Ikuti Blog Ini

Saturday, March 19, 2011

Mereka rasa tenang???

Gambar sekadar hiasan
Artikel ini berkaitan dengan jawapan balas aku kepada seorang pak chik yang aku ziarah(khususi) di rumahnya (bukan di kampung aku).Dalam ziarah tersebut,aku mengajaknya untuk mengikuti aku untuk keluar tyge hari,tetapi,dia membalas ajakan aku dengan kata-kata berikut”pak chik rasa tenang dah,dapat belajar agama di masjid,dapat solat berjemaah 5 waktu di masjid,pak chik rasa tenang dah,tak payah la kita keluar-keluar ini”.Aku hanya mampu tersenyum…hahaha

Gambar sekadar hiasan
Syiekh Ilyas Al-Kandhalavi Rah berkata: “ Bagaimana aku ingin berhenti dari melakukan dakwah ini,sedangkan,kekasih aku,Nabi Saw sendiri terpaksa mengalami kesusahan dan kepayahan untuk agama ini,walaupun baginda SAW sendiri telah di janji dengan segala kebaikan oleh Allah SWT,namum baginda SAW telah memilih untuk terjun dalam lautan kesusahan dan kepayahan dalam menghidup dan mengamalkan agama ini.” (Bayan Hidayat Ijtimak Bhopal)

Orang yang memperhatikan sirah (peri-kehidupan/contoh tauladan) para golongan Salafush Soleh dari perkataan dan perbuatan mereka, dia akan melihat bahawa mereka berada dalam rasa takut (khauf) dan sangat berharap (raja’).

Allah SWT berfirman, mengenai sifat sebaik-baik makhluk (Muhammad s.a.w.): “Sesungguhnya orang-orang yang berhati-hati karena takut akan (azab) Tuhan mereka, Dan orang-orang yang beriman dengan ayat-ayat Tuhan mereka, Dan orang-orang yang tidak mempersekutukan dengan Tuhan mereka (sesuatu apapun), Dan orang-orang yang memberikan apa yang telah mereka berikan, dengan hati yang takut, (karena mereka tahu bahwa) sesungguhnya mereka akan kembali kepada Tuhan mereka” (al-Mukminun, 23: 57-60)

Dari ‘Aisyah r.anha, dia berkata: “Aku bertanya kepada Rasulullah tentang ayat ini, “Dan orang-orang yang memberikan apa yang telah mereka berikan dengan hati yang takut...”. Aisyah r.anha berkata: “Apakah mereka orang-orang yang minum arak dan mencuri?” Beliau menjawab: “Tidak wahai puteri ash-Shiddiq, tapi mereka adalah orang-orang yang berpuasa, melaksanakan solat, dan bersedeqah, sedangkan mereka merasa takut amalan-amalan itu tidak diterima. Mereka itu adalah orang yang bersegera dalam kebaikan.” (Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi, no. 3175.

Allah menyebutkan kaum mukminin yang bersegera dalam kebaikan dengan sifat yang paling baik, walaupun mereka telah melaksanakan ibadah dengan sebaik-baiknya, tapi mereka sentiasa merasa takut amalan mereka tidak diterima.

Allah SWT berfirman: (Dan sesiapa yang berjuang (menegakkan Islam) maka sesungguhnya dia hanyalah berjuang untuk kebaikan dirinya sendiri; sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatupun) daripada sekalian makhluk.)(Al-Ankabut 29)


Rahsianya bukan kerana khuwatir Allah tidak memberikan pahala kepada mereka, sekali-kali tidak!! Tapi Kerana Allah tidak akan pernah mengingkari janji-Nya. Allah SWT berfirman:
“Adapun orang-orang yang beriman dan mengerjakan amalan-amalan yang soleh, maka Allah akan memberikan kepada mereka dengan sempurna pahala amalan-amalan mereka; dan Allah tidak menyukai orang-orang yang zalim.” (Ali Imran 3: 57)

Allah SWT berfirman: “Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya, bertambahlah iman mereka.” (Surah al-Anfal, 8: 2)

Bahkan, Allah SWT menambahkan untuk mereka kurnia, kebaikan dan nikmat-Nya:
“agar Allah menyempurnakan kepada mereka pahala mereka dan menambah kepada mereka dari kurnia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri.” (Fathir 35: 30)

Pernah satu masa, Saiyidina Umar r.hu masuk dalam satu majlis, dan ada Saiyidina Uthman r.hu di situ. Lalu Saiyidina Umar r.hu berkata, dalam majlis ini ada seorang yang imannya begitu kuat dan jika imannya dibahagikan-bahagikan kepada sepasukan tentera sekalipun,nescaya akan memadai untuk mereka.

