Ikuti Blog Ini

Tuesday, March 29, 2011

Yang seksi Itu Menawan???

Anak buah yang sempoi???
Suasana di tempat kerja aku macam biasa la,maka, penuhlah sekitar Pekan K@#im ini terutamanya di sekitar kawasan perumahanya.Aku adalah salah seorang yang menetap di kawasan ini bersama-sama kawanku,dan penduduk yang lain.

Hampir setiap waktu, dari pagi,tengah hari, petang dan sehinggalah ke tengah malam, kawasan ini dipenuhi dengan kebanyakannya/majoritinya adalah pelajar-pelajar dari IPTA dan pekerja kilang berhampiran. Namun,itu sudah menjadi perkara yang normal dan biasa di mana-mana pun tempat yang membangun yang bernama pekan/bandar/urban/kotaraya. Sebenarnya ada lagi perkara yang lebih “menarik” perhatian. Tetapi, adalah identiti, penampilan dan gaya yang mereka tunjukkan dan peragakan ketika menyibukkan diri di sekitar kawasan ini. Maka, sekali lagilah aku ingin menyentuh tentang perempuan (golongan yang bakal menjadi isteri aku nanti,Inshallah), terutamanya dari golongan pelajar dan pekerja kilang ini.

Adalah suatu yang normal, apabila aku berjalan samada di tempat aku bekerja atau pun di luar sana,pasti aku akan di sajikan dengan “wayang free” dari pelakon yang tidak berbakat ini.Maka terpaksalah aku merendahkan anak mataku walaupun nafsu aku ingin sangat melihat “free show” ini.
Biasanya seseorang anak kecil itu meningkat remaja, lalu mendapat kelonggaran untuk meninggalkan ibu-bapa mereka lantaran tawaran masuk ke IPTA or sebarang pekerjaan, perasaan sedikit kebebasan itu amat dirasai. Lalu, lama kelamaan andainya perasaan dan naluri jiwa itu tidak dikawal, ia mengakibatkan manusia lupa akan batas kebebasan yang sewajarnya. Lalu, tanggungjawab asas masing-masing pun mula terabai.Hal ini merangkumilah tanggungjawab kepada diri sendiri, ibu bapa dan juga Robnya.

Mana tidaknya, kalau wanita-wanita yang berjalan ke sana dan ke mari ini berpenampilan hampir seperti seseorang dari team skuad renang dunia tetapi bukan untuk berenang. Ini dibuktikan!, pakaian mereka memang habis ketat, dari hujung kaki sampailah ke hujung mana entah. Kepalanya sudah tentu juga bertelanjang kebanyakkannya. Al-hamdulillah, walaupun ada di antara mereka yang masih berpakaian ketat dan sendat seumpama baju selam laut dalam dan renang, masih ramai yang tidak meninggalkan tudung atau tidak menelanjangkan kepala serta rambutnya.

Ada pula sebahagiannya memotong/memendekkan habis kain-kain mereka lalu menelanjangkan betis-betis mereka sehinggalah ke peha-peha mereka. Bukan sekadar itu, sebahagiannya yang lain pula, memakai seluar agak panjang, namun, di atas nya pula sengaja ditelanjangkan, lalu dengan megah dan sengaja membanggakan barangan milik bakal anak-anak mereka untuk menghilangkan dahaga itu ditonjolkan keluar sebahagiannya.

Mana tidak menyesakkan hati, mata dan jiwa raga manusia bernama lelaki memandang atau terpandang akannya. Pasti mereka tertawan dan tidak senang duduk jadinya. Biji mata pun jadi tidak tenteram gerakannya.Peragaan mereka ini memang cukup menawan hati-hati lelaki yang gusar dan mudah luntur imannya. Orang-orang yang kuat imannya sebelum ini pun mungkin hangus imannya sekelip mata lantaran panahan dan silauan tubuh-tubuh mereka itu. Apatah lagi yang tidak mementingkan iman dan agama.


Allah s.w.t. berfirman:
"Hendaklah mereka (wanita) menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya) kecuali kepada mahram mereka.” (Surah an-Nuur 24: 31)

Dari sini Allah sudah menggariskan batas-batas peragaan/pemakaian yang perlu anda patuhi sebagai seorang wanita yang beriman dan baik-baik.Hal ini antaranya adalah kerana anda memang kumpulan yang mampu memukau dan menawan naluri lelaki-lelaki di luar sana. Lalu Allah s.w.t. atas sifat kasih sayangnya dan Maha Mengetahui, Dia menjaga anda dengan perintah seperti itu.

