Ikuti Blog Ini

Saturday, June 18, 2011

Mereka mendahului kita

Sebuah gereja di Malaysia,masih dalam pembinaan,dijangka menjadi gereja terbesar di asia.

Syiekh Abdul Wahab Hafizuallah ketika di Ijtimak Tonggi pada tahun ini telah memberikan satu laporan tentang laporan yang mengembirakan tentang terdirinya satu masjid di Vatican City,iaitu kota suci bagi penganut Kristian.Beliau juga mengucapkan syukur ke kepada Allah swt dan tahniah kepada karkun-karkun di Vatican City,asbab pengorbanan mereka,Allah swt telah mudahkan usaha mereka.
Mereka-mereka yang mendakwa bahawa melakukan usaha dakwah secara misionari atau berdakwah secara berhijrah dari satu tempat ke satu tempat merupakan tindakan yang yang tidak relevan lagi,kerana di katakan ketinggalan zaman kerana,dalam era dunia yang terkenal dengan istilah tanpa sempadan ini,mereka lebih suka memandang ke arah melakukan usaha dakwah melalui bantuan teknologi yang canggih,maka pendapat ini perlulah disangkal kerana keberkesanan usaha dakwah melalui tindakan misionari ini amat berkesan sekali.Cuba kita lihat apa yang telah di lakukan oleh pendakyah agama-agama bathil di seluruh dunia.Mereka begitu yakin sekali dengan keberkesanan tindakan ini.Mereka lebih suka bergerak dari satu tempat ke satu tempat,bergerak dari satu rumah ke satu rumah,bergerak dari satu kampong ke satu kampong menyebarkan dakyah mereka.Namun yang menjadi kerisauan kita adalah kerana tindakan mereka ini ada juga mendatangkan hasil.Penulis juga sendiri pernah teserampak dengan bebarapa orang pendakyah agama bathil ini sendiri ketika mereka sedang melakukan upacara ziarah dari satu rumah ke satu rumah di negeri Sarawak.
Dibawa ini ada di sertakan sedikit bukti keberkesan tindakan ini.Lihatlah tindakan misionari agama Kristian,dan tindakan mereka dalam menjalankan upacara meyebarkan dakyah mereka.Mereka Berjaya melakukannya di negara Filipina yang majoriti penduduknya berjumlah lebih 92 juta itu.Kebanyakan mereka menganut kepercayaan Kristian bermazhab Katolik (64.9%),Kristian bebas(17.7 %),Protestan (5%),Islam (5.1%),kepercayaan Tradisional (2.2%) dan lain-lainnya.
Filipina dahulunya dijajah Sepanyol dari tahun 1521 hingga 1898 dan kemudianya di ambil alih oleh Amerika Syarikat (AS).Filipina mencapai kemerdekaan pada tahun 1946.Mereka telah dijajah selama 300 tahun di bawah penjajah Sepanyol.Untuk maklumat pembaca,penduduk asal Filipina adalah berbangsa (Melayu)dan kemudian setelah dijajah dalam tempoh begitu lama,akhirnya penduduk asal ini menganut kepercayaan Kristian bermazhab Katolik.
Pengalaman saya dan mereka.
Berasaskan pengalaman pernah berdialog dan berkawan dengan rakan-rakan yang mempunyai kepercayaan Kristian,mengenai gerakan Kristianisasi,tidak la ianya mengejutkan saya.Mereka memberitahu saya,bahawa menjadi tanggungjawab penganut-penganut agama Kristian untuk menyampaikan ajaran agama mereka ke seluruh dunia,hal ini sebagaimana yang telah termaktub dalam kitab-kitab suci agama mereka,Ianya juga sama sperti agama kita,iaitu menjadi tanggungjawab penganut-penganutnya menyebarkan agama di seluruh dunia.
Gambar lakaran komputer,gereja tersebut berbentuk begini.
Sesiapa yang mengkaji gerakan Kristianisasi,di Malaysia,ianya semakin berleluasa,bahkan sudah mencapai tahap membimbangkan.Mereka mahu menjadikan antau Asia Tenggara sebagai syurga Kristian setelah Berjaya di Indonesia.Sasaran seterusnya ialah Malaysia,setelah mereka Berjaya di Singapura.
Wah,berdekat dengan Masjid Jamek Sri Petaling,juga dekat dengan Stadium Nasional Bukit Jalil.
Mengapa kalau sesuatu isu melibatkan Islam,kita akan mengambil sikap mendiamkan diri,malah ada yang akan menyalahkan diri sesama sendiri.Pihak mubaligh dan gereja yang menjalankan kegiatan memesongkan akidah Islam dari rumah-rumah,kampong ke kampong,sekolah,kilang,university dan sebagainya tidak mengapa kerana atas dasar kebebasan hak asasi manusia.Ya Allah ,mereka sudah lama melakukannya.TeTapi kita bagaimana?? Cukupkah dengan banner?poster ,kain rentang ataupun di kaca televisyen.Betul la sekarang zaman di mana orang Kristian mengetuk setiap pintu-pintu rumah orang Islam.Kesannya,berapa ramai yang ingin keluar dari agama kita yang suci ini.Lihat disini.
Di antara musibah umat Islam sekerang ialah berlakunya perpecahan dan perselisihan faham yang kita lihat berlaku sehingga berpuak-puak,dan lebih membarahkan lagi dengan kewujudan parti-parti politik yang mana sekarang ini kian galak mengalunkan kompang kesukuan dan tidak melihat kepada sebagai satu umat..Setiap kelopok melihat dirinya sahaja yang dianggap sebagai jemaah Muslimin,bukanya melihat dari perspektif sebagai umat Nabi Saw.
Mereka yang memandang rendah dakwah secara ini perlulah bermuhasabah kembali kerana tindakan ini juga di lakukan oleh para sahabat r.hum sendiri ,lihatlah dalam catitan sejarah Islam,kebanyakan mereka bergerak melalui kaedah ini,iaitu bergerak secara berhijah ke satu tempat.Maka keberkesanan usaha mereka ini dapat dilihat dengan hidupnya agama di seluruh alam berkat pergerakan mereka ini.Mereka-mereka yang berpendapat dengan mengatakan bahawa amalan yang suci murni ini adalah perbuatan bidaah perlulah memikirkannya kembali dan sedia untuk berlapang dada dalam perkara ini.Mereka juga perlu bersangka baik dengan memandang sumbangan besar amalan ini dalam menyelamatkan agama Islam yang mulia ini.