Allah SWT berfirman : “Orang-orang yang terdahulu lagi yang paling awal (masuk Islam) dari golongan muhajirin dan anshar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah redha kepada mereka dan mereka pun redha kepada Allah dan Allah menyediakan bagi mereka syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya selama-lamanya. Mereka kekal di dalamnya. Itulah kemenangan yang besar.” (Surah at-Taubah, 9: 100)

Di surah lain,Allah SWT menyuruh setiap orang beriman supaya beriman lagi.
Allah SWT berfirman: “Wahai orang-orang yang beriman! Berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya... “ (An-Nisaa’ 4: 136)

Ahli mufassirin menyatakan makna ayat ini seolah-olah menyatakan, ”Wahai orang-orang yang beriman, hiduplah kamu dengan kehidupan yang beriman". Iman yang sempurna dan amalan yang sempurna.” Iman yang ada di dalam hati, mazharnya ada dalam kehidupan dan amalan kita.”

Walaupun mereka(para sahabat r.hum) telah di janjikan oleh Allah dengan pelbagai kelebihan dan iman mereka juga telah diikhtiraf oleh Allah SWT,tetapi mereka (para sahabat r.hum) masih lagi meragui status keimanan mereka kepada Allah SWT.

Iman para Sahabat adalah contoh kepada manusia seluruhnya. Allah SWT berfirman: “Dan apabila dikatakan kepada mereka: Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang itu telah beriman..” (Al-Baqarah 2: 13)

Perkataan “orang-orang itu” di sini maknanya ialah “para Sahabat r.hum”. Namun begitu, para sahabat r.hum ini masih lagi diminta untuk memperbaharui (tajdid) dan memperkuatkan iman mereka. sebagaimana sabdaan Rasulullah s.a.w. kepada mereka(para sahabat), ”Perbaharuilah sentiasa iman kamu!” Lalu ditanyakan, macamanakah cara untuk memperbaharui iman itu? Jawab Rasulullah s.a.w., ”Perbanyakkanlah berkenaan qaul (percakapan atau perkataan) Laa ilaaha illalLah!”(Hadis Riwayat Ahmad)

Tetapi, kerana mereka merasa takut belum melaksanakan perintahnya selaras dengan apa yang di kehendaki oleh Allah SWT,maka mereka tidak boleh memastikan bahawa mereka telah melaksanakannya bertepatan dengan keinginan Allah SWT, tetapi mereka mengira telah melakukan kekurangan dalam hal tersebut. Oleh kerana itu mereka merasa takut amalan mereka tidak diterima, maka mereka pun berlumba-lumba dalam melakukan kebaikan dan amalan soleh.

Para Sahabat Rasulullah S.A.W. merasa khuwatir amalan-amalan mereka batal tanpa disedari, hal ini termasuk sebahagian dari kesempurnaan iman mereka. Firman Allah SWT:

“Tidaklah yang merasa aman dan azab Allah,kecuali orang-orang yang merugi.” (al-A’raaf 7: 99)

Seorang Tabien ‘Abdullah bin ‘Ubaidillah bin Abi Mulaikah, seorang yang tsiqah lagi faqih berkata: “Aku mendapati 30 orang Sahabat Nabi s.a.w., semuanya merasa takut kemunafikan menimpa diri mereka, tidak ada seorang pun dari mereka berkata bahawa imannya seperti keimanan Malaikat Jibril dan Mika’il”. (Diriwayatkan oleh al-Bukhari )

al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani berkata dalam Fathul Baari (1/110-111): “Para Sahabat yang didapati oleh Ibnu Abi Mulaikah yang paling utama adalah ‘Aisyah, saudaranya iaitu Asma’, Ummu Salamah, ‘Abdullah bin ‘Umar, ‘Abdullah bin ‘Abbas, ‘Abdullah bin Mas’ud dan ‘Abdullah bin az-Zubair r.’anhum, Abu Hurairah, ‘Uqbah bin al-Harits dan al-Musawwar bin Makhramah, mereka adalah para Sahabat yang ia dengar hadisnya. Ia juga mendapati Sahabat lain yang lebih utama dari mereka, seperti ‘Ali bin Abi Thalib dan Sa’ad bin Abi Waqqash r.’anhum. Ia memastikan bahawa mereka merasa takut (munculnya kemunafikan dalam amalan-amalan mereka. Dan tidak ada nukilan dari selain mereka yang menyalahi hal itu, seakan-akan ini adalah ijma’. Yang demikian itu kerana seorang mukmin terkadang ditimpa rintangan yang mengotori amalnya, sehingga menjadikannya tidak ikhlas, namun rasa takut mereka tidak mengandungi kesan terhadap jatuhnya mereka ke dalam perbuatan tersebut, tapi hanya menunjukkan kelebihan mereka dalam contoh hal kewarakan dan ketakwaan para Sahabat.hum.

