Ikuti Blog Ini

Saturday, July 23, 2011

Misteri jelmaan wanita berpurdah


                                          Bukan dia nie???? 
(Pada minggu lepas) Ketika aku mengendalikan sesi halqah taklim akhir,sampai di satu saat,aku ternampak kelihatan seorang wanita,yang bila aku amati raut  wajahnya,kelihatan wanita itu berpurdah di sebalik tabir yang memisahkan antara ruang solat wanita dan lelaki di surau ini.Mulanya aku ingat ini cuma permainan perasaan aku,kerana sejak akhir-akhir aku sering dimomok dan dizihinkan oleh Cikgu Musa supaya berkahwin cepat.Mungkin kerana disebabkan kerana terlalu dizihin dan dimomokan,akhirnya ianya mucul dan menganggu di benak fikiran aku,dan cepat-cepat aku nafikan,kerana mungkin ini adalah mainan perasaan aku .
 
Cerita kawan aku

Ceritanya bermula ketika beliau tertidur dalam majlis bayan kerana terlalu letih atau mungkin kerana terlalu “sakinah” majlis tersebut (sangkaan baik aku),menyebabkan beliau tertidur.Ketika beliau mulai sedar dari tidurnya,beliau terlihat kebelakang,dan beliau ternampak kelihatan tubuh seorang wanita lengkap berpurdah memakai pakaian serba hitam,sedang melambai kearah beliau,beliau menambah lagi,si wanita tersebut kelihatan malu kerana menundukkan pandangan mata.

Tiba-tiba,bila kawan aku mula merenungnya buat kali kedua,tiba-tiba,wanita itu kian luput dari pandangannya,hal ini mengejutkan beliau sehinggalah,beliau begitu tergaman melihat aksi tersebut.Keesokan harinya,ketika kami duduk menunggu sarapan,beliau menceritakan kisah ini kepada aku,mulainya aku berasa malas untuk melayan cerita dongengnya,tetapi apabila,kisah wanita purdah  di ceritakan kepada aku olehnya,aku beranggapan ini mungkin tarbiah daripada Allah Swt supaya jangan lagi tidur pada waktu bayan.Cerita misteri wanita berpurdah itu berakhir disitu setelah kami membersihkan talam/dulang kami,tetapi jauh di sudut hati,cerita kami kelihatan ada persamaannya.Namun aku enggan melayani fikiran untuk memikirkan cerita tersebut.

Aku terkejut???

Ketika aku membuka portal akhbar Sinar Harian edisi Utara,mata aku melirik kepada sebuah cerita yang dilaporkan di dada akhbar tersebut,kisah yang berlaku di Kulim atau lebih menariknya,berlaku di Taman Sri Kulim,iaitu route tempat kami keluar 3 hari iaitu di Suraunya iaitu Surau Taman Sri Kulim.Pendedahan oleh penduduk di kawasan perumahan tersebut seperti berikut “Penduduk dedah kisah misteri” atau tajuk kecilnya “jelmaan wanita selendang hitam hantui Taman Sri Kulim”.Boleh buka di sini untuk lanjutan kisahnya.

Beberapa hari yang lalu,penduduk di Taman Sri Kulim,dikejutkan dengan berita jelmaan wanita berselendang hitam yang berjalan sambil mendukung batu nisan” (nak sambungan bacalah di sini)

Wow,sangat menarik,aku membacanya berulang kali,dan apabila aku fahami betul-betul kisah tersebut,baru aku teringat kisah jelmaan misteri wanita purdah di surau tempat kami keluar 3 hari.Yang menariknya,seperti yang didakwa penduduk,jelmaan wanita tersebut memakai selendang hitam,dan yang aku dan kawan aku terlihat di surau terbabit adalah jelmaan wanita berpakaian hitam lengkap berpurdah.Satu persoalan yang bermain dibenak  aku,adakah jelmaan wanita yang di dakwa penduduk dan jelmaan wanita hitam lengkap berpurdah  yang aku dan kawan aku ternampak itu adakah dari jelmaan dari wanita yang sama.Kalau benar ia datang dari wanita sama,dan kalau benar kisah wanita itu seperti yang di dakwa penduduk tersebut ,kematian beliau agak tragis,maka sama-samalah kita sedekah al-fatihah kepada beliau dan keluarga,semoga Allah Swt tempatkan roh beliau bersama dengan hamba-hamba yang soleh dan solehah.Amin ya Robbal alamin.

