Ikuti Blog Ini

Wednesday, April 13, 2011

Dakwaan ada kubur sahabat Nabi di Malaysia

Anak panah merah mewakili pergerakan para sahabat r.hum ke China bermula Madinah,Yaman,Gujerat,Bengal,Chittagong,Acheh,Melaka.

Wilayah nusantara ini didiami oleh rumpun bangsa Melayu(Jawi).Saat ini terdapat sekitar setengah Bilion penduduk yang mendiami wilayah ini.Dengan penduduk seramai 350 juta orang,dan diantaranya beragama Islam,ianya menjadikan rumpun bangsa Melayu adalah bangsa Muslim terbesar di dunia,bahkan lebih besar jika dibandingkan dengan seluruh bangsa Arab yang merupakan bangsa pertama menjadi bangsa Muslim pertama.Ianya merupakan satu fenomena yang tidak ada pada bangsa lain dalam dunia ini.

Tentang dakwaan yang mengatakan terdapat puluhan kubur sahabat di nusantara, ini tidak boleh dinafikan tetapi tidak dapat dibuktikan.Hujah dan dakwaan untuk menyokong akan kemungkinan wujudnya para sahabat yang syahid/meninggal dunia dan dimaqamkan di nusantara tetap ada.

Para Sahabat Rasulullah SAW jumlahnya melebihi 100,000 orang.Hal ini adalah berdasarkan kepada umat Islam yang pada ketika itu,berkumpul di Padang Arafah untuk mendengar amanat dan pesan terakhir rasulullah SAW (hajatul Wida).Ribuan dari mereka telah tersebar ke seluruh dunia.Syeikh Yusof Al-Kandhalawi rah (pengarang kitab Hayatus Sahabah) berkata bahawa,para sahabat r.hum bergerak mengikut arah di mana kuda dan unta mereka bergerak.Hal ini terbukti apabila sahabat seperti Saidina Bilal r.hu,maqamnya di Syria,manakala Saidina Abu Ayub al-Ansari r.hu yang lahirnya di Madinah tetapi maqamnya di Istanbul,Turki.Para ulama berkata bahawa maqam para sahabat Nabi SAW berjumlah 70 orang,dan 35 orang sahabat maqam mereka di Kota Istanbul,Turki.Maqam para sahabat r.hu juga terdapat di China,India dan di benua Afrika.Bahkan ada juga pendapat menyatakan bahawa para sahabat Nabi saw pernah menjejak kaki sampai ke selatan benua Afrika.

1. Salah seorang dari sahabat Rasulullah SAW yang bernama Saidina Saad bin Lubaid al-Habsyi r.hu adalah salah seorang dari 73 orang yang diarahkan Nabi saw untuk berhijrah ke Habsyah sebelum berlakunya hijrah ke Madinah. Saidina Saad bin Lubaid al-Habsyi r.hu dan rakannya Saidina Yusof r.hu serta sahabat yang lain telah berlayar dari Habsyah ke China dan membina 2 buah masjid di Hanchow dan Canton (sekarang Guangzhou). Beliau bersama sahabatnya yang lain telah berdakwah di Chuan Chow, Chang Chow dan Canton serta bertanggungjawab mendirikan masjid Kwang Tah Se dan masjid Chee Lin Se di daerah Guangzhou.China juga telah lama menjadi destinasi perniagaan orang Arab bahkan di zaman dinasti Tang (sebelum kurun ke 7 M) telah ada komuniti masyarakat Arab (sebelum Islam) yang besar di Canton(Guangzhou).Saidina Saad bin Lubaid al-Habsyi r.hu telah berdakwah di sana. Jika mereka berulang alik di antara Tanah Arab dan Tanah Besar China maka tidak mustahil ada para sahabat r.hum yang singgah di Tanah Melayu dan kepulauan Melayu. Menurut catatan rasmi Dinasti Tang (618-905M), Islam dibawa kira-kira pada 651/652M (kurun ke 7M) apabila satu utusan Islam yang dikirimkan oleh Khalifah Othman b. Affan r.hu telah sampai ke Chang-an (kini Xian) ibu kota Dinasti Tang.(Sila rujuk buku yang di tulia oleh Hj Ibrahim Tien Y.M yang berjudul 'Perkembangan Islam di Tiongkok (China)'.