Maka, barangsiapa yang selalu melihat hak Penciptanya yang wajib dilakukannya, ia akan tahu secara yakin bahawa ia belum dapat melaksanakannya sebagaimana sewajarnya. Tidak ada yang dapat menyelamatkannya kecuali ampunan-Nya, ia merasa akan celaka bila hanya bersandar kepada amalannya saja.

19 comments:

  1. Assalamualaikum anak pendang,sekadar luahan rasa...kata suami akak yang dah uat usaha kira2 30 tahun...nak ajak sedara2 kita diluar sana datang pada usaha memang mencabar kena hikmah n pandai ikram....kebanyakan karkun2 kurang skill hikmah dan ikram dalam usaha walaupun benda tu dok hari2 kita cakap.....sebab tulah bila kita keluar belajar lagi n lagi untuk islah diri,

    #teringat satu cerita suami,kata seorang Maulana kepada seorang karkun 4 bulan,apa yang akan dilakukan selepas pulang nanti,karkun tu (seorang ahli perniagaan), dia cakap"saya kalau pulang nanti saya akan tasykil anak dan isteri saya tutup aurat n amalkan agama yg sempurna dan saya akan pecah bisnes dengan teman2 saya yang mengamalkan riba dalam bisnes....tau tak maulana tu kata apa???

    #Maulana kata "bagus2,tapi kau takkkan lama dalam usaha kalau gitulah caranya yang kau lakukan....kau akan membuat mereka semakin jauh dari engkau....si karkun tu pun pelik

    #Maulana kata....ikut nasihat aku hidupkan halaqah taalim secara istiqamah dalam keluargamu....hikmah dengan teman2mu,buat kerja secara tertib....insyaAllah mereka yang akan datang padamu.

    di Pakistan...seorang penjual sireh (PAN WALA) dengan iman ...si iman suka beli sireh dengan si penjual sireh..n selalu berbual2 dengan si penjual sireh...lama kelamaan hubungan mereka rapat...sehinggalah si penjual sireh menutup kedai selama 3 hari....si Iman datang untuk beli sireh tetapi dia hampa kedai si penjual sireh tutup,sekembali dari 3 hari...si Iman datang lalu bertanya kemana kau selama 3 hari...jbw si penjual sireh...saya keluar 3 hari...apa tu 3 hari???...tuan betul nak tahu...baiklah nanti hari yang akan datang tuan boleh ikut saya...moralnya HIKMAH TAK...kadang2 sesuatu perkara tu tak perlu kita nak cerita sangat....mereka sendiri yang akan tanya...tapi akhlak kita macam mana dulu...adakah akhlak kita macam si penjual sireh....HIKMAH....

    Rumah kakak sebelah dengan karkun 4 bulan....tapi biasalah kalau kurang sokongan dari keluarga....nampak macam sejuk,karkun2 lain dok sibuk suruh husband akak tasykil...tapi suami akak mendiamkan diri...kata suami akak,takpe kita buat kerjalah,depa dah tahu....apa benda yang kita nak cakap,insyaAllah

    n akhirnya memang betul...sekarang dah panas buat usaha sama2 dengan suami akak Allah kembalikan hidayat atas pengorbanan kita kalau buat usaha sungguh2, hikmah n pandai IKRAM....lagi dan lagi,itulah sebenarnya kekurangan yang ada dalam diri kita...nie sekadar pengalaman moga ada manfaat.JAZAKALLAH

    ReplyDelete
  2. Marina Ali :betul tu,sebenarnya ikram nie bukan bayan,ttp terus kpd praktikal...
    akhlak kita (sy ) kurang...molek...
    ya Allah ampun Ya Allah,jgn jadikan sy penghalang hidayat umat islam..

    ReplyDelete
  3. InsyaALLAH tuan, teruskan usaha agama...kejayaan senantiasa menanti org yg buat usaha agama...

    ReplyDelete
  4. As salam....dtg bertandang ke blog yang penuh manfaat dan pengisian

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum semua sekali,
    terkesan sungguh dgn entrynya...
    lagi terkesan dgn kata2 kakak marina ali di atas..
    sungguh,mard setuju benar,IKRAM MUSLIMIN.
    InsyaAllah.

