Ikuti Blog Ini

Monday, November 18, 2013

Panduan Dan Nasihat Ketika Berada Di (Masjid) Markaz Bangla-Walee

Alhamdulillah,tujuan saya menulis di sini adalah untuk berkongsi sedikit nasihat yang saya dapat secara khusus daripada guru-guru saya untuk mereka-mereka yang yang akan berkunjung ke India (khususnya ke Markaz Usaha Tabligh, Nizhamuddin - Bangla-Walee Masjid).Nama Nizhamuddin ini berasal daripada nama seorang Ulamak dan juga auliyya Allah swt yang menetap di sini dan juga di kebumikan di sini (jaraknya kira-kira 500 meter dari Masjid Markaz Bangla-Walee).
Masjid Bangla-Walee,masjid yang didirikan oleh ayah kepada Maulana Muhammad Ilyas iaitu Maulana Muhammad Ismail rah (juga ayah kepada Maulana Muhammad Yahya rah dan datuk kepada Maulana Muhammad Zakariyya rah).Masjid ini sekarang di huni oleh dua keturunan Kandhalawi iaitu Maulana Muhammad Saad dan Maulana Zubair Ul Hasan )

Satu kisah yang menarik di ceritakan Syeikhul Hadith Maulana Yusof Motala dalam kelas daurah hadithnya mengenai sejarah bermulanya kegiatan Usaha Tabligh di masjid ini.Masjid ini menjadi tempat laluan utama orang Mewat melakukan aktiviti perniagaan mereka di Delhi.Ketika mereka melalui masjid ini,maka Maulana Muhammad Ismail akan menahan mereka dan telah berkata,sediakan kamu belajar agama dengan saya dan saya akan berikan upah kepada saudara-saudara semua sepertimana keuntungan yang perolehi hasil daripada aktiviti ekonomi saudara-saudara semua.Maka disitulah bermulanya kisah bagaimana Usaha Tabligh di mulakan.(kisah ini diceritakan oleh saudara Adnan Faiz,sahabat saya yang juga murid kepada Maulana Yusof Motala).
Bahagian dalaman masjid.

Bermulanya kegiatan Usaha Tabligh disitu sampai ke hari ini dengan di teruskan lagi oleh generasi keluarga ini iaitu Maulana Saad Kandhalawi dan Maulana Zubair Ul Hasan kandhalawi sampai di bantu oleh masyaikh yang lain seperti Maulana Ahmad Laat,Maulana Ibrahim Dewla,Maulana Mustakim,Maulana Shamin,Maulana Shaukat,Maulana Jamil,Maulana Ismail Godhra,Maulana Yaako'b dan juga kadang-kadang para asatizah madrasah sekitar India datang untuk berkhidmat di masjid ini.Antaranya kerap menziarah masjid ini asatizah daripada Deoaband,Nadwatul Ulama,Mazahirul Ulom dan sebagainya lagi.Kadang-kadang para masyaikh di masjid ini berkunjung kepada madrasah-madrasah ini.Untuk berjumpa dengan para masyaikh ini sangat senang,mereka akan turun bersarapan dengan tetamu-tetamu dari luar negara.

Gambar ini menunjukan suasan ketika makanan di hidangkan di tempat jemaah tempatan,suasana khidmat,mahabbah antara mereka.Mereka menyantuni antara satu sama yang lain,terpancar wajah ukhwah Islamiah sesama mereka.

Untuk mereka yang ingin bermusafaha dengan para masyaikh lain seperti nama yang di sebut di atas,kesemua para masyaikh berada di tingkat dua,atas dewan makanan jemaah luar negara,(bermakna dibawah tempat tinggal jemaah dari Nusantara dan Arab).Untuk bermusafa dengan mereka,perlu kepada adab,tidak perlu terlalu ghulu' terhadap mereka cukup dengan memberikan salam kepada mereka,jika boleh berbahasa Arab atau Urdu,bolehlah minta nasihat daripada mereka ataupun minta doa daripada mereka.Paling penting ialah perlu mendapatkan keizinan daripada khadim mereka kerana jika kita tidak mendapat keizinan khadim mereka,akan di khuatiri kita telah menganggu urusan mereka,perlu di ingatkan bahawa para masyaikh ada di antara mereka yang sudah uzur ,justuru itu setiap perkara perlu kepada keizinan daripada khadim mereka.Hal ini juga termasuk dalam tatacara beradab dengan para ulamak yang di ajar oleh agama kita.