Kepala aku pusing??? (tolong pikiaq sat)

1.Kenapa jelmaan wanita tersebut menjelma kepada kami lengkap berpakaian purdah,kelihatan seperti seorang masturah.Aku terfikir,barangkali mungkin beliau malu terhadap kami kerana kami sedang khuruj pada waktu itu……

2.Kenapa jelmaan wanita tersebut menjelma kepada seorang penduduk taman tersebut seperti yang di dakwa dalam akhbar dengan hanya memakai selendang tetapi tidak berpurdah????Siapa ada jawapan untuk merungkai permasalah ini???

25 comments:

  1. seram nya bang,,,,,hurm,,,cuak lak,,,
    pape pon,moga Allah pelihara kite dan sume,,insyaAllah,,,

    mmg hairan la,,cerita die mmg mcm ada kaitan btol,,,,hurm,,hairan2,,,

    ReplyDelete
  2. salam'alaik

    Allahuakbar..huhu..alfatihah..

    semoga kita semua dilindungi Allah inshaAllah~

    ReplyDelete
  3. duduk dlm program taklim mestilah tutup aurat sempurna,sebab tu la agaknya kot .....Wallahualam...

    ReplyDelete
  4. saya pun pernah termimpi wanita purdah jugak. cite kat member. member suruh istigfar. takut tawajuh lari.

    hantu tu bawak batu nisan kan? maka dia nak ingatkan penduduk di situ bahawa kubur sentiasa memanggil kita. huhu..

    ada org lama selalu cakap. "kita taktau mungkin waktu kita gash, taklim, bayan ada bidadari sedang usha kita. nanti kat akhirat bidadari akan kata 'abg x nmpk sy ke dulu...sy selalu usha abg time wat gash, taklim dll..."

    haha...naik jasbah!

    azam insyallah!

    ReplyDelete
  5. bidadari usha?hihihi,,
    cari bidadari dunia dulu,,,,insyaAllah

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum..
    err....cerita ni sangat berkait rapat dengan situasi penulis sekarang. Mungkin jodoh dengan seorang masthurat semakin hampir..hohoho <gurau!

    Semua di muka bumi ini makhluk Allah swt. Jika dia datang tempat yang baik-baik mungkin sebab dia mahu menjadi makhluk yang baik :)

    err..dan dia nak mencari makhluk yang baik buat jodoh kat tempat yg baik-baik < gurau lagi :D

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum wbt...

    sedihnya baca kematian wanita tue... semua penduduk kampung x tunaikan tanggungjawab fardhu kifayah.. astagfirullah... semoga rohnya dirahmati Allah selalu.. ameen...

    p/s: seronokla kaum adam membaca kenyataan penchacaiz/ farid.. (n_n).. semoga kalian istiqamah dalam usaha... ameen...

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum APS,aduhai seramlah pulak,seram lagilah untuk APS...ek ehem2 bidadari mana yang bertuah menjadi pendaping APS ye? akak doakan yang terbaik...:)

    ReplyDelete
  9. masya allahh...

    takmo nak buka kisah mcm mana kisah kematian wanita tu..hehee..tgh tinggal sorg ni...jugak tgh bina kekuatan bahawa allah yg MENJAGA saya tika ini..huhuuu
    Baca tulisan tuan je pun dah seram sejuk..ngee..tegak bulu roma.
    ;p

    ReplyDelete
  10. RuMaH TuA : saya lagi musykil...

    abu zarim: rasa saya memang ade kaitan...

    misbah sobah:saya fikir pun macam tu jugak...