15 comments:

  1. salam,mashaAllah,dahsyat sunguh cita-cita mereka...semoga Alah pelihara kita...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum tuan, ada kebenaran artikel ni, sypun tuan selalu terserempak dgn mubaligh kristian di sandakan, malah dlm 1 peristiwa iaitu malam hari & hujan lebat mubaligh ni berjalan berdakyah dlm keadaan basah kuyup...dasyat sngguh usaha mereka ni. Malah dkt mohalla kami pun dorang selalu dtg dan ajak2 budak2 kecil main dgn dorang...bila dorang nampak sj karkun terus dorang lalu p tempat lain...doakan kami tuan spy terus buat usaha d sdk ni...

    ReplyDelete
  3. mashaallah...

    laporan dpd jamaah dakwah tabligh 2 bulan jalan kaki baru2 ini. mengatakan ramai saudara2 kita kaum melanau dan iban di sarawak yang imannya lemah telah masuk kristian asbab usaha dakyah mubaligh kristian. sedih sangat. isk3 (jasbah time tu rasa nk je terus berangkat kuar jln Allah...huhu).

    pakcik kawan saya kakuzari bahawa pope di vatican city x mampu sekat usaha dakwah tabligh kerna kata mereka daie2 yg bergerak ini membawa rahmat dan menyekat mereka akn jd asbab mudarat. jadi pope di sana telah menghantar mubaligh2 mereka ke kg2 yg ditinggalkan oleh daie2 tesebut. wallahualam.

    bila kita buat usaha cara nabi saw maka amalan agama akan datang dlm kehidupan harian kita. bila kita tak buat maka agama perlahan2 akan keluar dpd kehidupan kita hingga iman jd lemah. (bayan malam markas td)

    ReplyDelete
  4. subhanallah..ade je cara mereka nk tarik kte..
    klau la semua org islam sedar...
    doalah,kte yg ada usaha ni kena sungguh2..tk bole main2 lg dah..
    kte mmg kena patut malu dgn mereka,kte org islam tk habis2 dgn hiburan 24jam,politik yg ntah ape2.. tp diorg bila part agama sungguh2,agaknye diorg pun tgh gelak sungguh2 kat org islam skrg ni

    ReplyDelete
  5. tuan2.. doakan saya keluar 40h nifsu syaban ni kat sabah/sarawak.. tafakud sudah..semakin membara ble bce artikel nih..

