Ikuti Blog Ini

Wednesday, January 5, 2011

Kematian?? Bangla-wali????

Gambar arwah.Klik pada gambar untuk zoom

Sejak akhir-akhir ini,penulis agak sibuk bangat melayan karenah dunia yang tidak jemu-jemu menganggu penulis dan mereka yang bergelar insan.Sebelum ini ,penulis ada menceritakaan sedikit cerita mengenai laporan kematian rakan penulis dan juga merupakan rakan seusaha yang mana saat kematiannya di saksikan sendiri oleh penulis ketika penulis baru balik dari tashkil selama 30 hari Shaharanpur,Uttar Pradesh.Ketika di tempat tashkil,rakan penulis ini,telah mengalami kelesuan ,kepenatan dan sebagainya lagi.Penulis mendapat laporan,tahap kesihatan beliau yang agak uzur itu tidak menghalang beliau daripada keluar tashkil di IPB selama 4 bulan.Agak menghairan penulis kerana,syura-syura di Malaysia membenarkan beliau untuk datang ke India,memandangkan tahap kesihatan beliau yang tidak memuaskan,yang sekiranya,terdapat mereka yang ingin datang ke India ini,perlu mempunyai tahap kesihatan yang bagus kerana,kita telah dimaklumkan bahawa tahap mujahadahnya di sana amat berbeza dengan tahap mujahadah di negara kita.

Ketika dalam tashkil pertama,beliau mengadu kepada amer sab jemaah,bahawa beliau mengalami kepenatan dek kerana cuaca di tempat tashkil ketika itu sangat panas kira-kira 48 degree.Penulis juga sendiri tidak tahan dek kerana panas cuaca di situ.Setelah diberikan ubat,namun,penyakit beliau semakin teruk,dimana semakin meruncingkan,dan akhirnya,penulis telah diarahkan oleh amersab untuk berkhidmat untuk membawa pulang Allahyarham ke Markaz Masjid Banggala-wali bersama dengan seorang lagi rakan penulis.Penulis terkenang jasa orang tempatan kerana,bersusah payah mengendol Allahyarham di belakang untuk bergerak,kerana Allahyarham menagadu kepenatan setelah mengalami tempoh perjalanan yang agak lama.

Setelah sampai di Markaz ,kami telah di sambut oleh istiqbal Foreign dan penulis telah membuat aduan kepada pihak istiqbal mengatakan bahawa ahli jemaah kami sakit dan perlu mendapatkan kerehatan di markaz.Setelah beberapa hari berehat di markaz,kesihatan Allahyarham beransur pulih dan pernah sekali penulis bertanya kepada beliau,bagaimana keadaan kesihatannya,lantas beliau denagn tersenyum memberitahu penulis,”Alhamdulillah,dh ok dah”.Senyuman beliau penulis akan ingat kerana ada sesuatu yang penting yang telah menyentak hati sanubari penulis dan insyaAllah,penulis akan ingat kenangan ini sehingga ke akhir hayat penulis.
Pada hari yang kelima setelah,berehat di markaz,pada malam sebelum kejadian,penulis,telah dikejutkan denagn satu suara dengan mengajak penulis untuk ke dewan utama solat untuk program musafaha bersama Hadrat Syeikh Allamah Maulana Saad Al-Kandhalavi .Maka penulis bersama dengan Allahyarham turun sambil tangan beliau dibimbing oleh penulis,ketika melalui kesesakan akibat ratusan manusia yang mahu memasuki bilik Hadrat Syeikh untuk bermusafaha dengan beliau.Alhamdulillah,hajat Allahyarham telah dipermudahkan oleh Allah,dengan mudah penulis bersama Allahyarham diberi peluang untuk memasuki bilik Hadrat Syeikh,dan akhir Allahyarham bersama penulis,ketika samapi giliran Allahyarham bermusafaha dengan hadrat Syeikh,maka Allahyarham dengan perasaan gembira berada di hadapan menghulurkan tangan dan diikuti hadrat syeikh menghulurkan tangan seraya menyahut salam dari Allahyarham,tiba-tiba Allahyarham ingin mencium tangan hadrat syeikh,dan terkejut dengan perbuatan tersebut,lantas hadrat syeikh menarik tangannya untuk mengelak dari dicium oleh Allahayarham.Ketika berbual dengan penulis,Allahyarham memberitahu,mungkin kerana Hadrat Syeikh tidak mahu beliau di sanjungi secara berlebihan.