    ReplyDelete
  6. Daud :inshallah,tuan doakan sy...semoga Allah beri taufik pd sy ....

    Mas blogger :selmat bertandang....jemput la lagi...

    ukhti,mardhiah :wah,kakak berdua,wanita memang pandai bab ikram mengikrami nie...hhahhahhaa

    ReplyDelete
  7. ehh silap tulis dah tahun usaha tu 20 tahun bukannya 30 tahun...kalau 30 tahun mesti abang Salleh dah tuakan kih!Kih...apa2pun doakan untuk akak jugak ye anak pendang untuk kami sekeluarga...:)

    ReplyDelete
  8. kadang2 kita tertipu dengan amal sendiri...merasa enak untuk berzikir sehingga ibadah lain yang lebih utama di tinggalkn........semakin banyak mujahadah semakin terasa kemanisan iman....

    ReplyDelete
  9. Mungkin pak chik tu dh tak larat kot...mana tahu ada penyakit yg menyebabkan dia rasa tk selesa nk kuar lama2, sangka baiklah...tapi jgn lupa doa kat dia, mungkin suatu hari dia terbuka hati..ramai lagi yg diluar sana ckp, "buat apa nk kuar2 ni, nak dpt pahala byk lagi caranya.."
    isk..isk...isk..kalau ikut teori ni, pakat tak
    berkembanglh islam ni..

    baiki amal kita, karkun/karkunah jgn rasa kita
    betul 100%, cubalh baiki akhlak kita utk tawan
    hati mereka, usaha ni usaha yg penuh hikmah sebenarnya...

    ReplyDelete
  10. jemputlah datang ke Limbang nanti, kita bentuk jemaah masturat...

    ReplyDelete
  11. masya Allah..
    perkongsian yg menarek..
    sama2 kita doa untuk hidayat sluruh ummat..
    amin..

    ReplyDelete
  12. Kak Marina Ali:kalo dh 30 thun tu,dh boleh jd syura tu...aisheh......hahahha ..
    inshaAllah,doa pd sy juga...semoga Allah kekalkan kita dlm usha atas hidayat ini.

    PIANED :itu la pasal,teringat pulak sy kisah maulana umar palampuri rah kene tashkil dgn maulana yusuf rah,macam nie la lebeh kurang,mase tu dia sibuk dgn amalan infradi...dia...

    Norsha :sy dh sangka baek dh la tu,sebab itu sy diam...kakak...hahhaha
    mungkin asbab kelemahan amal dan akhlak sy yg jelek ...ya Allah ampun Ya Allah...

    ismadiyusuf :aik,Limbang,hari itu sudah pergi,teserempak dgn TPM ...sempat bergambar dgn TPM lagi..hahahaha,TPM minta karkhuzari usaha dakwah di Limbang,
    jemaaah masturat?? sy belum berpunya lagi la...

    Husaini :sharing is caring...hahhhaa
    sy tulis untuk lepas geram je..hahhahaha

    ReplyDelete
  13. Bila ada korban, susah payah atas agama, InsyaAllah akan lahir rasa kepentingan atas agama dan fikir risau atas agama.. mudah-mudahan Allah swt beri kekuatan kepada diri dan ummat sama-sama buat korban harta, diri dan masa untuk agama..

    InsyaAllah.. azam dan doa..

    ReplyDelete
  14. mujahadah jugak nak bawa halaqah taalim secara istiqamah dalam keluarga.

    tuan-tuan ada syor..?

    ReplyDelete
  15. Hmm.
    Lemahnya rasa diri yang dhaif ni.
    Kena belajar lagi dan lagi.

    ReplyDelete
  16. moga diberikan kekuatan yg sama..
    istiqamah dlm perjuangan..

    ReplyDelete
  17. mhafiz_ydin :inshaAllah...saheh dah,yakin ngn janji2 Allah...

    sevendayz [fikir.risau]:benar,bila mujahadah,Allah bagi kemanisan dlm ibdat.

    Bijen M.:sy lagi la lemah....doa pd sy dan umat.

    : husna :amin,semoga Allah istiqomah kita semua dlm agamaNya..

    ReplyDelete

Tinggalkan komen anda...Setiap komen anda amat dihargai...
Sila berikan komen dengan penuh adab,Segala Komen yang tidak memenuhi adab,inshallah,akan di delete oleh admin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Telah Link Blog Ini