Ikuti Blog Ini

Tuesday, November 5, 2013

Mimpi Faqehul Ummat,Mufti Mahmud Hasan Gangohi rah atas Jemaah Dakwah & Tabligh

Gambar masjid Markaz Bangla Wali.Keberkatan Usaha Jemaah Dakwah dan Tabligh

Tuan Mufti rah telah menulis surat kepada guru beliau yang di sayangi iaitu Syeikhul Hadith Maulana Muhammad Zakariyya Kandhalawi rah.Kandungan surat beliau adalah seperti berikut:

“Apabila seorang yang faqir (Tuan Mufti rah ) telah berjumpa dengan Rasulullah Saw di dalam mimpi ,maka Baginda Saw telah berkata kepada saya “ teruskanlah melakukan Usaha Ta’lim (mengajar) dan Tabligh dan kamu akan menjadi sahabat aku di Syurga kelak”. Ketika mimpi itu saya sedang mengajar tafsir al-quran selepas solat Subuh berdekatan dengan masjid manakala orang ramai sedang mengerjakan solat Subuh dan juga mereka ketika itu dalam persediaan untuk melakukan usaha Tabligh.Saya akan memulakannya pada Khamis ini.

Kemudian Syeikhul Hadith telah menulis surat balas kepada Tuan Mufti rah :

“Mimpi tersebut adalah satu rahmat kepada kamu.Semoga Allah swt merahmati kamu.Kedua-dua usaha  tersebut adalah jelas di sebut dan merupakan perkara yang  sangat terpenting. Ianya selalu menjadi keinginanku  supaya kamu mengetuai Jemaah Tabligh di daerah Shaharanpur ,tetapi ianya bukan bermaksud begitu”.

Di petik daripada buku “Sawanih Mufti Mahmud Hasan Gangohi yang di susun oleh Maulana Muhammad Shahid Shaharanpuri hafidzahullah.Hal 35.

Jika sebelum ini,saya memetik kisah-kisah yang diceritakan oleh Faqehul Ummat,Mufti Mahmud Hasan Gangohi seperti kisah ini.Maka timbulah syubhat di hati oleh yang mempunyai kedangkalan akal untuk mempercayainya.Sudah saya nyatakan di mana saya mengambil kisah tersebut.Tetapi masih lagi ada manusia yang enggan mempercayai.Saya menaqalkan kisah-kisah tersebut adalah sebagai satu kaedah targhib atau motivasi untuk diri sendiri dan untuk sahabat-sahabat di luar sana untuk terus beristiqomah dalam melakukan Usaha Dakwah dan Tabligh.Sememangnya sebagai sandaran dalil dan hujjah dalam Usaha Dakwah dan Tabligh ini tidak memadai dengan berhujjah berdalilkan kisah sebegitu,tetapi untuk memotivasikan diri saya ,maka saya perlu kepada kisah-kisah sebegitu.

Adapun sebagai sandaran dan dalil dalam melakukan kerja-kerja Tabligh ini sudah pun di bahas panjang oleh ahli ilmu,maka di sini saya tidak ingin memanjangkannya,sekadar untuk memotivasi diri,saya naqalkan kisah sebegitu.Tetapi ada juga yang tidak mempersetujuinya dengan meragui kewibaaan dengan melemparkan tuduhan yang tidak sepatutnya kepada Faqehul Ummah Mufti Mahmud Hasan Gangohi.Rasa saya manusia seperti in tidak waras akalnya dan amat sengkek ilmunya.Aku serahkan urusanmu kepada Allah sebagai perhitungan

Wahai orang yang menghina ulamak,
Begitu dangkalnya kamu menghina ulamak,
Ketahuilah bahawasanya daging ulamak itu berbisa,
Kelak nanti kamu akan terbinasa,

Kamu menyangka bahawa pengorbanan Faqehul Ummat tidak bernilai.Demi Allah,kamu tidak akan dapat menyamai debu  di kasutnya.Wahai manusia ,ketahuilah siapakah manusia yang pernah di lantik sebagai ketua para mufti di Darul Ulom Deoband.Seorang ulamak yang telah menghasilkan ratusan khalifah tariqat muktabar.Seorang ulamak yang berjaya menghasilkan bilangan pelajar tidak kurang dari lima puluh ribu orang ulamak.Cuba bayangkan ,lima puluh ribu orang ulamak.Puluhan ribu muridnya bertebaran seluruh pelusuk bumi ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Telah Link Blog Ini