Pada keesokan harinya,penulis telah dikejutkan dengan berita bahawa,Allahyarham,telah nazak,dengan penulis,melihat keadaan Allahyarham sangat menyedihkan,hampir setiap batuk Allahyarham mengeluarkan darah yang banyak,ketika diberi air zam-zam oleh seorang lelaki arab,maka batuk Allahyarham berkurangan sedikit,namun,nafas Allahyarham tersekat-sekat,mungkin kerana kesukaran bernafas dan akhir setelah mendapat pemeriksaan dari seorang doctor yang sedang khidmat di markaz ini dan seteah di nasihat oleh doctor tersebut,maka Allahyarham telah dibawa ke hospital dengan menggunakan teksi awam yang sering berlegar di perkarangan markaz.

Kira-kira jam 5 ptg,Allahyarham telah dibawa ke hospital,mengharungi jalan raya yang sibuk,terperangkap dlam kesesakan lalu lintas,kesakitan yang di alami oleh Allahyarham semakin bertambah teruk dengan nafasnya yang tercungap-cungap,penulis agak gementar,lalu seraya menyuruh Allahyarham mewiridkan kalimah tauhid.Selepas bertarung dengan kesakitan yang agak mencemaskan,akhirnya sekali,Allahyarham pergi mengadap ilahi,penulis langsung tidak perasaan,kerana hanya sedikit sentuhan yang di alami oleh penulis,Janji Allah pada orang beriman,nyawa di cabut seperti menarik rambut dalam tepung,bila sampai di hospital,setelah pemeriksaan,di sahkan,telah meningggal dunia dalam perjalanan ke hospital.

Setelah,menghubungi orang tanggungjawab markaz,maka jenazah di benar di bawa pulang ke markaz untuk tujuan pengafanan dan pengebumian kerana telah mendapat persetujuan keluarga,penulis juga mendengar cerita bahawa,beliau telah mewasiatkan kepada isteri beliau,kebumikan beliau dimana beliau meninggal.Ketika jenazah sampai di perkarangan Markaz,suasana penuh dengan rakan seusaha yang sedang menanti ketibaan jenazah.Rakan-rakan seusaha yang dari pelbagai bangsa itu terus mengangkat jenazah untuk dibawa ke tempat mandi.Alhamdulillah,penulis dan rakan-rakan seusaha dari Malaysia dan rakan seusaha tempatan di beri peluang untuk memandi dan mengafankan jenazah,dan dibantu oleh beberapa orang Ustaz dari Malaysia yang berada disini.Pada ketika itu jam lewat 11 pm.MasyaAllah,tiada seekor lalat pun datang menghinggapi jenazah,peristiwa luar biasa ini berlaku sampai ke hari besoknya.