Makam yang di dakwa milik sahabat nabi Saidina Saad bin Abi Waqas r.hu

2. Ada sebilangan ahli sejarah Islam berpendapat,salah seorang dari sahabat besar Rasulullah SAW turut serta dalam ekspedisi itu adalah Saidina Saad bin Abi Waqqash r.hu,dan makamnya terletak di Guang Zhou (dulu Canton)di Negara China.Hal ini bermakna Masjid yang dibina di Guong Zhou (dulu Canton) adalah yang paling tua di Asia dan sezaman dengan Rasulullah SAW dan para sahabat.Untuk maklumat pembaca,Saidina Saad bin Abi Waqqash r.hu telah masuk Islam di hari pertamanya keislaman Saidina Abu Bakar r.hu.(Sila rujuk kitab Al Bidayah Wal Nihayah)

3, Menurut Monuskrip kuno Tiongkok ,pada tahun 625 M (hanya selepas 15 tahun Rasulullah SAW menerima) sudah ada perkampungan Arab di Sumatera Utara. Jadi hanya 9 tahun sejak Rasulullah SAW mempraktikan dakwah Islam secara terbuka, di pesisir Sumatera sudah terdapat sebuah perkampungan Islam,besar kemungkinan sebahagian mereka adalah sahabat-sahabat r.hum (iaitu mereka yang pernah berjumpa dengan Rasulullah SAW). Sebuah dokumen kuno asal Tiongkok menyebutkan, pada sekitar tahun 625M di pesisir pantai Sumatera, yang berada di dalam naungan Kerajaan Sriwijaya, telah berdiri sebuah perkampungan Arab.

Tahun 676M (48H)
Ditemukan beberapa makam Sahabat Nabi Muhammad SAW di Nusantara. Salah satu yang paling terkenal adalah makam Syeikh Rukunuddin r.hu(ada pendapat mereka adalah orang yang sama Saidina Wahab bin Qobishoh r.hu.) di Barus (Fansur) dekat Acheh, Sumatera Utara. Pada makamnya tertulis bahwa beliau wafat pada tahun 48 H. Tidak diketahui siapa nama Syeikh Rukunuddin r.hu sebenarnya,tapi dari tarikh kewafatanya kita boleh mengatakan bahwa kemungkinan beliau adalah salah sorang sahabat Nabi Muhammad SAW, yaitu orang yang hidup sezaman dan berjumpa dengan beliau. Maka,hal ini membenarkan lagi dakwaan bahawa ada para sahabat r.hu dan tabiin telah memulai gelombang awal sejarah pengislam di Bumi Nusantara.Kajian mengenai ini telah di buat oleh seorang pakar sejarah Islam Indonesia iaitu Ustadz Muhammad Nur Abdurrahman,dalam buku karangannya “Meninjau Kembali Masa Hidup Rasulullah”.Pendapat beliau dapat di nukilkan seperti berikut.

1. Surat dakwah yang disebarkan Rasulullah ke seluruh pelosok wilayah,dan boleh jadi ada yang ditujukan kepada Raja Sriwijaya,dan besar kemungkinan,surat ini dibawa oleh para sahabat r.hum di atas.Hal ini adalah kerana telah adanya hubungan perdagangan antara kerajaan Sriwijaya dengan bangsa Arab, yang ditandai dengan keberadaan perkampungan Arab di Sriwijaya, tahun 625M.

2. Misi dakwah ke Nusantara, semakin intensif dilakukan pada masa Khalifah Muawiyah r.hu ,dan ianya tidak menutup kemungkinan bahawa Syeikh Rukunuddin r.hu (atau Saidina Wahab bin Qobishoh r.hu.), adalah salah seorang sahabat Rasulullah, yang dikirim kerajaan Bani Umayyah, untuk menjadi salah seorang juru dakwah di Nusantara.Kebiasanya,mereka(para sahabat berjemaah dalam melakukan sesuatu ekspedisi dakwah) dan kemungkinan Syeikh Rukunuddin r.hu atau Saidina Wahab bin Qobishoh r.hu merupakan amir kepada jemaah ini.


