Ikuti Blog Ini

Tuesday, June 14, 2011

Jadilah macam mereka…. rijal ‘ammah

Seorang ahli zuhud yang masyhur, Bisyru bin al-Haris al-Hafi Rahimahullah mendapati ada tiga sifat istimewa yang terdapat pada Imam Ahmad bin Hanbal rah. Dengan sifat-sifat ini, Imam Ahmad rah dianggap melebihinya berbanding dirinya. Salah satu daripada sifat-sifat istimewa itu ialah; “...beliau merupakan imam orang ramai..”. ( Al-Ghazali, Ihya’ Ulumuddin, Jilid 2, m.s. 23)
 
Para ilmu rijal menyifatkan Imam Al-Auza’I rah pula sebagai rijal ‘ammah – orang yang bersama orang ramai.(Ibnu Hajar, Tahzib al-Tahzib, Jilid 6, m.s. 241)

Demikian juga seorang ahli hadis dan faqih yang thiqah lain iaitu Abu Ishak al-Fazari rah. Ulama rijal berkata: “Dia adalah seorang rajul ammah. Dia telah mendidik penduduk-penduduk dipersempadanan Islam di tanah tinggi Syam dan semenanjung yang mengadap ke Rom.. Beliau mengajar mereka tentang sunnah dan cara hidup Rasulullah S.A.W., menyuruh manusia kepada kebaikan dan melarang mereka dari kemungkaran.(Ibid, Jilid 1, m.s. 152)
Demikian juga Khalid bin Abdullah al-Wasiti rah, salah seorang ahli hadis yang thiqah dan merupakan salah seorang dari guru-guru Imam al-Bukhari rah. Mereka sifatkannya sebagai rijal ammah.(Ibnu Hajar, Tahzib al-Tahzib, Jilid 3, m.s. 100)

Pengenalan-pengenalan kepada rijal di atas menjelaskan bahawa mereka semua adalah da’i yang mengajar manusia. Ilmu mereka tidak meletakkan mereka hanya di dalam bilik-bilik. Mereka turun ke medan, memimpin masyarakat membuat pendirian dan sikap politik.

Apa yang dimaksudkan dengan ammah ialah orang ramai samada terpelajar atau buta huruf dan bukannya menurut istilah moden yang bermaksud orang-orang jahil. Pemimpin dan da’i Islam dahulu tidak pernah melupakan orang Badwi dan penduduk kawasan pedalaman di samping memimpin penduduk bandar. Mereka mengambil berat tentang peri pentingnya kesatuan akidah dan pendirian antara kesemua masyarakat tersebut. Ini menyebabkan da’I itu memperuntukkan sebahagian dari usaha untuk kesemua mad’u tersebut. Imam Al-Zuhri rah, pemimpin ahli hadis telah mendidik beberapa generasi penduduk beberapa kota raya Islam dan membentuk mereka menjadi pemimpin-pemimpin di dalam bidang hadis. Bukan itu sahaja, bahkan beliau sendiri turun menemui masyarakat badwi dan penduduk kampung untuk mengajar mereka, memelihara yang masih kekal dalam akidah yang benar dan berlemah lembut terhadap orang yang telah diselewengkan oleh mereka yang sesat.

Para ulama’ dan da’i kemudian pula memperbaharui sejarah al-Zuhri ini rah.Antaranya ialah: Seorang faqih dan pembimbing, Ahmad al-Ghazali rah, saudara kandung kepada Abu Hamid al-Ghazali rah pengarang Ihya’ ‘Ulumuddin. Beliau memasuki kampung-kampung dan kebun-kebun, memberi nasihat kepada penduduknya agar mereka mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.(Al-Subki, Tabaqat al-Syafi’iyyah, jilid 6, m.s. 62)
Hal inilah bukti paling berharga yang menjadi hujah kita menolak pendapat orang yang menganggap amal jama’ie sebagai bid’ah dalam uslub dakwah Islam. Ianya juga merupakan bukti terang yang mendorong da’i Islam untuk mengumpulkan nas-nas ulama lain seperti ini dan menjadikannya sebagai paksi dalam amal dakwi. Dakwah akan menjadi lebih kukuh dan mantap memandangkan penyebut nas-nas ini adalah orang yang hebat. Ia juga akan menjadi kata putus dalam menghadapi setengah golongan yang tidak faham yang cepat menuduh bahawa amal jama’i adalah kerja bid’ah. Bagaimanakah amal jama’ie dan gerakan berjamaah itu boleh dianggap sebagai suatu bid’ah sedangkan ia merupakan perkara yang dipusakai dari Nabi-nabi a.s.?(Ibnu al-Qayyim, Miftah Dar al-Sa’adah, Jilid 1, m.s. 154)
 
Firman Allah “Katakanlah (wahai Muhammad): "Inilah jalanku, aku dan orang-orang yangmenurutku, menyeru manusia umumnya kepada ugama Allah dengan berdasarkanketerangan dan bukti yang jelas nyata".” (Yusuf 12:108)