Keesokan harinya,penulis di panggil oleh orang khidmat dari Indonesia untuk hadir dalam mesyuarat Markaz Bangla-wali dan dikendaki memberikan karkhuzari .Dalam mesyuarat tersebut yang dihadiri oleh semua elders termasuk Hazrat Syeikh Maulana Muhammad Saad dan Hazrat Syeikh Maulana Zubair.Karkhuzari penulis diterjemahkan oleh seorang Ustaz dari Malaysia.Akhirnya keputusan di buat,jenazah akan di kebumikan di perkuburan Nizhammudin,kira-kira 1KM dari markaz dan akan di solatkan sendiri oleh Hazrat Syeikh Maulana Muhammad Saad bertempat di Ghorib Academy,iaitu berhadapan Markaz ini. Ketika upacara solat jenazah di hendak di jalankan,kedatangan Hazrat Syeikh Maulana Muhammad Saad untuk mengimami solat ini,sebelum,jenazah di solatkan,permintaan dari Hazrat Syeikh Maulana Muhammad Saad untuk melihat buat terakhir kalinya jenazah tersebut,maka seseorang telah membuka kain yang menutupi jenazah,tiba-tiba,terserlah wajah si jenazah dalam keadaan wajah yang nur dan dalam keadaan kesenyuman,Penulis cuba mengamati betul-betul jenazah tersebut,Waallahi,penulis berani bersumpah,memang wajah allahyarham dalam keadaan kesemyuman,Penulis dapat mengingati bait-bait senyuman beliau,kerana sebelum kematian allahyarham,sering bergurau dengannya,dan setiap gurauannya,menyebabkan beliau sering tersenyum.Ketika itu juga penulis melihat reaksi muka Hadrat Syeikh Maulana Muhammad Saad dalam keseyuman dan telah mengeluarkan beberapa patah perkataan dan diantaranya Allahuakbar,dan lainnya yang mana amat sukar bagi penulis untuk ceritakan di sini.

Setelah,solat jenazah tamat,jenazah telah di usung secara beratur,dalam keadaan serah-menyerah diantara rakan seusaha dari pelbagai bangsa dan keturunan sampailah ke tanah perkeburan.

Allahamdulillah,disini,(tanah perkuburan Nizhamuddin),penulis dapat menziarahi pusara Hazrat Maulana Muhammad Umar Palampuri Rah,Hazrat Maulana Muhammad Daud Rah,Hazrat Munsyi Aala Datar Rah,Hazrat Munsyi Bashir Rah dan ramai lagi elders dalam usaha dakwah ini yang di kebumikan disini.Pusara Allahyarham,telah dikebumikan tidak jauh dari pusara Hazrat Maulana Muhammad Umar Palampuri Rah.

p/s: Asbab kenakalan saya dan rakan,selepas selesai proses pengebumian jenazah,kami telah singgah ke satu tempat iaitu Nizhamuddin Aulian Derga.Tahu pada orang tanggungjawab Malaysia,jenuh la…haha

Tidak lupa ucapan Takziah di atas kematian mereka-mereka di bawah,yang meninggal dalam tashkil jemaah.Semoga Allah jadikan pengorbanan mereka asbab hidayat umat,amin.

p/s: al-fatihah kepada arwah Pak Mat Amin dari kawasan Dungun,Terangganu
p/s:al-fatihah kepada Haji Azhar KL,meninggal pada bulan puasa di Nizhamuddin 2010
p/s:Al-Fatihah kepada Haji Roslan,Jemaah Tashkil Sri Petaling,meninggal di Yaman 2010
p/s:Al-Fatihah kepada Bahaman,dari Besut,lemas di Pantai Dungun,2010
p/s:Al-Fatihah kepada Huzaifah,meninggal di Sabah,2010
dan kepada rakan seusaha yang lain,Seharusnya kematian mereka wajar di cemburui.

36 comments:

  1. rs nya ada sorang lg ahli jemaah malaysia syahid di nizamuddin yg tuan tertinggal..orang Kelantan..kejadian berlaku depan mata kwn ana ahli jemaah perjalanan ke india..mereka pn sempat khidmat urus jenazah..subhanAllah

    ReplyDelete
  2. insanlemah : yeke,sy x tahu karkhuzari tu???

    ReplyDelete
  3. جزاك اللهُ خيراً‎ tuan, kematian yg dicemburui. Moga Allah memilih sy & tuan2 beristiqamah & syahid dijalan Allah.. ya Allah

    ReplyDelete
  4. Salam

    kematian mereka amat dicemburui. Mereka telah dapat apa yg mereka telah usahakan. Menikmati wangian syurga di pusara mereka...