    ReplyDelete
  11. asy_syakirin :semoga roh mangsa di tempatkan di kalangan hambanya yg solehah

    Norsha:mungkin,jugak,tapi buat saya seram,dh la kita nie dalam latihan rohani..kene ujian mcm nie pula..

    penchacaiz : rasa saya,dia bawa batu nisan,pasai surau tu kurang dikunjungi oleh manusia.
    p/s:saya belum sampai tahap tu lagi,samapai bidadari dtg jenguk...mungkin wanita tu kot dtg usha...hahahha

    ReplyDelete
  12. abu zarim :korban lebih,Allah bagi bidadari lebih.

    ummu6point:kene zihin lagi...anyway,tq puan..tp seram jugak saya nk pikiaq nie..

    Nam: itu lah pasai,tapi ntah betul ntah tidak...Allah lebih mengetahui...

    ReplyDelete
  13. Marina Ali :itu bukan bidadari kak,itu JU-ON (hantu korea)...hahhaha...tq mendoakan saya.

    Muhamad Iqbal: memang tragis bro...

    QuLMind:alamak ,yeke,time2 gini la nk testing ...huhu,semoga kita semua dilindungi Allah..

    ReplyDelete
  14. semoga tuan dikurniakan bakal isteri yg berpurdah.. (",)

    ReplyDelete
  15. menambah koleksi 'hantu-hantu' yang telah sedia ada.. hehee..

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikim saya baru balik 3hari bersama ziarah76 baru baca cerita ni, anta tak payah pikiaq, kalau hantu mana boleh dia duduk dalam surau, sedang kita dok baca taklim , Quran dan lain-lain amal, lari lah dia.Tu mungkin Jin islam pompuan atau apa-apa jenis makhluk islam lah, sebab anta tak mau cari jadi dia mai tunjukkan kat anta lah, kira rezekilah tu, cari lah cepat sikit nanti kenduri panggil, insyaallah saya pi dgn keluarga

    ReplyDelete
  17. seram baca post enta kt atas

    tergelak baca komen pacik musa.

    heee

    ReplyDelete
  18. fuad ansari : amin,terima kasih..

    merah_s:ooowh yeke....

    musa:inshallah,,,rasanya jodoh dah semakin hampir...ceh3...kuang3..

    ahLia teeeetttttt..... : oowh yeke....tergelak??? doa lah...huhu

    ReplyDelete
  19. Allahualam..
    mungkin jin. manusia di alam kubur...
    kalau menyerupai manusia pun itu jelmaan jin.

    ReplyDelete
  20. DARI kuching sarawak..menuju akhirat,
    Assallam..ana pun nak syer jugak satu pengalaman ana masa ahlia brtgas d sebuah hospital yg agak terpencil..kat dlam area hospital tu da lah sebuah surau..jadi kalo ana ziarah ahlia setiap hujung minggu ana akan solah kat surau tu..pendek ceta satu ptg tu pas maghrib ada sorang pakcik tu nak jemput ana g rumah dia coz ada doa selamt anak dia baru pindah kat situ,jadi ana bgtau pas isya insyAllah ana dtg.Habis isya ana g umah dia..pastu dia tanya ana masa solah isya ada org brjemaah x? ana jawab ana sorang je xde org dtg pun lepas azan tadi..pakcik tu jawab apa...saya nampak ramai org lelaki n perempuan solah kat belakang ana..suspen jugak tapi ana jwb sebab kita bila dengar azan x solah kat masjid jadi makhluk yang lain akan dtg..Alhmdllh sekarang surau tu hidup ngan solah brjemaah..ahlia pun dah pindah..jazakallah.

    ReplyDelete

Tinggalkan komen anda...Setiap komen anda amat dihargai...
Sila berikan komen dengan penuh adab,Segala Komen yang tidak memenuhi adab,inshallah,akan di delete oleh admin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Telah Link Blog Ini