Ikuti Blog Ini

Saturday, January 29, 2011

Satu teori atau kebetulan??

Gambar sekadar hiasan
Baru-baru ini kami di daerah Pendang,Kedah telah di kejutkan dengan satu siri kuliah yang di sampai oleh seorang ustaz yang juga bergelarkan doctor iaitu Dr Danial Zainal Abidin.Dalam kuliah yang bertajuk berapakah usia sebenar bumi ini dari perseptif al-quran dan hadith.Pembongkaran yang amat mengejutkan oleh Dr Danial ini telah mengejutkan pelbagai pihak termasuk diri saya sendiri.

Teori yang di kemukan oleh Dr Danial telah menyedarkan kita bahawa sejarah dunia telah di manipulasi oleh para Orientalis Barat.Menurutnya lagi,sejarah usia sebenar bumi ini dan kewujudan makhluk-makhluk pra sejarah seperti Dinasour dan yang lainnya seperti yang di dakwa oleh ahli Sejarah Barat adalah satu penipuan yang nyata.Mereka (ahli sejarah Barat mendakwa usia bumi ini telah melebihi jutaan tahun,bahkan menurut Dr Danial ada juga yang berpendapat usia bumi ini telah melebihi berbilion tahun.Hal ini menurut Dr Danial dan alim ulama kita adalah satu bentuk pendustaan yang nyata dan dengan tujuan untuk memanipulasi pemikiran orang Islam.

Hujah yang pertama yang di kemukakan oleh Dr Danial ialah,menurutnya,seorang ulama iaitu Imam Sayuti Rah,di dalam kitabnya telah menyebut,bahawa usia sebenar bumi ini tidak akan melebihi 7000 tahun.Beliau (Imam Sayuti Rah wafat 911 H) berpendapat sedemikian setelah membuat kajian yang mendalam terhadap Al-Quran dan Hadith,maka dengan itu beliau(Imam Sayuti Rah) telah telah berpendapat sedemikian.

Gambar di amek ketika dalam safar ke India
Dr Danial Zainal telah menerangkan kajian oleh Imam Sayuti Rah,katanya (Dr Danial ) usia bumi ini di kira sejak kewujudan makhluk yang pertama di dunia ini iaitu bapa kepada semua manusia iaitu Nabi Adam As.Sejak daripada kewujudan Nabi Adam As,tarikh umur bumi bermula dan pada telah mencukupi genapnya umur bumi 7000 tahun seperti kajian yang dibuat oleh Imam Sayuti Rah ialah pada tahun 1986 iaitu mencukupi tarikh usia bumi untuk di tamatkan riwayatnya.Namun,dengan ehsan Allah,Allah swt telah izin usia bumi ini di lanjutkan sehingga sekarang iaitu pada tahun 2011.Hal ini bermakna,kita semua telah menerima subsidi umur bumi ini daripada Allah swt iaitu sehingga sekarang,subsidi yang diberikan oleh Allah swt sebanyak 25 tahun.Maka,usia bumi sekarang ialah 7025 tahun,usianya telah lebih dari usianya yang sebenar.

Pendapat yang kedua pula ialah menerut beliau ( Dr Danial ) hasil kajian seorang ulama telah menghasilkan pendapat iaitu usia bumi ini tidak akan melebihi tahun 1500 hijrah.Kajian ini juga di hasilkan berpandukan al-quran dan hadith.Maka,sekarang usianya baru mencecah 1432 hijrah.Maka kita masih punyai tempoh iaitu 68 tahun lagi untuk mengcukupi genapnya usianya yang sebenar iaitu 1500.
Pendapat yang ketiga,menurut beliau (Dr Danial) bahawa seorang saintis Islam,telah melakukan penyelidikan iaitu berkaiatan penggunaan number digit iaitu (0,1),(1,0,)(1,1),(0,0),yang merupakan angka penting untuk computer berkomunikasi,dan number itu juga apa bila di kaitkan dengan tahun 2011,ianya amat signifikasi sekali.iaitu sebagai contohnya (01.01.11)iaitu tarikh permulan tahun ini iaitu 1 Januari 2011.Maka disini,menurut Dr Danial,beliau membuat kesimpulan iaitu pada tahun 2011 merupakan tahun yang mencabar dan penuh dengan misteri,(dan,bagi karkun-karkun,pernah di buat tashkil agar pergi ke IPB or India sebelum berakhirnya 2011.) wahu,a’alam.

