Ikuti Blog Ini

Sunday, January 27, 2013

Kisah Al-Musnid Syeikh Dengan Dua Orang VVIP Malaysia


                  Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj,Semoga Allah terangi pusara beliau dengan cahaya


Respon kepada mereka yang menghantar e-mail.Oleh kerana terlalu banyak e-mail yang di hantar kepada saya untuk mengetahui cerita selanjutnya.Maka saya membuat keputusan untuk menuliskan satu artikel baru sebagai lanjutan kepada artikel sebelum ini.

Al-Musnid Syeikh pernah menziarahi Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah yang ketika itu ialah bekas Perdana Menteri,saya rasa lewat tahun 1980-an.

Maka soalan pertama yang di tanya oleh Tunku Abdul Rahman ialah apakah tujuan sebenar Jemaah Tabligh ini.Maka dengan hikmah dan bijak,Al-Musnid Syeikh menjawab bahawa tujuan Jemaah Tabligh adalah untuk mengembalikan penghayatan agama seperti mana keadaan Islam di zaman terdahulu (Nabi Saw dan para Sahabat r.hum ajmain).

                                    Dengan agama,Allah Swt akan menyatukan pepaduan bangsa



Al-Musnid Syeikh juga telah memberitahu bahawa Jemaah Tabligh menyeru orang Islam supaya kembali ke masjid,mengimarahkan masjid dan kembali menghayati sunnah-sunnah Baginda Nabi Saw.

Tuanku Abdul Rahman bertanya lagi,apakah kerja Jemaah Tabligh ini merupakan kerja semua orang Islam,maka Al-Musnid Syeikh menjawab ye,memang benar,hal ini merupakan kewajipan semua Umat Islam,kerana zaman sekarang (zaman 1980-an),keadaan Umat Islam adalah di tahap yang membimbangkan,maka apabila keadaan ini berlarutan,maka menjadi kewajipan atas setiap orang Islam untuk bangkit melakukan dakwah.

Selepas daripada itu,Tuanku Abdul Rahman berpuas hati dengan jawapan yang di berikan oleh Al-Musnid Syeikh.Maka Tuanku mohon doa dari Al-Musnid Syeikh supaya sembuh dari penyakit dan menyertai Al-Musnid Syeikh dalam melakukan kerja Tabligh.Ketika itu Tuanku Abdul Rahman merupakan Presiden Perkim.

Al-Musnid Syeikh Dengan  Dato' Seri Anwar bin Ibrahim.

Berkaitan dengan Dato' Seri Anwar bin Ibrahim,jika tidak salah saya, beliau adalah anak murid kepada Al-Musnid Syeikh ,masa beliau belajar dulu,dan ketika Presiden Abim dan ketika menjawat jawatan di dalam kabinet kerajaan,beliau selalu menziarahi Al-Musnid Syeikh,dan selalu meminta nasihat daripada Al-Musnid Syeikh.Saya tidak pasti sama ada beliau pernah menadah/bertalaqqi kitab dengan Al-Musnid Syeikh ataupun tidak.

Dato' Seri Anwar bin Ibrahim ketika pelihan raya kecil Permatang Pauh pada tahun 2008,sejurus selepas beliau di bebaskan daripada penjara,beliau telah datang menziarahi Al-Musnid Syeikh,Jika tidak salah saya,tujuan beliau datang adalah untuk meminta restu daripada Al-Musnid Syeikh.ketika itu,Al-Musnid Syeikh baru sahaja selesai program Himpunan (Jhor) wilayah Utara yang bertempat di Masjid Bandar Baru Perda.2008.

Al-Musnid Syeikh ada menceritakan bahawa beliau mengangap Dato' Seri Anwar bin Ibrahim seperti anak beliau sendiri,Kata Al-Musnid Syeikh beliau memberitahu Dato' Seri Anwar bin Ibrahim bahawa jika majlis yang kamu buat ini baik,majlis kamu ini akan menjadi wangi/harum (mendatangkan rahmat Allah-pent) dan jika majlis yang kamu buat tidak baik,maka majlis kamu ini  akan menjadi busuk (mengundang kemurkaan Allah-pent) di sisi Allah Swt.Kemudian kata Al-Musnid Syeikh berkata lagi bahawa.Jika kamu bertaqwa dan beramal soleh,Allah Swt akan memuliakan kamu dan jika kamu mengingkari perintah Allah Swt dan Sunnah Rasulnya,maka Allah Swt akan menghinakan kamu.

                              Al-Musnid Syeikh,Semoga Allah terangi pusara beliau dengan cahaya



Penulis beranggapan ini satu bentuk nasihat yang ikhlas daripada seorang Guru kepda anak muridnya.Ketika berlangsungnya Ijtimak Malaysia di Nilai,Negeri Sembilan pada 2009,Dato' Seri Anwar bin Ibrahim kelihatan datang ke pentas utama sambil memapah Al-Musnid Syeikh yang kelihatan sedikit uzur.Ketika mereka duduk,Dato' Seri Anwar bin Ibrahim sentiasa memegang tangan Al-Musnid Syeikh menampak begitu kemesraan antara keduanya.Begitulah kasih sayang seorang murid kepada gurunya.Peristiwa ini di lihat oleh saya sendiri yang berada tidak jauh dari pentas utama.

Al-Musnid Syeikh hanya menceritakan sampai di sini sahaja kisah-kisah dan pengalaman beliau beramah mesra dengan beberapa individu penting dalam negara kita kepada saya.Rasanya,banyak kali nasihat dan pengalaman Al-Musnid Syeikh yang tidak di kongsikan bersama saya.Pengalaman bertemu dengan Al-Musnid Syeikh merupakan pengalaman yang sangat bermakna buat saya.Semoga Allah Swt menerangi pusara Al-Musnid Syeikh dan Tuanku Abdul Rahman Putra Al-Haj dengan cahaya.Al-fatihah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Telah Link Blog Ini