Harga ayam sekarang???wei taubat la...!!
Allah s.w.t. berfirman:
“...Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” (Surah an-Nuur 24: 31)
Allah s.w.t. juga memerintahkan kaum lelaki supaya menjaga pendangannya terhadap para wanita:

Allah s.w.t. berfirman:
Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka lalukan." (an-Nuur 24: 30)

Allah s.w.t. berfirman:
“Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka melabuhkan pakaiannya ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (al-Ahzaab 33: 59)

Allah s.w.t. berfirman:
“...kecuali orang-orang yang bertaubat sesudah itu dan memperbaiki (dirinya), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang
.” (an-Nuur 24: 5)

Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Kebahagiaan manusia ada tiga: Wanita yang solehah, tempat tinggal yang baik, dan kenderaan yang baik. Sedangkan kesengsaraan manusia ialah: Wanita yang buruk (perangainya), tempat tinggal yang buruk, dan kenderaan yang buruk.” (Hadis Riwayat Ahmad)
Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Dunia itu seluruhnya adalah perhiasan, sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita/isteri yang solehah.”
(Hadis Riwayat Muslim)

Pengalaman mereka dalam hal ini.

Diceritakan kepada aku oleh seorang ustaz,katanya ada satu jemaah dakwah dari Negara India telah berkunjung ke Hat Yai,Thailand dengan tujuan untuk membuat usaha dakwah di sana,maka apabila dibentuk jemaah untuk membuat ziarah ke rumah orang Islam,maka ketika mereka keluar berziarah,suasana di luar masjid penuh dengan wanita-wanita yang tidak berpakaian,lantas telah menganggu tumpuan ahli jemaah ziarah ini,maka amir jemaah ziarah ini telah membuat keputusan untuk berhenti melakukan ziarah kerana disebabkan ganggu dari wanita ini,ketika mereka pulang dari masjid,telah di tanya oleh seorang syeikh,kenapa kamu semua pulang,mereka (ahli jemaah ziarah) memberitahu,kerana wanita ramai di luar sana,mereka telah menganggu tumpuan kami,maka syiekh tersebut berkata,sejak saya mula melakukan usaha dakwah disini,selama 20 tahun ini,saya tidak pernah melihat mereka (wanita-wanita )itu.Maka kata syeikh itu lagi,orang yang bertakwa kepada Robnya,pasti dan pasti akan di bukakan jalan-jalan kesempitannya.
Allah SWT berfirman:
Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya.Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yg dikehendakiNya)
.
(Al-Talaq 2-3)

29 comments:

  1. Diorang tak tahu harga sebenar ayam melayu..

    ReplyDelete
  2. azharjaafar: kat situ dah ada harga??
    tapi skrg mana ada harga lagi dh...hahhahahaa

    ReplyDelete
  3. ayam atas tu merujuk pada perempuan ke??ada ke cam tu?
    Nauzubillah,kasihan.apa masalah dan kesempitan lah y menyebabkan wanita melayu insyaAllah Islam itu,sanggup diperdagangkan.
    kasihan..kasihan..
    istighfar lah.

    ReplyDelete
  4. owh. maksudnya hrga ayam tu ditujukan kpd kaum pompuan? gitu ek?

    sy sndiri malu bila tgk kaum2 sy berpakaian sebegitu.

    tp prcaya tak, kalu sy ckp kebanyakan bdk2 sekolah agama mudah trkena culture shock...
    kalu dulu brtudung labuh, skrg dh x taw ke mana hilang tudungnya...
    mereka seolah-olah mcm memberontak...
    kt mne silapnya??

    ReplyDelete
  5. KEYAKINAN DALAM HATI PADA BALASAN/AZAB NERAKA SANGAT LEMAH....@ TANPA DISEDARI, DALAM HATI ADA RAGU-RAGU OR WAS-WAS TENTANG AZAB DAN NIKMAT AKHIRAT.....

    ReplyDelete
  6. "Ayam" Malay paling murah??? Astaghfirullah..

    ReplyDelete
  7. kenapa russian yg paling mahal? boleh jd satu kajian kes ni.. hmmmmm.. dunia sudah hampir ke penghujungnya.. mudahan kita tidak terkesan dengan keseronokan sementara yg diwar-warkan tu..

    ReplyDelete
  8. nauzubillah...astaghfirullah...

    SERAM betul baca n3 ni..dunia3..menyeramkan..

    ReplyDelete
  9. Astaghirullah.....tak sanggup nk tengok harga 'ayam' tu...jgn turun bala sudahlah

    ReplyDelete
  10. Assalamu'alaikum.

    Enta kena cepat-cepat kahwin ni syeikh..

    ReplyDelete
  11. Allah. Seganlah jadi perempuan. :|

    ReplyDelete
  12. akibat x amal agama.......harga jadi murah

    ReplyDelete
  13. Dari Abu Said Al-Khudri ra dari Nabi saw bersabda: ”Sesungguhnya dunia itu manis dan lazat, dan sesungguhnya Allah menitipkannya padamu, kemudian melihat bagaimana kamu menggunakannya. Maka hati-hatilah terhadap dunia dan hati-hatilah terhadap wanita, karena fitnah pertama yang menimpa bani Israel disebabkan wanita”(HR Muslim) (At-Taghaabun 14-15)

    ReplyDelete
  14. FITNAH MENIMPA PARA DAI


    http://muslimkeren.wordpress.com/2007/12/12/tiga-fitnah-dunia-yang-menimpa-dai/

    ReplyDelete
  15. ohh...harga 'ayam', semua ada....

    malu juga saya tengok kaum saya berpakaian sebegitu rupa. Lagi malu jika ada mata lelaki yang tak teguh iman memerhati segenap sudut. Kenapa saya yang harus malu, kenapa tidak mereka?

