Ikuti Blog Ini

Thursday, August 11, 2011

Gejala Ikhtilath Dan harga Seorang Wanita


                      Gambar sekadar hiasan,aku kena kahwin nie

Pada hari ini gejala ikhtilath (bercampur-gaul) di antara lelaki dengan perempuan berlaku dengan meluas sekali.Seolah-olah seperti tiada siapa yang menyedari perkara tersebut termasuk suatu yang terlarang di sisi agama. Disebabkan hilangnya kesedaran itu jugalah, maka ia menjadi salah satu faktor yang mendedahkan kaum wanita kepada pelbagai bentuk ancaman keselamatan dan maruah.

Allah SWT berfirman (maksudnya):

“...hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias (tabarruj) dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliyyah terdahulu.” (Surah al-Ahzab, 33: 33)

Walaupun ayat ini zahir asalnya untuk isteri-isteri nabi, tetapi sebenarnya ia turut mencakup seluruh kaum wanita beriman secara umum. Kerana wanita beriman itu mengikuti isteri-isteri Nabi dan menyelisihi perilaku kaum wanita jahiliyyah.Hal ini antaranya sebagaimana dijelaskan dalam Tafsir al-Qurthubi dan Tafsir Ibnu Katsir.

Juga firman-Nya:

Maka wanita yang soleh adalah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tiada dengan apa yang Allah telah pelihara mereka.” (Surah an-Nisaa’, 4: 34)

Nabi SAW juga pernah bersabda:

Persoalan anak Adam berkaitan zina telah ditentukan. Tidak mustahil ia pasti melakukannya. Dua mata berzina dengan melihat, dua telinga berzina dengan mendengar, lidah berzina dengan kata-kata, tangan berzina dengan menyentuh, kaki berzina dengan melangkah, hati berzina dengan angan-angan (keinginan), dan kemaluanlah yang akan membenarkan (merealisasikan) atau mendustakan semua itu.” (Hadis Riwayat Muslim, 13/125, no. 4802)

Hadis ini menunjukkan bahawa perbuatan di antara lelaki dan wanita yang saling memandang, saling berbual tanpa keperluan syar’i, bersentuhan atau bersalaman, serta apa yang disebutkan melalui hadis ini tentang zina adalah terlarang dan perlu dielakkan.

Jika kita teliti betul-betul, nescaya kita akan temui catatan-catatan yang sahih berkaitan wanita-wanita yang terdiri dari kalangan para sahabiyah di zaman Nabi. Yang mana mereka ini sifatnya amat pemalu. Mereka berusaha mengelak dari menjadi tatapan kaum lelaki dengan tetap mendiami rumah-rumah mereka. Jika mereka keluar pun, mereka akan keluar atas alasan yang syar’i dalam keadaan yang terjaga serta ditemani oleh mahram mereka.

Di antara sebab wanita dibenarkan keluar adalah seperti untuk solat berjama’ah, menuntut ilmu agama, dan beberapa yang lainnya yang diperlukan selagi mana berada dalam keadaan aman dari fitnah, mendapat izin dari wali atau suami, dan setelah hak-hak suami dan anak-anak ditunaikan dengan sempurna. Jika mereka keluar, diwajibkan pula untuk mendapat pengawasan atau ditemani oleh mahram, bebas dari ikhtilath, dan berpakaian dengan pakaian yang syar’i (menututp aurat).

Walaupun wanita dibenarkan untuk solat berjama’ah di masjid bersama dengan yang lainnya, Rasulullah SAW tetap menegaskan bahawa solat terbaik bagi kaum wanita adalah di rumah mereka masing-masing.Untuk ke masjid pula,Rasulullah SAW menyediakan pintu khas untuk para wanita bagi mengelakkan percampuran dengan kaum lelaki.Dalam solat,Islam mengasingkan pula saf wanita di belakang dan lelaki di hadapan.Nabi SAW bersabda:

Sebaik-baik saf lelaki adalah yang paling hadapan dan yang paling buruk adalah yang paling belakang. Dan sebaik-baik saf bagi wanita adalah yang paling belakang, yang terburuk bagi mereka adalah yang paling depan.” (Hadis Riwayat Muslim, 2/435, no. 664)

Manakala ketika tamat sahaja solat (sebaik salam diucapkan), kaum wanita perlu segera beredar. Manakala kaum lelaki, mereka beranjak setelah para wanita selesai keluar terlebih dahulu.