    ReplyDelete
  5. Allahyarham org Kelantan..sudah agak berumur..br smp di nizamuddin beberapa hr..blum sempat taskil dia kena sambut Allah pny taskil la..masanya nya antara maghrib isyak 2 minggu hingga 1 bln lepas hr ry puasa, di halqah terjemah malaysia/indonesia..kwn ana cerita slesai mkn lpas bayan maghrib die bising2 ckp nk oksigen..tny org tnggjwb markaz diorng ckp oksigen tank ade kt hospital..yg org Thailand & Indonesia pulak pk allahyarham kne rasuk jin..abis mcm2 skill diorang kuar..apa pn tarak jd..last2 allahyarham dibaringkan & alhamdulillah nama Allah asyik keluar dr mulutnya..pencerita bgtahu mmg jelas nmpk kulitnya kebiruan sikit2 dari kaki hingga kepala..dtg doc inject & ckp die ok (xtahu apa sbenarnya dimaksudkn dgn 'ok'..huhu)..yg pencerita rs lain lepas tu org2 sekitar yg ada di situ mcm biasa..die pk mgkn karkun2 pk yg allahyarham ni bertuah syahid di jln Allah..pencerita sempat khidmat semasa memandikan jenazah & katanya darah fresh kuar dr hidung jenazah..subhanAllah!

    ReplyDelete
  6. Insan lemah,sy x sempat jumpa la...tp mase g ipb,ramai yg meninggal,di kmpg,ade 6 org meninggal...

    ReplyDelete
  7. Aslmkm..

    Alhamdulillah, sebuah kisah yang sangat memberi kesan buat pencinta pencinta akhirat dan sang perindu syahid. Enta sangat bertuah dapat berdampingan dan berkhitmad dengan arwah di akhir hayatnya. Moga menjadi pembakar semangat penulis dan kita semua untuk terus semarak menjalankan usaha agama. Kerana adalah menjadi keinginan setiap sahabat r.a untuk syahid di jalan Allah s.w.t..

    Sesungguhnya ini adalah lambaian kematian yang sangat-sangat dicemburui.. Moga Allah terima pengorbanan beliau jadi asbab hidayat buat umat ini..

    Ya Allah, terimalah kami sebagaimana Engkau telah menerima para sahabat r.a.. Engkau telah mengambil nyawa saudara kami ini ketika beliau berada di JalanMu, sesungguhnya kami amat mencemburui nikmat ini. Ya Allah sudilah kiranya Engkau mengambil nyawa kami juga ketika kami berada di JalanMu.. Matikan kami di atas jalan para Nabi dan para sahabat r.a. Allahummahdina wahdibina waj'alna sababan limadihtada..

    ReplyDelete
  8. salam,

    bro, perenggan ketiga baris ke-18 tu sepatutnya perkataan 'Allahyarham' kan?

    ReplyDelete
  9. Salam tuan,
    masih berbayang-bayang lagi wajah dan susuk tubuh Allahyarham Pak Mat Amin tu, seorang yang sentiasa merendah diri dan tak putus berjemaah di surau...semoga Allah tempatkan bersama-sama orang yang beriman...amin
    ..ABU

    ReplyDelete
  10. ana rase anta satu jemaah ngan kawan ana la...yg balik sambut pose kat malaysia sb tak tahan panas laa..

    bulan pose jugak ade soran gkarkun meninggal waktu tahajud kat markaz ipoh dlm sujud..

    ReplyDelete
  11. Aku ada bersama arwah Abdullah (dari Kelantan) semasa beliau menghembuskan nafas terakhirnya di sana.

    ReplyDelete
  12. Ishak Zaini : memang bertuah pun ustaz,memang ajaib tu ustaz..

    ukhti,mardhiah : mashaALLah..

    maon : sory,x perasan td,nanti kita betulkan.

    Anonymous : kenai ke??? kim salam pada karkun sana..

    akuhuduh:x sure plak le..tp memang panas pun,alhamdulillah,dpt tahan jugak sy..

    Anonymous: Tuan dari halqah mana??

    ReplyDelete
  13. Semoga Allah SWT pilih kia lagi dan lagi keluar di jalanNya.
    Semoga Allah SWT pilih kita juga mati di jalanNya.

    ReplyDelete
  14. Bijen M:amin,doa pada sy azam khidmat taam sri petaling pada tarikh 21-30

    ReplyDelete
  15. Salam ziarah tuan, semoga rohnya dicucuri rahmat. Syahid di jalan Allah. SubahnaAllah.

