Ikuti Blog Ini

Wednesday, August 29, 2012

Hudzaifah bin Yamman r.hu (setiauaha sulit Nabi Saw)

Sahabat dan juga tokoh penaklukan ini banyak memegang rahsia-rahsia Nabi saw.Khalifah Umar bin Khattab r.hu mengangkatnya menjadi pemeritah di Madain.Pada tahun 642 M,dia telah berjaya mengalahkan pasukan Parsi dalam perang Nahawand,kemudian dia mengikuti  penaklukan Jazirah Arab dan akhirnya meninggal dunia di kota Madain.


Jika engkau ingin digolongkan kepada Muhajirin, engkau memang Muhajir. Dan jika engkau ingin digolongkan kepada Anshar, engkau memang seorang Anshar. Pilihlah mana yang engkau sukai.“.

Itulah kalimat yang diucapkan Rasulullah saw kepada Hudzaifah Ibnul Yaman, ketika bertemu pertama kali di Mekah.Mengenai pilihan itu, apakah beliau tergolong Muhajirin atau Anshar ada kisah tersendiri bagi Hudzaifah Al-Yaman sendiri,ayahnya adalah orang Mekah dari Bani Abbas dan kerana di sebabkan berhutang darah dengan kaumnya,dia terpaksa di buang dari Mekah ke Yastrib (Madinah).Di sana dia telah meminta perlindungan daripada Bani Abd Asyhal dan bersumpah setia pada mereka untuk menjadi keluarga dalam suku Bani Abd Asyhal.Beliau kemudiannya berkahwin dengan anak perempuan suku Asyhal.Dari perkawinannya itulah,lahirl anaknya,iaitu Hudzaifah.Maka, hilanglah halangan yang menghambat Al-Yaman untuk memasuki kota Mekah.Sejak itu dia bebas pulang pergi antara Mekah dan Madinah.Walau bagaimanapun dia lebih banyak tinggal dan menetap di Madinah.Ketika Islam kian tersebar ke seluruh Jazirah Arab, Al-Yaman termasuk salah seorang dari sepuluh orang Bani Abbas yang berkeinginan untuk menemui Rasulullah saw dan menyatakan keislamannya.

Setelah Rasulullah saw hijrah ke Madinah,Hudzaifah selalu mendampingi beliau bagaikan seorang kekasih.Hudzaifah turut bersama-sama dalam setiap peperangan yang dipimpinnya,kecuali dalam Perang Badar.Mengapa dia tidak turut serta dalam Perang Badar?.Soal ini pernah diceritakan oleh Hudzaifah sendiri.Beliau berkata,“Yang menghalangiku untuk turut serta dalam peperangan tersebut  adalah kerana saat itu aku dan bapaku berada di luar Madinah.Dalam perjalanan pulang,kami ditangkap oleh kaum kafir Quraisy seraya bertanya, “Hendak ke mana  kalian?”
Mereka menjawab, “Ke Madinah!”

Mereka bertanya, “Kalian hendak menemui Muhammad?”

Kami hendak pulang ke rumah kami di Madinah,” jawab kami.

Mereka tidak bersedia membebaskan kami, kecuali dengan perjanjian bahawa kami tidak akan membantu Muhammad,dan tidak akan memerangi mereka. Sesudah itu barulah kami dibebaskannya.Setelah bertemu dengan Rasulullah saw,kami menceritakan kepada beliau peristiwa penangkapan kami oleh kaum kafir Quraisy dan perjanjian mereka. Lalu, kami bertanya kepada baginda saw tentang apa yang harus kami lakukan.Rasulullah saw menjawab,“Batalkan perjanjian itu, dan marilah kita mohon pertolongan Allah untuk mengalahkan mereka!”

Dalam Perang Uhud, Hudzaifah turut serta dalam memerangi kaum kafir bersama dengan ayahnya, Al-Yaman.Dalam perang itu,Hudzaifah mendapat ujian besar.Dia pulang dengan selamat,tetapi bapanya disyahid oleh pedang kaum muslimin sendiri, bukan kaum musyrikin.

Berikut kisahnya, pada hari terjadinya Perang Uhud,Rasulullah saw menugaskan Al-Yaman (ayah Hudzaifah) dan Tsabit bin Waqsy mengawal benteng iaitu tempat para wanita dan kanak-kanak,karena keduanya sudah lanjut usia.Ketika tercetusnya peperangan dengan kemuncak dan sengitnya, Al-Yaman berkata kepada temannya,“Bagaimana dengan pendapatmu, apa lagi yang harus kita tunggu.Umur kita tinggal seperti lamanya kita menunggu keldai minum dengan puas.Kita mungkin mati pada hari ini atau esok hari. Apakah tidak lebih baik bila kita ambil pedang,lalu menyerbu ke tengah-tengah musuh membantu Rasulullah saw.Mudah-mudahan Allah memberi kita rezeki menjadi iaitu menjadikan kita syuhada bersama-sama dengan nabi-Nya”.Kedua-duanya lalu mengambil pedang dan mara ke medan pertempuran.

Tsabit bin Waqsy memperoleh kemuliaan di sisi Allah.Dia syahid di tangan kaum musyrikin.Tetapi, Al-Yaman menjadi sasaran pedang kaum muslimin sendiri, karena mereka tidak mengenalinya.Hudzaifah berteriak,“Itu bapa aku …! Itu bapa aku …!” Tetapi sayangnya,tidak seorang pun yang mendengar teriakannya,sehingga bapanya jatuh tersungkur.Hudzaifah tidak berkata apa-apa,kecuali hanya berdoa kepada Allah, “Semoga Allah Taala mengampuni kalian, Dia Maha Pengasih dari yang paling pengasih.”Rasulullah saw memutuskan untuk membayar tebusan darah (diyat) bapa Hudzaifah kepada anaknya,iaitu Hudzaifah.Hudzaifah berkata,“Bapaku menginginkan supaya dia mati syahid.Keinginannya itu kini telah dicapainya. Wahai Allah!Saksikanlah,sesungguhnya aku menyedekahkan diyat darah bapaku kepada kaum muslimin.”

Rasulullah saw menilai peribadi Hudzaifah Ibnul Yaman dan terdapat tiga keistimewaan yang khusus daripadanya.Pertama,cerdas, sehingga dia dapat melepaskan diri dalam situasi yang sulit.Kedua, cepat menangkap, berpikir cepat,tepat dan jitu,yang dapat dilakukannya setiap kali diperlukan.Ketiga,ialah cermat dan jujur dalam memegang rahsia,dan berdisplin tinggi,sehinggalah tidak ada seorang pun dapat mengetahui apa yang dirahsiakannya.Demikianlah riwayat hidup seorang kekasih Allah swt yang  kembali kepada Allah swt dalam kerinduan dan keimanan yang sempurna.Semoga Allah swt melimpahkan rahmat-Nya.
Di petikan daripada kitab Hayatus Sahabah,karya oleh As Sheikh Muhammad Yusof Al-Kandhalawi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Telah Link Blog Ini