Ini sebagaimana yang diceritakan oleh Ummu Salamah r.ha (salah seorang isteri Nabi SAW). Beliau berkata:

Bahawasanya pada zaman Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, kaum wanita segera bergerak keluar (beredar) apabila mereka telah mengucapkan salam pada solat fardhu. Sementara itu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dan kaum lelaki yang solat bersama-sama beliau tetap berada di tempat mereka bersesuaian dengan apa yang dikehendaki Allah. Apabila Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bangun, maka mereka pun ikut bangun.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Bagi majlis-majlis ilmu pula, Rasulullah SAW mengasingkan (memisahkan) di antara lelaki dengan wanita. Abu Sa’id al-Khudri r.hu menceritakan:

Ada seorang wanita datang menemui Rasulullah lalu berkata, “Wahai Rasulullah, kaum lelaki telah pergi dengan membawa hadis-hadis daripada engkau. Maka luangkanlah satu hari untuk kami (kaum wanita) supaya kami dapat menemui engkau pada hari tersebut dan engkau mengajarkan kepada kami apa-apa yang telah diajarkan Allah kepada engkau.”

Rasulullah SAW pun menjawab:

Berkumpullah kamu pada hari ini dan ini, di tempat ini dan ini.”
Setelah itu,para wanita pun berkumpul di tempat yang dijanjikan tersebut,maka Rasulullah SAW menemui mereka dan mengajar mereka perkara-perkara yang telah diajarkan oleh Allah SWT kepadanya. (Hadis Riwayat al-Bukhari, 22/284, no. 6766)

Namun agak sedih hari ini, fitnah ikhtilath amat berleluasa bukan sahaja di pasar-pasar, di jalan-jalan, di pusat-pusat membeli-belah, di tempat-tempat kerja, atau di majlis-majlis walimah, tetapi juga telah sampai sehingga ke masjid-masjid dan pusat-pusat pengajian umat Islam.
‘Aisyah r.ha(Ummul mukmin) sendiri pernah mengutarakan sesuatu apabila beberapa bentuk fitnah dari kalangan wanita mula berlaku. Beliau mengatakan:

Sekiranya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam melihat apa yang dilakukan oleh para wanita pada masa sekarang ini, nescaya beliau akan melarang mereka dari pergi ke masjid sebagaimana kaum wanita Bani Israel dilarang ke masjid.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 3/378)

Dalam sebuah hadis yang lain, daripada Hamzah B. Abu Usaid al-Anshari rah daripada bapanya, bahawasanya ia pernah mendengar Rasulullah SAW berbicara ketika berada di luar masjid sehinggalah berlaku percampuran lelaki dan wanita di tengah jalan.Maka Rasulullah SAW pun bersabda kepada kaum wanita:

Hendaklah kamu melambatkan dalam berjalan (supaya berjalan di belakang), kerana kamu tidak berhak untuk memenuhi tengah-tengah jalan. Dan hendaklah kamu berjalan di tepi jalan,sehingga ada seorang wanita yang serta-merta berjalan merapat ke dinding, hingga bajunya tersangkut pada dinding disebabkan terlalu rapat dengan dinding.”(HR Abu Daud,)

Bayangkanlah,wanita dizaman Nabi dan para sahabat pun mereka tetap bersembunyi dan mengelakkan diri dari khalayak kaum lelaki. Yang mana pada masa tersebut kita ketahui orang-orang yang teguh beriman amat ramai serta mendominasi pula masyarakat pada ketika itu.

