Ikuti Blog Ini

Friday, October 11, 2013

Pemurnian kisah Sayyidina Tha’labah r.hu

Sering kali ketika selalu di momokan dengan kisah seperti ini : 

"kisah Tha'labah yang berlaku di zaman yang lalu menjelaskan lagi betapa buruknya bencana di dunia yang akan menimpa orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat "

Kisah ini sebenarnya diriwayatkan oleh Imam Al-Tabari rah dalam tafsirnya iaitu Tafsir Al-Tabari dari Abu Umamah al-Bahili r.hu,namun sanad dan matan hadith ini telah menjadi pertikaian dalam kalangan ulamak atas sebab-sebab berikut : 

1. Dalam sanad hadith ini terdapat seorang perawi yang bernama Ali Bin Yazid al-Alhani,di mana ianya di sepakati kedhaifannya. 

2. Sayyidina Tha'labah r.hu ialah salah seorang daripada ahli Badar,yg sememangnya tergolong dalam kalangan orang yang paling mulia dalam kalangan para sahabat r.ahum. Oleh itu amat jauh dari tangkapan akal untuk beliau melarikan diri daripada mengeluarkan zakat. 

Medan perang Badar menyaksikan pasukan pimpinan Sayyiduna Rasulullah saw bertempur dengan pasukan tentera kafir Quraisy

3. Dalil mutawatir menunjukkan apabila seseorang bertaubat,pasti taubatnya diterima oleh Allah Swt dan Rasulnya,seperti mana di dalam kisah Sayyidina Kaab bin Malik r.hu.Jadi bagaimana pula taubat Sayyidina Tha'labah ditolak sedangkan pada zahirnya beliau nampak ikhlas bertaubat?

4. Dalam hadith ada menyebut bahawa Rasulullah saw bersabda mafhumnya: Sesiapa yg tidak mahu memberi zakat, kami tetap akan mengambilnya (secara paksa).Hadith riwayat Imam Ahmad.Jadi bagaimana pula Rasulullah saw membiarkan Sayyidina Tha'labah tidak menunaikan zakat? Atas sebab-sebab di atas, ulamak hadith menghukumkan bahawa hadith di atas adalah munkar,dan tidak layak disandarkan kepada seorang ahli Badar seperti Sayyidina Tha'labah bin Hatib al-Ansari r.hu.

Pandangan Syeikh Kami. 

Syeikh kami,iaitu Maulana Burhan Mia hafidzahullah berpendapat bahawa andai kata benar sekalipun kisah di atas,ianya adalah mengenai seorang munafiq lain yang secara kebetulan bernama Tha'labah,dan bukannya Sayyidina Tha'labah bin Hatib al-Badri al-Ansari r.hu Wallahu a'lam

p/s : Tulisan ini telah di hasilkan oleh Al-fadhil Ustaz Latif Subki (khirij DUZAK) dengan suntingan oleh saya sendiri.Semoga ianya bermanfaat buat kita semua.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Telah Link Blog Ini