Gambar ini menunjukan bahagian tempat tinggal jemaah dari Nusantara dan tempat solat utama bagi jemaah luar.Di sini akan di buat terjemahan syarahan secara langsung daripada dewan solat utama yang selalunya di syarahkan oleh para masyaikh disini.Seterunya gambar bahagian bilik penginapan bagi para masyaikh seperti yang saya telah sebut di atas artikel ini.

Selalu,kita pastikan akan di ingatkan supaya mengambil bahagian dalam amalan Ijtima'i yang di lakukan di masjid ini.Memang tidak saya tidak nafikan bahawa bahawa bazar di sekitar masjid ini mempunyai tarikan yang tersendiri,justuru itu,saudara-saudara semua perlu kuatkan semangat untuk mengambilkan bahagian dalam setiap amalan yang di lakukan oleh masjid ini.

Paling penting ialah ketika berada di masjid (markaz) ini,saudara-saudara semua mesti ingatkan beberapa perkara yang saya akan beritahu di bawah ini.Antaranya ialah :

1.Musafaha dengan para masyaikh sebelum dan selepas solat Fardhu
2.Jangan tinggalkan masjid sehinggalah kita di arahkan untuk keluar dari masjid ini (keluar tasykil ataupun keluar atas keperluan-keperluan penting atau keluar atas maksud bergerak mahu pulang ke kampung negara masing-masing).
3.Cuba usahakan supaya senantiasa berwudhu' dan senantiasa berada di saf pertama.Jika tuan-tuan solat di dewan solat utama masjid,cubalah tuan berada si saf kedua,kerana saf pertama biasanya akan di khas untuk para masyaikh.Maka di situ tuan-tuan akan melihat secara dekat para masyaikh yang menunggu untuk bersolat sambil solat akan di pimpin oleh Maulana Muhammad Saad.
4.Kebiasaanya Maulana Muhammad Saad akan memberikan syarahan selepas solat Suboh,jangan tuan-tuan terlepas kerana apa yang beliau syarahan adalah point-point yang penting biasanya kita tidak dengar di mana-mana Ijtimak.Cuba sedaya upaya catit dan rekod setiap syarahan beliau.Banyak manfaat dan kulasah dari syarahan beliau.
5.Cuba untuk usahakan supaya hanya makan makanan yang di sediakan oleh pihak markaz.
6.Cuba lihat mesyuarat dari negara-negara lain yang di kendalikan oleh para masyaikh di dewan solat utama dan mesyuarat program masjid (markaz Bangla-Walee) di bilik rumah Maulana Muhammad Saad.Kebiasaanya mesyuarat ini bermula pada pukul 9 pagi.Pengalaman saya sepanjang berada di sana,saya tidak pernah ketinggalan daripada melihat mereka bermesyuarat,suasana haibah dapat dilihat daripada raut wajah mereka.Di situ juga kita akan dapat melihat pembawaan sunnah ketika mereka bermesyuarat.
7.Jangan ketinggalan mendengar bacaan Hayatush Sahabah yang di kendalikan oleh Maulana Muhammad Saad,usahakan supaya mencatit setiap bait-bait nasihat beliau.Pengalaman saya,banyak nasihat berkaitan dengan adab,ibadat di tekankan oleh beliau ketika bacaan Hayatusah Sahabah.
8.Kadang-kadang Maulana Muhammad Saad memberikan Bayan Hidayat kepada jemaah tempatan,cuba duduk jika berkemampuan.
9.Untuk bermusafaha dengan Maulana Muhammad Saad dan Maulana Zubair Ul Hasan sendiri,kita para jemaah dari luar diberikan kesempatan untuk berbuat sedemikian selepas bacaan Yasin selepas solat Maghrib.Cubalah beradab dengan para masyaikh kita.
10.Jika berkesempatan,cubalah pergi ke dapur,musafahalah dengan orang-orang khidmat dari Mewat ini,lihatlah betapa berkatnya doa daripada Maulana Muhammad Ilyas.Kebiasaanya orang-orang Mewat ini di kenali dengan serban besar berwarna hitam.Jumpalah mereka,mintalah nasihat daripada mereka.Jika tidak boleh berbahasa Urdu,dapat seorang orang tempatan yang boleh menjadi mutarjim kepada mereka.Orang-orang Mewat di sini adalah orang yang mewakaf keseluruhan hidup mereka untuk berkhidmat kepada jemaah-jemaah yang berkunjung ke masjid ini.
11.Jika berkesempatan,tuan-tuan carilah seorang lelaki dari France (saya lupa namanya),beliau seorang engineer di France,tetapi selalu khidmat di masjid ini.Kebiasaanya setiap bulan,beliau akan datang 3 hari dari France untuk berkhidmat di sini.Saya berjumpa dengan beliau ketika beliau sedang membersihkan tandas jemaah luar.
12.Cubalah menziarahi kubur-kubur para alim ulamak seperti Maulana Muhammad Ilyas,Maulana Muhammad Yusof,Maulana Muhammad Inam Ul Hasan,Maulana Muhammad Ismail,Maulana Muhammad Yahya di sekitar perkarangan masjid Bangla-Walee.Cubalah tuan-tuan menziarahi kubur Maulana Umar Palanpuri,Maulana Muhammad Daud,Munsyi Basyir dan sebagainya di tanah perkuburan Nizhamuddin sekitar  2 km daripada kawasan Masjid Bangla-Walee.Saya berkesempatan berbuat demikian.

