Ikuti Blog Ini

Thursday, June 27, 2013

Pencerahan Adab Tidur Usaha Dakwah Dan Tabligh

Gambar sekadar hiasan

Alhamdulilah,segala puji bagi Allah Swt kerana telah mengizinkan saya untuk menyiarkan pencerahan mengenai tuduhan yang tidak ilmiah golongan tertentu terhadap amalan adab tidur yang di amalkan oleh sebahagian besar mereka yang terlibat di dalam kegiatan Dakwah dan Tabligh.

Artikel ini adalah untuk menjawab tuduhan yang di lemparkan di dalam blog ini dengan tajuk :

Justuru itu,saya bersama dengan Ustaz saya rasa terpanggil untuk menjawab tuduhan tersebut kerana tuduhan tersebut tidak begitu ilmiah dan di campuri dengan kebencian yang mendalam (masalah individu golongan tersebut di mana saya mengenali golongan-golongan ini).Kenapa saya katakan bahawa tuduhan mereka adalah pendustaan dan tidak ilmiah.Maka para pembaca bolehlah membaca segala pencerahan terhadap jawapan tersebut di dalam artikel yang telah saya compile dan muat naik di lawn web Scribd.Dan Boleh di download dan di baca di sini.Inshallah.

19 comments:

  1. salam rakan seusaha. segala pujian untuk Allah yang telah beri tuan hidayah dan taufik untuk 'jawab' perselisihan dan masalah tersebut. inilah realiti umat Nabi saw yang hujung-hujung ni. masalah umat tak makmurkan masjid dan bermaksiat sana-sini etc etc di'tutup sebelah mata' je, masalah tidur pulak dikaji secara terperinci. habis segala jenis kitab diselak. haih. semoga Allah ampunkan kita.

    p/s - blog terbabit dah 2 tahun lebih tak berupdate. ntah-ntah Allah dah beri hidayah dan taufik untuk penulisnya keluar jalan Allah kot? *sangka baik* hiks!

    ReplyDelete
  2. atuan, ini 2 artikel yang tersangat menarik tentang politik nabi/
    Politik dakwah

    http://www.malaysiakini.com/news/158332

    http://penaminangreturn.blogspot.com/2013/06/sudut-pandang-azman-husin-erti.html

    antara petikan..
    Parti politik dapat menguatkuasakan undang-undang kepada rakyat jika memenangi pilihanraya, tetapi ia tidak dapat mengubah akhlak masyarakat. Dakwahlah yang akan mengubah akhlak masyarakat. Sebaliknya, dalam demokrasi, rakyat yang telah mengubah parti politik. Jika parti politik tidak menuruti kehendak masyarakat, ia akan kalah.

    .....Politik Nabi Muhammad SAW adalah mendakwah dan menyebarkan ajaran Islam kepada masyarakat melalui contoh teladan baginda sendiri, sehingga Islam menjadi cara hidup (addin, budaya dan semuanya tentang kehidupan manusia). Kesempurnaan agama seseorang itu akan terpancar melalui akhlaknya. Islam Nabi SAW bukan hanya di mulut dan ceramah. Semenanjung Tanah Arab yang jahil dan zulmat menjadi terang rohaninya kerana dakwah

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulisan yg tak berpijak di bumi nyata-rubbish!

      Delete
    2. Cara tidur yang biasa diamal oleh jemaah Tabligh ketika beriktikaf di masjid adalah KEPALA MENJUNJUNG ARAH QIBLAT,.. ini bukan dinamakan membelakangkan kiblat seperti tuduhan Facebooker seperti Senjata Ampuh dan Firdaus Mazlan.

      Sebenarnya cara baring itu memperlihatkan badan, punggung, betis dan tumit jemaah Tabligh membelakang lantai tempat berbaring,.. bukannya mereka membelakangkan kiblat.

      Kepala mereka MENJUNJUNG KIBLAT lagi!!!

      Cara tidur begini amat sesuai jika ahli jemaah ramai beriktikaf. Banyak ruang dapat diguna sama secara tersesusun mengikut saf-saf solat.

      Tuduhan mengatakan bagun tidur akan membelakang kiblat ,.. itu memang benar,... tetapi adakah ianya salah atau berdosa?