Gambar sekadar hiasan
Pendapat yang keempat,menurut seorang ulama( bukan dari Dr Danial sendiri) menyatakan bahawa,Adakah Allah swt akan menyelamatkan Tanah Arab dari menganjur pertandingan Piala Dunia yang di jadual berlangsung pada tahun 2022,iaitu kira-kira 11 tahun dari sekarang.Semua kita sedia maklum bahawa apabila berlangsungnya sesuatu pertandinagn yang bertaraf antarabangsa,terutamanya Pertandingan Bola sepak Piala Dunia,maka jutaan peminat dan pelancong akan membanjiri sesuatu tempat untuk menyaksi dan meraikannya,maka,apabila Qatar iaitu sebuah negara Arab di pilih untuk menjadi tuan rumah piala dunia ini,maka terdapat tanda tanya daripada cendekiawan Islam.Untuk persiapan kali ini,maka tuan rumah perlu menaikan infrastruktur bagi memenuhi standard antarabangsa,maka tidak terkecuali iaitu,penambahan hotel ,pub dan disko juga akan di wujudkan untuk menampung permintaan peminat bola sepak dari seluruh dunia.Maka yang lebih merisaukan alim ulama Islam ialah,tuan rumah juga akan membuka pusat-pusat pelacuran dan pusat perjudian bagi menampung peminat yang datang untuk menyaksi dan berpesta sepanjang berlangsungnya pertandingan ini.

Pembangunan sedang giat di laksanakan di Mekah
Ironisnya,Qatar merupakan negara Arab yang pertama yang akan menganjurkan pertandingan ini,seterusnya meletak Tanah Arab selaku tuan rumah pertandingan tersebut.Maka yang menjadi persoalannyanya sekarang ialah,semua kita sedia maklum bahawa Tanah Arab ini begitu signifikasinya terhadap perkembangan Islam,dan tempat ini juga telah menyaksikan pengorbanan para anbiya a.s dan para sahabat r.hum dalam mensyiarkan Islam,tetapi tidak lama lagi ianya bakal di cemari dengan berlangsungnya pertandingan bola sepak ini dan di dunia arab sekarang ini juga,mereka berlumba-lumba membangunkan negara mereka.Adakah Allah swt akan menghalang perkara aib ini daripada berlaku.??? Adakah Allah swt akan membiarkan mereka-mereka mencemari Tanah Arab yang mana tersemadinya jasab para anbiya a.s n para sahabat r.hum yang mulia.

Kesimpulan,sama ada kita percaya ataupun tidak,maka ianya terpulang pada diri masing-masing.Janganlah kita berputus asa daripada rahmat Allah.Kata alim ulama,”sesungguhnya orang yang paling bijak ialah ianya menggunakan keduniaannya untuk perkara akhirat”.

P/s: jangan sesekali kita meninggalkan asbab kedunian kita,kerana mahu mengejar akhirat sebalik perlulah di seimbangkan.
p/s:Hanya Allah swt yang mengetahui berita-berita ghaib.
Firman Allah swt di dalam surah al-Naml ayat 65 : Ertinya :
Ertinya :" Katakan (wahai Muhammad kepada umatmu) tiada sesiapa di atas muka bumi atau di langit mengetahui perkara ghaib kecuali Allah SWT" .

Saya inginkan pandangan dan komentar dari artikel yang saya tulis ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Telah Link Blog Ini