Akhirnya sekali,tuan-tuan doalah kepada Allah swt supaya jemaah tuan-tuan di hantar ke tempat-tempat yang berdekatan dengan kawasan madrasah-madrasah (Shaharanpur) dalam negeri Uttar Pradesh banyak kawasan madrasah dan alim ulamak di sana.Jika jemaah tuan-tuan di hantar di kawasan seperti ini,cubalah tuan-tuan menziarahi ulamak-ulamak di madrasah-madrasah tersebut.Cubalah dapatkan doakan daripada mereka,mintalah nasihat daripada mereka.Mereka adalah ahlullallah yang mewakafkan diri dalam kegiatan Dakwah,Ta'alim dan Khanqah.Kata-kata mereka adalah berisi nasihat.

Alhamdulillah,saya berkesempatan menziarahi Maulana Muhammad Talha iaitu anak kepada Maulana Muhammad Zakariyya.Antara pengalaman manis saya ialah jemaah kami di marahi oleh beliau kerana hanya datang ke rumahnya sehari sahaja,beliau mengesyorkan supaya jemaah kami tinggal di rumahnya 3 hari.Masa saya menziarahi maulana,maulana tidak terlibat dengan pengajaran di madrasah tetapi terlibat dengan khanqah.Semoga Allah swt memanjangkan umur Maulana Muhammad Talha Kandhalawi.

Gambar ini merupakan gambar peribadi yang menjadi koleksi simpanan saya ketika menziarahi rumah Maulana Muhammad Talha.Hati saya terpalit rasa hiba dan sayu apabila melihat keadaan katil seperti dalam gambar ini.Saya diberitahu bahawa katil inilah menjadi tempat tidur Syeikhul Hadith Maulana Muhammad Zakariyya Kandhalawi.Walaupun karya-karya beliau tersebar jauh ke pelusuk alam,tetapi maulana masih lagi mengamalkan gaya hidup yang sederhana.Kehidupan sederhana ini diteruskan oleh anak beliau iaitu Maulana Muhammad Talha.