      Sedangkang dlm kuliah di masjid, berjam-jam tok guru ngajar agama duduk membelakangkan kiblat, manakala murid atau penuntut duduk menghadap kiblat.

      Harap Senjata Ampuh, Firdaus Mazlan dan gang-gangnya bertaubatlah

      Delete
  3. TYM,ana syor lebih elok agar perbahasan seperti ini tidak diperbahaskan secara terbuka,suatu ketika dulu bila satu buku mengenai salah laku dalam tabligh telah diterbitkan maka salah seorang daripada mufti sab telah meminta untuk membalas balik maka maulana jawab bila tuan balas dia akan balas balik dan kita balas lagi maka akhirnya kerja dakwah tidak berjalan..wallahu'alam...

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum .. sy nak tanya tuan nie karkun kat pendang kedah ke ?

    ReplyDelete
  5. mohon jawab juga 11 isu yg lain dlm blog tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk pengetahuan tuan,ada yang di dakwanya itu betul...ada yang x betul..

      tetapi itu tidak mewakili suara utama masyaikh Tabligh,kerana tuan blog itu hanya mengambil kata2 dari orang awam Tabligh kemudian mendakwa bahawa ini kata2 utama Tabligh.Adakah betul tindakan beliau itu.

      Seumpama ,satu orang Islam yang mengatakan bahawa zina itu halal di sisi Islam,tetapi sebenarnya kata2 orang Islam itu salah, tapi sebesarnya itu bukan dari ajaran Islam.

      Delete
  6. https://www.youtube.com/watch?v=qNEWWlpfk9A&feature=youtube_gdata_player

    ReplyDelete
    Replies
    1. tidak menjadi kesalahan untuk melunjurkan kaki ke arah kiblat, sesiapa yang hendak mengharamkannya perlu membawa dalil. kerana asal dalam masalah ini harus.

      kemudian kitab yang disenaraikan oleh saudara di atas jelas menyatakan : "seperti orang yang hampir mati iaitu terlentang di atas belakangnya dan adalah mukanya dan dua tapak kakinya itu kepada kiblat itu".

      dalam dalil al-Falihin yg saudara bawakan: Dengan cara, diletakkan bantal di bawah kepala supaya muka, dada dan tapak kaki menghadap Kaabah.”

      jadi apakah yang anda masih keliru???

      tidakkah orang yang solat secara menelentang kakinya itu dihadapkan ke arah kiblat..saya rasa masalah ini sudah jelas.

      Delete
    2. Jazakumullahu khairal jaza’ ya akhie...

      Delete
    3. sebetulnya pencerahan dari fuad akmal masih banyak kesalahannya.kamu bilang hukum mengadap kaki ke arah kiblat itu haram tapi ngak di temukan dalilnya?

      yang pasti tidak ada dalil yang kata haram.makanya boleh tido kaki melunjur ke kiblat.spt mana org yang sakit lalu dia solat secara duduk dgn kaki dilunjur ke arah kiblat.

      jadi alasan kamu itu dgn sendirinya tertolak ke belakang.

      Delete
    4. bila saya cakap ,hukum menghadap kaki ke arah kiblat itu haram,mohon baca balik...

      Delete
  7. Jemaah Tabligh yang mengatakan KAKI HARAM mengadap KIBLAT. Pergi Sri Petaling, dan baring kaki menghadap Kiblat.

    Nanti ada orang yang Marah dan mengatakan KAKI HARAM mengadap KIBLAT.

    Itu sebab semua Karkun Jamaah Tabligh tidur, kakinya semua membelakangkan Kiblat. Dan, tidurnya pun membelakangkan Kiblat.

    Ini buktinya ;

    [IMG]http://i820.photobucket.com/albums/zz125/firdaus83_2009/TidurdiSriPetaling.jpg [/IMG]

    [IMG]http://i820.photobucket.com/albums/zz125/firdaus83_2009/TidurdiSriPetaling2.jpg [/IMG]

    [IMG]http://i820.photobucket.com/albums/zz125/firdaus83_2009/TidoMembontotiQiblah.jpg [/IMG]

    ........................

    ReplyDelete

Tinggalkan komen anda...Setiap komen anda amat dihargai...
Sila berikan komen dengan penuh adab,Segala Komen yang tidak memenuhi adab,inshallah,akan di delete oleh admin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Telah Link Blog Ini