Allah S.W.T. telah berfirman:“Berapa banyaknya nabi yang berperang bersamanya kaum (Al-Ribbiyyun) yang banyak.” (Aali Imran 3:146)

Ibnu al-Qayyim rah berkata: Al-ribbiyyundi sini bermaksud “jemaah-jemaah” seperti yang telah disepakati oleh ahli tafsir. Satu pendapat lagi mengatakan ia berasal dari perkataan “al-ribbah” yang bermaksud “jamaah”. Al-Jauhari berpendapat: “Al-ribbi” merupakan kata nama tunggal bagi “alribbiyyun”,iaitu beribu-ribu orang manusia.”(Ibid, m.s. 126)

Oleh itu, maksud ayat di atas ialah Nabi-nabi a.s berperang bersama-sama beribu-ribu orang yang beriman. Sejarah hidup Rasulullah S.A.W. merupakan contoh yang jelas bagi ayat tersebut.
Mereka Menyeru Kepada Kebaikan Bersama-sama Pengikut Mereka

Pengertian ini telah difahami oleh para sahabat dan salafussoleh dengan penuh kesedaran. Bagi mereka dakwah secara bersendirian adalah tidak memadai. Kerana itu, mereka menubuhkan jamaah-jamaah untuk berdakwah kepada Allah untuk menyeru manusia kepada agama Allah dan mereka bekerja secara berjamaah.
Di antara mereka ialah sahabat Rasulullah S.A.W. Hisyam bin Hakim bin Hizam al-Qurasyiyy r.a. Al-Zuhri berkata: “Beliau (Hisyam bin Hakim) menyeru kepada perkara ma’ruf bersama-sama dengan segolongan bersamanya.”(Tahzib al-Tahzib, Jilid 11, m.s. 37)
Perhatikan kata-kata al-Zuhri: “Segolongan bersamanya.” Beliau telah membentuk satu jamaah dalam urusan amar makruf dan nahi mungkar. Ini menunjukkan bahawa Islam menuntut penubuhan satu jamaah dalam kerja ini.Bila ada jamaah, maka barulah ada dakwah. Para ulama’ sejak dahulu sentiasa menubuhkan jamaah-jamaah dan mencari sahabat-sahabat mereka untuk sama-sama melaksanakan tugas amar makruf nahi mungkar.
Begitulah sebagaimana yang dibuat oleh Abdul Rahim bin al-‘Althi al-- Baghdadi, seorang ahli fiqh dan ahli hadis yang zuhud. Mereka menyifatkannya sebagai seorang guru yang mulia, ulama’ yang arif lagi bijaksana dan merupakan salah seorang dari guru-guru hadis yang terhormat,beriltizam dengan al-sunnah, zuhud yang mempunyai kemuliaan dan warak serta mempunyai adab dan ilmu yang banyak. Al-Barzaali telah berkata tentang tokoh ini: “Beliau merupakan seorang guru hadis di Baghdad semasa zamannya, dan disifatkan sebagai pengikut setia, penolong dan pembela alsunnah.” Al-Zahabi pula berkata: “Beliau mempunyai pengikut-pengikut dan sahabat sahabat yang berusaha menyuruh manusia kepada kebaikan dan melarang mereka dari kemungkaran”.(Ibnu Rejab, Zail Tabaqat al-Hanabilah, Jilid 2, m.s. 316)
Ya, pemimpin jamaah telah menetapkan satu syarat kepada sesiapa yang hendak menggabungkan diri dalam jamaahnya iaitu, dia hanya memilih orang yang beriman, soleh, yang hanya memakan makanan yang halal.Hal ini semua supaya penggabungan mereka membawa taufik dari Allah S.W.T. dan dakwah mereka memberi pengaruhnya. Kerana jika mereka ini terdiri dari orang yang campur aduk antara unsur-unsur jahat dan baik, tidak memelihara syariat Allah dalam muamalat, tindak tanduk dan hidupnya, ini akan menyebabkan Allah tidak memberi taufik dan keberkatan di dalam usaha mereka. Akhirnya, jamaah yang akan menanggung risiko kegagalan dalam setiap usahanya.
Demikianlah mazhab yang dipegang oleh da’i qudama’. Menurut Ibnu al- Jauzi rah: Ibnu Akil rah telah berkata: “Di zaman kami, kami telah melihat Abu Bakar al-Aqfali rah semasa pemerintahan khalifah al-Qaim, apabila beliau tampil untuk menyangkal satu kemungkaran, dibawa bersamanya beberapa orang ulama’ dan orang-orang yang soleh, yang tidak makan kecuali dari hasil usaha mereka sendiri seperti Abu Bakar al-Khabbaz yang telah telah buta kerana selalu terdedah kepada kepanasan bahang api pembakar roti. Mereka diiringi oleh satu jamaah yang tiada seorang pun di antara mereka yang menerima sedekah dan mahu mencemarkan diri mereka dengan menerima pemberian atau hadiah daripada pihak pemerintah. Mereka berpuasa di siang hari, bertahajjud di malam hari dan kerap menangis. Apabila ada golongan mukhlit (orang yang bercampur aduk antara berbuat baik dan jahat) ingin bersama-sama, dia menolak dan berkata: “Apabila kami menghadapi musuh sedangkan ahli maksiat ada bersama kami, pastinya kami menerima kekalahan.”( 131 Ibnu al-Jauzi, Talbis Iblis, m.s. 145)