Berbeza dgn zaman ini, lelaki yang tegar beriman semakin kurang. Yang beriman tetapi lemah pun ramai. Lelaki-lelaki fasiq dan suka mengambil kesempatan pula yang banyak berkeliaran. Yang kafir juga tidak kurang ramainya.

Maka, sepatutnya kaum wanita beriman pada hari ini wajib lebih berhati-hati dan perlu memiliki rasa malu yang tinggi dari menjadi tatapan lelaki-lelaki asing di luar. Apatah lagi khabar-khabar fitnah dan jenayah yang mengaitkan wanita dalam masyarakat hari ini begitu banyak sekali.

Semoga kita semua tidak menjadi fitnah di antara satu sama lain sebagaimana dikhabarkan Rasulullah SAW dalam sabdanya:

Aku tidak meninggalkan fitnah sepeninggalanku yang lebih bahaya bagi lelaki melebihi fitnah wanita.” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim –Muttafaq ‘alaih)

Saidina ‘Ali r.hu pernah berkata kepada isterinya, (iaitu) Fathimah r.ha:
Wahai Fathimah, apa yang terbaik untuk seseorang wanita?”Fathimah menjawab:“Hendaklah dia tidak melihat lelaki (yang bukan mahramnya) dan lelaki pun tidak melihatnya.” ‘Ali berkata lagi:“Tidakkah kamu malu? Tidakkah kamu cemburu? Salah seorang di antara kamu membiarkan isterinya pergi ke khalayak kaum lelaki dan dia melihat mereka serta mereka (para lelaki) pun melihat mereka pula.” (adz-Dzahabi, al-Kaba’ir,m/s.171-172)

Jadilah wanita muslim yang beriman. Wanita beriman itu bukan wanita murahan.Kerana wanita beriman itu amat mahal lagi berharga. Yang harganya tidak ternilai sedikitpun dengan helaian wang ringgit. Melainkan dengan apa yang telah dinilai dan ditetapkan oleh Allah SWT bagi diri-diri mereka.Mereka menerima, bersyukur, dan redha dengannya. Ganjaran buat mereka adalah Syurga Allah yang luas terbentang.

Rasulullah SAW bersabda:
Apabila seorang wanita telah mendirikan solat 5 waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya (atau kemaluannya), serta mentaati suaminya, maka akan dikatakan kepadanya, “Masuklah engkau ke dalam Syurga dari pintu mana pun yang engkau mahu.” (Hadis Riwayat Ahmad, 3/199, no. 1661. Ath-Thabrani, al-Mu’jam al-Ausath, 5/34, no. 4598. 8/339, no. 8805. Ibnu Hibban, Shahih Ibnu Hibban, 9/471, no. 4163. Hadis hasan lighairihi)

21 comments:

  1. fitnah masturat nie,menyebab abid pun roosak....

    ReplyDelete
  2. baru sy fhm...nilai wanita nie...semoga Allah pelihara semua wanita...dari menjadi fitnah kpd org laki...

    ReplyDelete
  3. perempuan baik untuk lelaki baik...lelaki baik untuk perempuan baik....perempuan sosial akan dapat lelaki sosial la jugak

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum wbt..

    dunia akhir zaman, lelaki dan wanita berhubung tanpa rasa segan. astagfirullah..

    semoga Allah SWT menjadikan saya dan kaum wanita lain untuk sentiasa dilindungi maruah mereka. Semoga Allah SWT pelihara kami dari menjadi fitnah kepada kaum lelaki. ameen.

    ReplyDelete
  5. salam bro.

    tertarik juga dgn statement "aku kena kahwin nie"

    dah dekat ke bro? bila tuh? hehe

    ReplyDelete
  6. Salam
    Menyentuh isu ikhtilat ni saya tertarik utk mengemukan satu permasalahan kpd penulis dan juga mana2 sahabat yg tahu. apabila lelaki dan wanita berbalas komen di FB n blog apakah ianya juga dikira ikhtilat? Dan bagaimana jika komen itu sekadar perbincangan ilmu apakah juga dikira ikhtilat? sy harap encik penulis sudi menjawab soalan sy ini.... Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
  7. berharganya wanita seperti mutiara tapi ramai yang tak menyedarinya.....

