Ikuti Blog Ini

Thursday, November 14, 2013

Fatwa-Fatwa Ulama Mengenai Ajaran Brelwi

Sebenarnya isu golongan Brelwi tidak perlu saya bahaskan di sini kerana sudah banyak fatwa-fatwa dari Institusi pengajian Islam (Dars-i Nizami) seperti Darul Ulum Deoband dan cawangannya yang telah mengeluarkan fatwa mengenai bahayanya aliran Brelwi dan mereka (Darul Ulum Deoband) telah menghukum Brelwi sebagai bukan dari jalan ASWJ (Asya'irah wal Maturidiyah).

Tetapi yang menghairankan saya ialah bagaimana individu-individu tertentu dengan mudah dan langsung tidak membuat kajian dan selidiki telah melemparkan tuduhan yang tidak berasas kepada Akabir Deoband dengan hanya mengambil pandangan dari golongan seperti Brelwi dalam artikel saya sebelum-sebelum ini 1 dan 2.Hal ini merupakan satu penghinaan kepada Institusi pendidikan Deobandi itu sendiri sedangkan institusi itu telah menjadi benteng kepada umat Islam di dunia ini amnya dan khususnya di benua Hind dari mengekang aliran-aliran yang sesat lagi menyeleweng.

Secara asasnya antara aqidah golongan Brelwi ini ialah seperti berikut :

1. Nabi صلی الله علیه وسلم diciptakan dari cahaya.
2. Nabi صلی الله علیه وسلم mengetahui segala perkara ghaib.
3. Nabi صلی الله علیه وسلم sedang melihat dan boleh hadir / datang kepada kita.
4. Nabi صلی الله علیه وسلم berkuasa mutlak (memiliki ikhtiar sepenuhnya).

Di sini saya serta beberapa fatwa dari beberapa Institusi pengajian Islam terkenal di benua Hind. Antaranya ialah dari Darul Ulum Deoband dan Mazahirul Ulum sendiri.


Fatwa rasmi dari Mazahir Ulum  mengenai kesesatan Brelwi 

Kami, yang bertandatangan di bawah ini, ingin menjelaskan kepada semua umat Islam yang kami amat tegas mengikuti maslak Deobandi yang kami terima daripada orang-orang tua. (kanan); kami tidak membenarkan apa-apa kelembutan dalam hal ini.Daripada Muhammad Salman (penolong Pentadbir Mazahirul Ulum),Mufti Abd Rahman (Mufti Mazahirul Ulum) ,Mufti Muhammad Aqil (Ketua guru Mazahirul Ulum) dan Mufti Maqsud Ali (Mufti Mazahirul Ulum).

Fatwa rasmi dari Darul Ulum Deoband

Di sahkan oleh Syeikhul Hadith Mufti Saeed Ahmad Palanpuri (Syeikhul Hadith Darul Ulum Deoband 23/11/1417 H) dan kemudiannya disahkan oleh Mufti Nizam al-Din,(Mufti Darul Ulum Deoband) dan Mufti Zafir al-Din,Mufti Darul Ulum Deoband 25/11/1417H)

Jika mana-mana individu (dari Brelwi) yang tidak mempunyai aqidah seperti aqidah di atas, maka ianya masih dianggap sebahagian daripada aqidah ASWJ. Tetapi jika mana-mana individu mempunyai pegangan aqidah seperti yang dinyatakan di atas, maka ianya tidak dikenali sebagai ASWJ tetapi lebih kepada Ahli Bid'ah (Brelwi).

p/s : Jika mereka yang jahil masih lagi memberikan komentar menghentam Ulama aliran Deoband lagi,saya beranggapan bahawa mereka ini sedang berperang dengan Allah swt kerana Allah swt berfirman dalam satu hadith Qudsi (Riwayat Bukhari ) .

"Barangsiapa yang menyakiti Wali-Ku, maka sesungguhnya Aku mengisytiharkan perang kepadanya."

Semoga Allah swt mengampuni kamu atas keceluparan mulut kamu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Telah Link Blog Ini