Ikuti Blog Ini

Sunday, May 22, 2011

Nasihat dari Hazrat Syiekh Saad Al-Kandahlawi

Gambar sekadar hiasan..

Nasihat dari Hazrat Syiekh Saad Al-Kandahlawi d.b,baru-baru ini hampir setiap hari dalam bayan-bayan Suboh beliau,beliau nasihatkan supaya mengambil ikhtibar kisah seorang sahabat ini,maka setiap orang Islam kena dengar/baca kisah ini,ianya merupakan sangat-sangat penting dalam usaha kita.Bagaimana mereka mendapat kekuatan iman yang sebegitu,tidak lain dan tidak bukan,hasil gabungan antara dakwah dan amal.Kisahnya adalahseperti berikut.

Membaca kisah athar seorang sahabat Nabi Saw, walau nama ini kurang dikenali ini, namun kisah ketabahannya mampu mengalirkan air mata. Beliau adalah Abdullah bin Huzafah Al-Sahmi r.hu, direkodkan oleh Imam Az-Zahabi di dalam kitabnya Siyar Al-a'lam Al-Nubala, beliau bersama tentera Islam yang lain ditawan oleh pemerintah Roman. Islam di waktu itu di bawah pemerintahan khalifah Umar al-Khattab r.hu.

Kisahnya juga dicatat di dalam sumber-sumber sejarah Islam yang lain seperti Al-Isabah oleh Ibn Hajar, Ibn ‘Asakir dalam Tarikh Dimash, Ibn ‘Athir dalam Asad Al-Ghabah dan lain-lain. Namun kisah ini tetap mendapat pelbagai kritikan oleh para ulama hadith, kesimpulannya, mereka menganggapnya sebagai lemah dari sudut sanadnya. Pun begitu, kisahnya amat baik untuk dijadikan pedoman dan tauladan.

AURA SAHABAT RASULULLAH
Disebabkan imej Islam yang dibina oleh Rasulullah Saw dan khalifah sebelumnya, terkenal di kalangan musuh-musuh Islam akan kehebatan dan keunikan generasi Islam di zaman itu khususnya para sahabat baginda Nabi s.a.w.

Apabila dimaklumkan kepda raja Roman, bahawa salah seorang dari tentera Islam yang berjaya ditawan adalah dari kalangan sahabat Rasulullah. Raja Roman kegembiraan. Dia gembira kerana berpeluang untuk melihat sendiri susuk tubuh salah seorang dari sahabat nabi yang sering tersebar akan kehebatan dan keluarbiasaan mereka di waktu itu.
Raja roman dicatatkan mengarahkan sahabat tersebut dibawa ke hadapannya.Raja meminta : "Adakah engkau sudi untuk keluar dari Islam (menjadi Nasrani)? Jika engkau lakukan itu, aku akan menganugerahkanmu sebahagian dari pemilikan harta yang dimiliku" Abdullah bin Huzafah r.hu menjawab :Ertinya : "Sekiranya engkau memberiku seluruh yang kamu miliki, bahkan jika seluruh yang dimiliki pemimpin arab, TIADALAH akan aku keluar dari agama yang dibawa Nabi Muhammad ini walau untuk jangka waktu sekelip mata"Akibat dari penolakan itu, Raja Roman telah mengarahkan agar dibawa sebuah tempat azab yang dipenuhi minyak panas mendidih lalu dicampakkan seorang tawanan Muslim ke dalam, hingga kecut, terkeluar tulangnya dan masak dagingnya.

TANGISAN BELIAU
Kemudian, diarahkan agar Abdullah bin Huzafah r.hu pula dicampakkan ke dalamnya. Tatkala itu, pegawai raja melihat Abdullah bin Huzafah r.hu menangis, lalu mereka dengan segera memaklumkan kepada raja akan hal tersebut.

Raja dan Roman dan pegawai mereka gembira kerana menjangka taktik mereka berjaya untuk mengoncang iman dan pendirian Abdullah yang sebelum ini menolak permintaan Raja.
Namun apabila ditanya semula permintaan yang sama (untuk murtad), jawapan yang sama tetap diberikan oleh Abdullah bin Huzafah r.hu. Raja Rom merasa pelik dan bertanya sebab tangisannya.Abdullah bin Huzafah r.hu menjawab :Ertinya : "Ia kerana jiwa ( nyawaku) yang hanya satu ini, sebentar lagi ia akan pergi maka aku menangis kerana mengenangkan betapa aku menginginkan sekiranya aku punyai banyak nyawa sebanyak rambutku ini maka bolehlah engkau lemparkan aku berkali-kali ke dalam api itu, aku ingin gunakan semuanya pada jalan Allah."Bermakna, Abdullah bin Huzafah r.hu sebenarnnya menangis bukan kerana takut, tetapi merasa terkilan hanya mempunyai satu nyawa di ketika itu, padahal dia sangat ingin untuk mempunyai lebih banyak nyawa dan tidak bimbang sama sekali mengharungi kematian asalkan ianya untuk Islam, biarpun kematian itu berkali-kali. Yang penting semua kematiannya syahid dan demi memperjuangkan Islam. MashaAllah.!

TERSENTAK
Apabila raja Rom mendengar jawapan Abdullah bin Huzafah r.hu, dia menjadi amat kagum. Terfikir jika sebelum ini dia hanya mendengar kisah-kisah keajaiban para Sahabat Rasulullah, tetapi kali ini beliau menyaksikannya sendiri di hadapan matanya. Keadaan tersebut menjadikannya merubah pemikiran secara drastik lalu menawarkan Abdullah bin Huzafah r.hu untuk dibebaskan dengan satu syarat.

Raja Rom mensyaratkan agar Abdullah bin Huzafah r.hu untuk mencium dahinya.
Abdullah bersetuju dengan syarat, semua tawanan Islam yang dianggarkan berjumlah sekitar 80 orang turut dibebaskan bersamanya.
Raja Rom bersetuju.

Apabila pulang ke Madinah, kisah pembebasan tersebut tersebar dan dimaklumkan kepada Umar Al-Khattab r.hu selaku khalifah ketika itu. Lalu Umar dengan gembira sambil berkata:
Ertinya : Menjadi hak dan tanggungjawab setiap Muslim untuk mencium dahi (kepala) Ibn Huzafah, dan aku akan memulakannya.

Demikian sebuah kisah dari athar sahabat nabi, nilai kualiti iman yang amat mengkagumkan, pengorbanan yang diberikan kerana agama,walaupun diri sendiri menghadapi kesusahan.Hari ini,sifat sebegini sudah terkeluar dari kehidupan umat Islam.Sifat sanggup menghadapi kesusahan demi orang lain.Semoga Allah mengembalikan semula sifat-sifat sahabat r.hum kepada diri umat ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Telah Link Blog Ini