Ahli sejarah Islam Indonesia,Sulaiman Wiranto dalam buku karangan beliau "Islam di Bengal dan kesannya kepada Nusantara" menyebut di tahun 620 M bahawa bebarapa orang sahabat Nabi saw seperti Saad bin Abu Waqqas r.hu,Saad bin Lubaid r.hu,Yusof r.hu,Malik ibn Wahaib r.hu, Qays bin Huzayfah r.hu, ‘Urwa ibn Athathah r.hu, Abu Qays ibn al-Hārith r.hu dan sahabat yang lain (kemungkinan mereka ini dalam satu jemaah Dakwah ) di tahun ke tujuh kerasulan Nabi saw telah berlayar dari Madinah ke China melalui Gujerat,Bengal,Chittagong,Acheh,Melaka dan seterusnya ke China.Ekspedisi dakwah mereka mengambil masa 9 tahun untuk sampai ke China.

Jelas, Islam di Nusantara termasuk generasi Islam pertama. Hal inilah para sejarawan memanggilkannya sebagai Teori Makkah. Jadi Islam di Nusantara ini sebenarnya bukan berasal dari para pedagang India (Gujarat) atau yang dikenal sebagai Teori Gujarat yang berasal dari pendapat ahli orientalis Barat Snouck Hurgronje, kerana para pedagang yang datang dari India, mereka ini sebenarnya berasal dari Jazirah Arab, lalu dalam perjalanan melayari lautan menuju Sumatera (Bandar Aceh sekarang ini) mereka singgah dulu di India yang daratannya merupakan sebuah tanjung besar (Tanjung Comorin) yang hampir ke tengah Samudera Hindia dan nyaris tepat berada di tengah antara Jazirah Arab dengan Sumatera.

Berdasarkan peta Asia Selatan, kita boleh memahami mengapa para pedagang dari Jazirah Arab menjadikan India(Gujerat) sebagai tempat transit yang sangat strategik sebelum meneruskan perjalanan ke Sumatera mahupun yang meneruskan ekspedisi ke Canton di China. Setelah singgah di India beberapa lama, pedagang Arab ini terus berlayar ke Bandar Aceh, Barus, terus menyusuri pesisir Barat Sumatera, atau juga ada yang ke Malaka lalu mereka meneruskan ekspedisi dakwah mereka ke China.

Tahun 726M (100H)
Ibn Abd Al Rabbih rah di dalam karyanya "Al Iqd al Farid", yang dikutip oleh Azyumardi Azra dalam bukunya “Jaringan Ulama Timur Tengah dan Kepulauan Nusantara Abad XVII dan XVIII’ menyebutkan adanya perhubungan antara raja Sriwijaya (Sri Indravarman) dengan Khalifah Umar bin Abdul Aziz rah. Pada sekitar tahun 100 H (726 M), Raja Sriwijaya berkirim surat yang isi surat tersebut adalah seperti berikut:

Dari Raja di Raja (Malik al Amlak) yang adalah keturunan seribu raja; yang isterinya juga cucu seribu raja; yang di dalam kandang binatangnya terdapat seribu gajah; yang di wilayahnya terdapat dua sungai yang mengairi pohon gaharu, bumbu-bumbu wewangian, pala dan kapur barus yang semerbak wanginya hingga menjangkau jarak 12 mil; kepada Raja Arab yang tidak menyekutukan tuhan-tuhan lain dengan Allah. Saya telah mengirimkan kepada Anda hadiah, yang sebenarnya merupakan hadiah yang tak begitu banyak, tetapi sekedar tanda persahabatan. Saya ingin Anda mengirimkan kepada saya seseorang yang dapat mengajarkan Islam kepada saya dan menjelaskan kepada saya tentang hukum-hukumnya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Telah Link Blog Ini