    ReplyDelete
  6. insyaAllah,,doa hidayah seluruh alam,,,penuh pk,,terus gerak,,,semoga Allah pilih kite sume,,kne azam sgguh²,,,,mereka pon ada pk utk sebarkan agama mereka ek,,,,huh,,,agama kite,lebih² lg la perlu disebarkan kan,,,,insyaAllah

    ReplyDelete
  7. perkara yg pling pnting skali adalah ,karkun kene yakin atas 5amal yg mreka buat ni adalh kerja yg sama nabi saw dan sahabat r.a buat pd zamannya.. kuncinya takde lain, mlainkan byakkan khususi dan usuli. doa utk kami juga karkun2 yg brada di timur tgh.Alhamdulillah slpas husni mubarak jatuh usaha di mesir telah bebas.. kami dan org arab tempatan telah dpat duduk mlam msyuarat n mlm mrkas bersama.. 21hb july trikh brsejarah ijtima` mesir akan brlangsung.. robbuna yusahhil. aminn..

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum,

    Insyaallah,,,
    Bantuan Allah akan sampai kepada orang2 yang berdakwah sebagaimana bantuan yang sama telah diberikan kepada para nabi. Jika kita telah usaha sepanjang hidup kita, sekalipun jangan gusar sekiranya tidak sampai bantuan Allah kepada kita. Kerana Allah akan hantar bantuan kepada kita pada saat kita paling memerlukan iaitu pada saat sakratul maut. Allah akan menghantar malaikatnya untuk talkinkan kalimahNYA. Allahu Akhbar!!! Mari perbaiki amal, mudah - mudahan Allah hapuskan tempat2 lalai... Menyampaikan agama Allah dengan cara Baginda. Pasti & pasti cara yang paling berkesan... (",)

    Syukran untuk perkongsian. Tak pernah miz baca. (^-^)

    "Maksud hidup untuk agama"

    ReplyDelete
  9. Anonymous : itu lah,pasai,kita semua kene tingkatkan lagi kurban kita,semoga Allah pelihara kita semua,Ya Allah jauhkan kami semua dari semua ini.

    Daud : ye,memang benar,mereka sungguh-sungguh sebarkan dakyah bathil mereka,kita orang Islam,masih di takuk lama,masih panjang angan2 lagi...

    ReplyDelete
  10. penchacaiz :betul tu,tuan,hatta orang Yahudi/Israel,pun x berani nk gertak daie2 tabligh nie,saya pernah sembang dengan karkun palestin,di karkril markaz,dia kata polis Israel berani tembak pejuang2 palestin,tapi x berani tembak karkun2 tabligh nie..

    Di Langkawi,mereka banyak guna perempuan untuk tarik anak2 muda kita...

    ank_ayah : betul kata awak tu,memang sekarang mereka tengah gelak pada kita,huhu,politik cipta mereka,boleh menyebabkan orang Islam bergaduh besar.

    ReplyDelete
  11. Hidayatullah : saya juga telah di tasykil ke sabah/sarawak pada 15 syaban nie,doa pada say,tu yang jazbah tu..tapi perlu ingat,mereka punya dakyah bukan di sarawak dan sabah je,tapi seluruh dunia..

    abu zarim :benar tuan,kata Syiekh Abdul Wahab Hafizullah,katanya,untuk hapuskan kebathilan di seluruh dunia ini adalah dengan berjalannya pergerakan berasaskan mujahadah dan susah payah.

    ReplyDelete
  12. IBNU ARAHMAN :mashaAllah,semoga terus maju usaha dakwah yang barakah di bumi anbia mesir.Mesir merupakan antara yang paling aktif pengeluaran jemaah dakwahnya untuk dihantar ke seluruh dunia.Semoga Ijtima di Mesir,menjadi asbab bermulanya rasa tanggungjwab orang Arab Islam dalam bahagian dakwah ini.Moyang2 mereka adalah sahabat2 r.hum.

    BaiTiL a'tiQa \; terima kasih,benar,disebalik dakwah adanya Allah,Allah swt akan bantu ,yakinlah...

    ReplyDelete
  13. semuanya rencana Allah belaka.
    Apa yang berlaku di mata kita sekarang adalah suatu yang sudah Allah rencanakan buat kita d dunya ini.
    Cuma.... kita harus meneruskan usaha peninggalan Baginda saw demi iman kita dan umat. Hnya imam yg hakiki shj selamat daripada semua fitnah.
    Ya Allah hembuskan angin hidayah ke seluruh alam ( ayat maulana Zubair di dlm doa beliau di iktimak)

    ReplyDelete

Tinggalkan komen anda...Setiap komen anda amat dihargai...
Sila berikan komen dengan penuh adab,Segala Komen yang tidak memenuhi adab,inshallah,akan di delete oleh admin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Telah Link Blog Ini