    Mari kita sama-sama sedekahkan al-Fatihan kepada arwah.

    al-Fatihah.

    ReplyDelete
  16. مسافر_اسلام
    Salam ziarah juga, doa pada saya dan seluruh umat supaya di matikan di atas jalan ornag yang mendirikan agama

    ReplyDelete
  17. Kematian sentiasa memburu kita, beruntunglah orang yg allah pilih untuk syahid di jlannya, semoga allah pilih kita juga. saya baru jengok blog sbb baru balik 40 hari Sri Lanka, nanti insyaallah saya akan tulis karguzarinya nanti

    ReplyDelete
  18. cheegu Musa: Terima kasih,Sri Langka memang dahsyat usaha depa,nanti visit blog chegu untuk baca karkhuzari tu???

    ReplyDelete
  19. I maulana saad..by the way, thanks for the story of me..good job..

    -Syure-

    ReplyDelete
  20. jangan visit lagila lambat lagi lani tengok doh tulis pelan-pelan sangat sebuk

    ReplyDelete
  21. allahuakbar!!

    semoga Allah pilih kita juga

    ReplyDelete
  22. Assalamualikum,
    janji Allah adalah benar, org yg bantu agamaNya akan dpt kemenangan di dunia dan jannah di akhirat...semoga kita jg dpt mngikuti jejak langkah mereka yg telah korban nyawa utk agamaNya...sebagaimana kamu mati, begitu juga kamu akan dibangkitkan,,,Ya Allah, matikan kami dalam perjuangan agamaMu...amin...

    ReplyDelete
  23. Z@i: amin...doa pada saya dan umat.

    Umma-ali: benar,keadaan di dunia,menentukan keadaan seseorang di saat akhir kematiannya...

    ReplyDelete
  24. Yang di pantai dungun tu, amer sab larang mandi... tapi dia orang p mandi jugak.. then lemas.. wallahu'alam..

    ..Allahummaatini afdholama tu'ti ibadakassolehin.. Doa sahabat ketika dalam saf solat... nabi saw dengar... Nabi saw bersabda..kamu akan syahid...

    ReplyDelete
  25. faqir:telah ditakdir Allah pilih mereka mati dlm dakwah,tengah buat dakwah...semoga Allah pilih sy dn semua umat mati dlm kerja dakwah.

    ReplyDelete
  26. assallamualaikum...teruskan mewarnai minda dan mewangikan persekitarannya .
    Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  27. Ya Allah..moga Allah pilih ana & hubby masturat IPB November ini. Amin..

    ReplyDelete
  28. alfatihah buat ayahku..mohd bin mat amin

    ReplyDelete
  29. wadi : amin

    Ummu Fatimah : inshaAllah,smoga Allah kabul...

    Anonymous : owh,yeke...boleh sy hubungi anda...please contact us...

    ReplyDelete
  30. Masya Allah,,,Doakan saya agar bisa IPB secepatnya

    ReplyDelete
  31. Muhammad Fajrin Rachman : terima kasih,semoga Allah pilih Muhammad Fajrin Rachman dan keluarga ke IPB dan seluruh dunia..amin

    ReplyDelete
  32. sgt mencemburui mereka.......

    ReplyDelete
  33. atuk ali saya meninggal mcm tu jugak, tapi dlm nizamudin time sy keluar ipb dulu.. memang mcm tu lah keadaannya ust, wajah muka org shaheed ni mcm senyum dlm majlis para malaikat2 je.

    panas atau sejuk, sy rela klua time sejuk.. tapi apa2 pun dua2 cuaca tu tetap mujahadah..

    ReplyDelete
  34. ..saya dulu di IPB hampir mati...tapi tak jadi

    ReplyDelete

Tinggalkan komen anda...Setiap komen anda amat dihargai...
Sila berikan komen dengan penuh adab,Segala Komen yang tidak memenuhi adab,inshallah,akan di delete oleh admin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Telah Link Blog Ini