    ReplyDelete
  8. tuan kata nak khidmat kat mjsp. bile tarikh?

    ade rezki leh jumpe tuan mintak nasihat. roger2 la yer..

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum :)

    hmm. sangat bermakna entry ni. thanks a lot.

    tapi yang berlaku hari ni kan... hmm. tak tahulah nak cakap macam mana sebab diri ni pun tak sebaik mana. banyak lagi buat silap dan banyak lagi perlu diperbetul.

    dunia hari ini menuntut manusia melakukan sesuatu kerana tuntutan keperluan duniawi dan sekaligus menolak yang akhirat. hm. astaghfirullahal'azim. semoga sentiasa di redhai dengan apa yang dilakukan.

    nice sharing :)

    ReplyDelete
  10. Salam. Banyak terkesan dari entry ni. *Mencuba sedaya upaya untuk tidak menjerat ayah dan saudara lelaki ke neraka*

    Sekarang ni banyak kes wanita p Solat Tarawikh tapi pakai baju tidur. T__T

    Ishk. Maluu.

    ReplyDelete
  11. Anonymous 1 : bukan kata abid,sy pun rosak..

    Anonymous 2 :amin,doakan saya ye..

    Mama Rocks : fuh,betul tu,nasihat dari org lama...

    ReplyDelete
  12. nam :amin,semoga Allah pelihara kami dari menjadi fitnah kepada wanita.

    penchacaiz:inshallah,lambat lagi kerna,sy masih muda...huhu

    Zaujah Shamsul Baharin:tgk jawapan dari blog UZAR,dia ckp xpa,tapi berbahaya,kadang2 kal,syaitan nk tipu kita juga,kononnya agama,ilmu tapi sebaliknya,ada penyakit hati.

    ReplyDelete
  13. Norsha :mutiara kat kedai,murah tapi ramai yg hargainya..pelik betul la dunia la nie.

    penchacaiz :inshallah,minggu depan,bagi la no contact...

    asy_syakirin :amin..semoga diberi kecekalan dlm hidup..

    ReplyDelete
  14. s a r : yeke,terima kasih...doa kan sya..semoga kita semua selamat di sana..

    ~PENCHENTA~ :inshallah,aik yeke,ok la tu,yg penting diorg pergi,tuntutan pakiaan dlm Islam adlah menutup aurat...itu sudah memadai..kalo nanti diorg tertarik dan semangat beragama,nanti diorg akan berubah kearah yg lebih baik..

    ReplyDelete
  15. Syukran anak pendang.... Mohon copy entry ini ya utk dimuatkan di blog dan di forum saya.... Syukran

    ReplyDelete
  16. Assalamu'alaikum...

    Alhamdulillah..terima kasih ye tuan, byk pencerahan dlm artikel ni..
    Sentiasalah mengingatkan kami kaum hawa..Moga ALLAH memberkati segala usaha..aamiin.

    syukran..

    ReplyDelete
  17. Ismi Ijmi:calon belum ade lagi...

    Zaujah Shamsul Baharin :sila la..sama2 puan.

    ♥ Ahlia iman ♥ :untuk peringat akan diri sy juga terutamanya...huhuu

    ReplyDelete
  18. berusaha utk menjadi yg tdk dilihat dan yg tdk melihat. insyaallah..

    ReplyDelete
  19. ank_ayah : amin,semoga diberi taufik oleh Allah azza wa jalla

    ReplyDelete

Tinggalkan komen anda...Setiap komen anda amat dihargai...
Sila berikan komen dengan penuh adab,Segala Komen yang tidak memenuhi adab,inshallah,akan di delete oleh admin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Telah Link Blog Ini