Demikianlah kesedaran, kefahaman yang benar dan penapisan, bila telah wujud. Tanpa adanya syarat-syarat ketat tersebut, jamaah Islam akan menjadi sarang orang yang lemah. Ketika itu hilanglah kekuatan dan kewibawaannya dan Allah tidak akan memberi pertolongan kepadanya.
Nas-nas dari kitab lama seperti ini adalah jumpaan berharga bagi mereka yang suka membidaah apabila orang Islam bersatu di bawah satu pimpinan.

10 comments:

  1. Assalamualaikum.

    Habis mcm mana ye, kalau dgn usaha tabligh sekarang. Tak semua berasal dari latar belakang dan mempunyai keseluruhan perangai yg baik. Kalau dapat diperjelaskan lagi, alhamdulillah.

    Regards,

    Zuhairi Rani

    ReplyDelete
  2. Anonymous : maka kita kembali kpd tertib dan usul,kenapa usul di dlm usaha dakwah ini di wujudkan,tidak lain dan tidak bukan melainkan untuk slmatkan kita yg buat dakwah ini dari fitnah dan pandangan org zalim.

    bahkan bukan stkat tu saja,boleh di jadikan kaedah untuk mengislahkan diri si pelakukan yang terbabit..

    usul dan tertib di petik dari quran dan hadith..

    ReplyDelete
  3. kalo ada masa boleh tengok sat

    http://www.youtube.com/watch?v=J1CW2XuDAQ4&feature=share

    ReplyDelete
  4. Ziarah76 : dh tgk..pada sya,saya lebih suka pendapat kiyai khuzairon,sya dh rujuk kitab syarah hadith bab ikhtilaf ini,kitab ini di catit oleh anak murid beliau,sempat sy baca time kua dgn depa,

    kurang bersetuju pandangn mengatakan bhwi wahabi/salafi merupakan ejen USA..
    tapi menurut pak kiyai,bila org Islam sibuk dgn mengambil pandgn ilhtilaf anatara ulama2 islam,
    maka org kafir akan ambil ksmpatan..

    macam isu di markaz raiwind,pernah ada ejen CIA masuk,sebab apa,anatara org khidmat sana ,sde kesatuan hati..

    wahh,alam,skadae pandangan saya..

    ReplyDelete
  5. wahabi/salafi bukan ejen. US gunakan depa. Depa dpt fund, duit, senjata, sebar fahaman dsbnya.
    Ikhtilaf takde masalah, perbezaan hanya dlm perkara furu'.
    yg masalah sengaja dibesar2kan musuh Islam lalu dijadikan senjata utk pecah belah umat.

    ReplyDelete
  6. Ziarah76 : org kafir amek ksmpatan bila org islam sebuk dgn prkra ikhtilaf nie..
    zaman sahabat banyak ikhtilaf antara sahabat brlaku,tapi,ikhtilaf itu bukan jadi penyebab perpecahan mereka,sebab mereka merasakan bhawa mereka adalah umat nabi saw.

    terkesan dgn bayan maulana ahmad lat di ijtima tonggi 2011,details story tntg umat nabi saw.

    ReplyDelete
  7. jazakallah tuan berbagi karguzari orang-orang lama..qudama'.

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. teman rasa banyak petikan ayat al quran di ambik sekerat2.menjadikan maksudnya keseluruhan ayat tidak lengkap.contoh tafsir yang lengkap utk surah yusof ayat 108 boleh di baca kat link http://alkutawi.blogspot.com/2010/12/tafsiran-ayat-ke-108-surah-yusuf.html

    gitu juge dgn ayat 146 surah ali imran dan makna kalimah ribbiyun.penulis sekali lagi melakukan KESILAPAN BESAR bila memesongkan makna ayat tersebut.utk tafsir yang betul dan benar boleh rujuk blog ini http://oasetauhid.blogspot.com/2012/05/ciri-ciri-thaifah-manshurah-part-1.html

    teguran teman kpd penulis blog TAKUTKAH KPD ALLAH DLM MENULIS DAN MENAFSIRKAN AYAT AL QURAN SERTA JAUHILAH SIFAT TAKSUB KAMU TU

    ReplyDelete

Tinggalkan komen anda...Setiap komen anda amat dihargai...
Sila berikan komen dengan penuh adab,Segala Komen yang tidak memenuhi adab,inshallah,akan di delete oleh admin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Telah Link Blog Ini