Ikuti Blog Ini

Friday, September 2, 2011

Perut semakin besar

                                      Hidangan raya di rumah aku
Boleh dikatakan hari-hari aku makan,kene makan dan dipaksa untuk makan,nak buat macam mana,orang dah bagi,jadual disusun penuh,hari-hari ada majlis yang mana mesti ada makan,tu yang best tu...asbab inilah,perut sedikit mara kehadapan...

Teringat aku,tahun lepas punya raya,kami semua celebrate raya di Bangladesh,nak makan macam sekarang,tak dapat,sebab ada sapa mau kasi makan macam ini,kat sana mana nak cari nasi Himpit,satay,mee dan pelbagai variasi mee,itu belum masuk lagi segala jenis kueh-mueh dan tambah pula,minumannya terdiri daripada pelbagai warna..
                                   Kat Malaysia,benda nie la popular
Tambahan pula,duduk di kampung ini begitu terasa seolah-olah berada di medan perang,ada saja bunyi letupan kedengaran,persekitaran yang biasa didengari saban tahun...ntah bila la,perkara ini nak berkesudahan.Kalau dulu di Bangladesh,ketika di ambang-ambang raya,begitu bingit bunyi telinga kerana bunyi hon kenderaan yang lalu lalang dihadapan Masjid Kakrail,tetapi suasan berubah,di sini (barangkali Malaysia kot) bunyi bisingnya berasal dari dentuman mini bom atom.

                                   Hon dengan bebasnya berbunyi di sini
Hari-hari makan,guna tangan kanan,dahulukan syariat dan sunnah ketika makan dan minum.Tatacara dan adab-adab makan banyak yang dah aku tulis seperti ini,juga di sini dan disini juga
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Telah Link Blog Ini