap komen anda amat dihargai...
Sila berikan komen dengan penuh adab,Segala Komen yang tidak memenuhi adab,inshallah,akan di delete oleh admin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Telah Link Blog Ini