    ReplyDelete
  16. ukhti,mardhiah :biase la,apabila nafsu di turutinya...

    buDAK keCIK :puncanya satu,sebab suasana tiada,mereka mudah terkesan dgn suasana...

    Abu Abdurrahman :akibat,tak yakin ngn janji2 Allah la nie..

    Ummu Fatimah :itu la realitinya,melayu mulia disebabkan kemuliannya.

    Ahliacikgukhairul :mungkin org rusia paling cantik n seksi kot...hahhaahaa

    ReplyDelete
  17. asy_syakirin :seram???sabaq2..wahai wanita yang mulia,anda telah diberikan fadhilat yg sebegitu besar oleh Allah swt..

    Norsha :kak,amalan org malaysia nie,dh smpai tahap di bantai musibah je,tp mungkin asbab doa2 org2 soleh,Allah masih kesian lagi kot..

    Ishak Zaini:ustaz,sy muda lagi la...hahaha,doa la..

    ~PENCHENTA~ :jgn segan,awak patut berbangga,bukan semua wanita mcm itu...

    perintah berkurung :seksi,seks dan seksa,natijahnya akan di seksa...

    Abu Abdurrahman :kemulian sesuatu bangsa/manusia terletak pd amalan agamanya..

    Anonymous1:saheh tuan..dua pd umat dan sy..

    Anonymous 2:memang fitnah pun,musibah besar...bukan wanita mcm nie je,jd fitnah,wanita yg menjadi penghalang suami bikin kerja dakwah pun ,merupakan fitnah..

    Afida Anuar :mungkin awak ada kerisauan agama,tahniah sy ucapkan...semoga istiqomah ....

    ReplyDelete
  18. tunggu pa lg, jadikan usaha sebagai maksud

    ReplyDelete
  19. tunggu pa lagi, jadikan usaha agama sebagai maksud hidup, yg hak dihakkan, yg batil ditengelamkan

    ReplyDelete
  20. ya Allah, lindungi kamii semua dari fitnah dunia, fitnah wanita dan fitnah dajjal..amin

    ReplyDelete
  21. Salam,anak pendang....lambatnya akak nak mengomen hehehe biasalah bz ngan anak2,suami kih! kih!,apa2pun akak syukur coz dah kahwin,hah cepat2 anak pendang cari pilihan hati,cari yang sekufu,InsyaAllah akak doakan untuk anak Pendang ye.

    ReplyDelete
  22. "Sama- sama mantapkan lagi usaha, semoga menjadi asbab hidayah dihantar"

    ReplyDelete
  23. Anonymous :inshaallah,doakn sy..

    Anonymous 2 :inshallah,doakn sy dan umat...

    husaini :amin...

    Marina Ali :tahniah kak,smoga Allah istiqomah kita dlm usaha yg barakah ini.

    BaiTiL a'tiQa :inshaalah,doakn sy..

    ReplyDelete
  24. kesimpulannya...harga tersebut berdasarkan tiket 'air asia' skrg bagi penerbangan sehala...

    russia paling mahai sb paling jauh.. nie matematik senang jer...

    ReplyDelete
  25. wanita diperdagangkan seperti ayam? nauzubillah

    terasa "segan" jadi wanita (T_T)

    Islam telah memuliakan darjat wanita , kini kembali ke zaman jahiliyah kembali.nauzubillah!

    ReplyDelete
  26. akuhuduh:mungkin juga kot....hahhahaha

    nur cahaya : kemulian kita di dlm agama,kehinaan kita di dlm memaksiati Allah..

    ReplyDelete
  27. Ya Allah, Engkau anugerahkanlah keindahan malu ke dalam hati-hati kami hamba-Mu ini. Kerana malulah kecantikan dan keindahan agung pada seorang hamba terutama wanita. Sifat malu anugerahmu membuat alam ini subur dengan iman, manusianya mati kejahatan. Yaa Allah, jadikanlah kami pemalu di dunia ini, pemalu di hadapan-Mu yang akhirnya sifat malu itulah yang akan meningkatkan harga kami di sisi-Mu.. Amiiin Yaa Rabb..

    ReplyDelete
  28. Anak Pendang Sekeluarga, jawapan saya untuk entry anda ini adalah(sebab ada tanda soal, kan..mcm tanyala tu.. :) ), bukan yang seksi itu menawan.. tetapi yang pemalu itulah...

    ReplyDelete

Tinggalkan komen anda...Setiap komen anda amat dihargai...
Sila berikan komen dengan penuh adab,Segala Komen yang tidak memenuhi adab,inshallah,akan di delete oleh admin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Telah Link Blog Ini