Ikuti Blog Ini

Friday, June 24, 2011

Cintaku tertinggal di India

Seorang lelaki tidur dihadapan kedai "money changer" betul-betul di depan markaz.

Pada hari ini genaplah setahun tarikh saya menjejak kaki ke Negara India,pada tanggal 24 Jun 2010,merupakan tarikh yang begitu istimewa dalam hidup saya ini,dimana buat kali pertamanya saya menjejaki di negera yang terkenal bagi mereka yang ingin belajar erti kehidupan manusia.Semoga cerita dibawah memberikan pengajaran kepada saya dan pembaca semua.

Kota Delhi (dulu dikenali sebagai deen ilahi) dan Nizhamuddin (di mana tempat yang hendak kami tujui) dihubungkan dengan lebuhraya.Khabarnya lebuhraya ini baru di bina oleh syarikat dari Malaysia,jaraknya lebih kurang 40 kilometer.Menurut pemandu teksi,masa perjalanan mengambil masa 30 -45 minit,tetapi hakikatnya teksi yang kami naiki mengambil masa kira-kira 1 jam lebih untuk sampai ke destinasi.

Sekalipun setiap haluan,mempunyai dua lorong,keadaan jalannya sentiasa dipenuhi dengan kenderaan dan ditambah pula dengan pelbagai ganguan seperti kereta kuda dan lembu,bas berhenti sesuka hati di laluan tepi dan binatang ternakan juga mengambil bahagian, menjadikan ianya satu perjalanan penuh berliku dan cabaran.Adalah menjadi suatu kelazimannya,di Negara India ini hon di bunyikan setiap kali kenderaan memintas(memotong) kenderaan yang lain,ianya juga mengamatkan lagi keadaan di jalan raya yang begitu sibuk keadaanya.


Seperti di Malaysia,lebuhraya juga di pasang pondok tol,tetapi keadaan pondok tol mereka begitu ringkas sekali dengan hanya kerangka besi di pasang untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini daripada berlaku.
Kenderaan pilihan di sana,saya juga berkesempatan menaikinya.


Sesetangah jalanraya termasuk di tengah-tengah kota Delhi ini,pengguna (manusia) berkongsi jalan dengan kambing,lembu,kerbau dan ayam.Sebahagian pemandu memandu kenderaan mereka sesesuka hati termasuk memasuki laluan salah bertentangan dengan jalan kami,tetapi peliknya tidak pula saya saksikan kemalangan berlaku.

Sama seperti lebuhraya dan jalanrayanya yang merakam 1001 cerita unik dan pelik daripada kaca mata orang luar,rakyatnya juga mencatatkan 1001 kehidupan penuh berliku yang melayakan insan asing belajar erti sebuah kehidupan termasuk kesabaran dan penderitaan.
Kanak-kanak bermain layang-layang,bertentangan dengan markaz,bangunan memoir Hazrat Nizhamuddin dibina oleh kerajaan India,di sini juga tempat berlangsungnya solat jenazah bagi markaz ini.

Seperti biasa,apabila kami “check in” di markaz Masjid Banglawali,kami di ingatkan oleh orang khidmat markaz ini supaya jangan di layan pengemis-pengemis yang berkeliaran di luar perkaranagan masjid ini,kerana suatu pemberian akan mengundang kehadiran ramai lagi pengemis yang lain.Malah mereka juga akan mengingati kita sekiranya kita pernah memberi sesuatu kepada mereka,bahkan ada diantara mereka melontar kata seperti ini “ baba,muslim baba”,ada juga terus melafazkan kalimah syahadah untuk meraih simpati daripada kita.Tujuan mereka ini adalah untuk membuktikan kepada kita bahawa mereka juga beragama Islam.Tetapi sebagai insan yang sedang dalam proses membaiki diri dari segi kerohanian,saya terkesan dengan satu situasi yang tetap terbayang di depan mata saya sehingga kini.
Pemandangan biasa,kandang lembu di hadapan rumah,ada juga yang saya temui kandang lembu dan kambing di ternak di dalam rumah,baunya semerbak harum.


Satu hari ,selepas bersarapan kenyang beralaskan chapati(sejenis makanan tradisi orang Islam India yang diperbuat daripada campuran tepung) dengan chai(sejenis air juga tradisi orang Islam di sini campuran anatra teh dan susu lembu,juga di kenali sebagai teh tarik di Malaysia),disebuah kedai hadapan pintu masuk markaz Banglawali masjid,saya kembali ke masjid ,saya telah diikuti oleh seorang peminta sedekah muda yang mendukung seorang bayi.Penampilannya sungguh teruk dengan pakaian compang-camping tanpa alas kaki,kakinya kelihtan kematu,sedangkan bayi itu berkudis-kudis keadaaanya,mulutnya di hinggapi penuh dengan lalat.


Dia merayu dan merayu kepada saya tetapi saya buat “dek” saja.Hinggakan saya sudah masuk ke daalam masjid duduk di tepi pintu masjid,dia yang berada di luar sana memandang saya dengan penuh sayu,mulutnya merayu-rayu,tetapi saya tetap ingat apa yang dipesan oleh orang khidmat markaz Masjid Banglawali ni.Berat sungguh hati dan tangan saya ini untuk menyeluk saku saya seterusnya memberikan kepadanya wang kecil 10 rupee(kira-kira 70 sen) daripada pintu masjid ini.


Apabila budak tersebut berlalu,tiba-tiba bergemalah maksud hadith ini dalam benak saya.” Tidak beriman kepadaku siapa yang tidur kenyang padahal,jiranya lapar dismpingnya sedangkan dia tahu jiranya klapar” (Riwayat Thabarani).
Pengemis kanak-kanak,kalau di solek mungkin kelihatan cantik.

Ya,saya sudah kenyang dan mahu berangkat ke tempat rehat,dia mungkin sedang kelaparan.Saya menjadi malu pada diri sendri,rupanya –rupanya diri saya bukan lah sebaik yang saya sangka.Hanya kerana sedikit provokasi dari pada orang khidmat disini,saya sudah menjadi terlalu kedekut dan takjud untuk menyedahkan sedikit rupee saya.Natijahnya pada hari itu,saya gagal melelapkan mata dalam masjid kerana asyik terfikir-fikir kejahatan diri ini.Semoga Allah swt mengampuni saya.Kemungkinan anda juga mempunyai pengalaman yang sama,sila lah berkongsi di dengan saya….

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Telah Link Blog Ini