Ketika lawatan saya ke Shaharanpur sedikit kecewa lantaran tidak berjaya menziarah orang di gelar auliyya Allah oleh Maulana Inam Ul Hasan di zaman ini iaitu Syeikhul Hadith Maulana Yunos Jounpuri kerana ketika itu maulana dalam safar.Khabarnya sekarang ini maulana tidak berapa sihat,semoga Allah afiatkan maulana.Ramai manusia yang perlukan perkhidmatan daripada maulana lagi.Ada juga sahabat saya yang sempat menziarahi Darul Ulom Deoband semasa berada dalam tasykil.

MashaAllah tuan-tuan akan sampai ke tempat di mana kebanyakan umat Islam dari hampir setiap pelusuk dunia ini mahu pergi dan belajar kerja-kerja dakwah daripada para masyaikh di sini dan tuan-tuan akan terkejut dengan memerhatikan keadaan mereka seperti menanggung penderitaan untuk ummat ini.Subnallah,mereka mewakafkan diri mereka untuk kerja dakwah,ta'alim dan khanqah.

Jangan meninggalkan solat tahajjud dan lihatlah bagaimana orang di markaz (masjid) ini menangis seperti kanak-kanak kecil dalam solat tahajjud mereka.Tuan-tuan turunlah di dewan solat utama,tuan-tuan pasti akan mendengar tangisan mereka.Jika tuan-tuan melihat wajah-wajah mereka,tuan-tuan akan dapati mata mereka menjadi tidak normal kerana mereka menghabiskan hampir sepanjang malam menangis untuk ummat ini.Ya Allah afiatkanlah para masyaikh kami.

p/s : Maulana Izhar Ul Hasan adalah bapasaudara kepada Maulana Inam Ul Hasan.Maulana Izhar Ul Hasan adalah bapa mentua kepada Maulana Muhammad Harun.Maulana Muhammad Harun adalah bapa kepada Maulana Muhammad Saad dan juga anak kepada Maulana Muhammad Yusof.Maulana Iftikhar Ul Hasan (masih hidup) adalah bapa mentua kepada Maulana Muhammad Talha dan juga adik kepada Maulana Izhar Ul Hasan.Kesemua mereka adalah adalah keluarga Kandhalawi.

Ini adalah panduan dan nasihat peribadi saya,yang saya kongsikan,mungkin orang di luar sana mempunyai nasihat yang lebih baik saya dan juga ada yang tidak bersetuju dengan saya.Afwan,saya alu-alukan.

11 comments:

  1. "Maulana Muhammad Ilyas iaitu Maulana Muhammad Ismail rah (abang kepada Maulana Muhammad Yahya rah dan bapa saudara kepada Maulana Muhammad Zakariyya rah)"
    Akhie, Maulana Ismail adalah bapa kepada Maulana Yahya, Maulana Mohamed dan Maulana Ilyas. Mohon diperbetulkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin gaya ayat itu yang silap,perkataan saya itu merujuk kepada Maulana Muhammad Ilyas rah..

      Delete
    2. Maulana Ilyas adalah adik kpd maulana yahya dan m muhamed

      Delete
    3. Hadrat 12 thn lebih tua drp maulana zakariyya sahib

      Delete
    4. untuk mengelak kekeliruan,saya perbetulkan ayat itu balik,terima kasih ustaz atas keperihatinan ustaz...

      Delete
  2. Erm... Tuan Fuad...
    Sya pljr perubatan di Karnakataka,
    adakah pihak markas membenarkan saya pergi beriktikaf di sana?
    Saya teringin...

    Doakan saya
    yg mkin lemah ini...
    wlaupun bermustautin di sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh datang aja.... sebaliknya akhie cari dulu markaz di Bangalore tu...
      yg paling terkenal adalah Bhai Farok Abasi...


      dan lagi satu ,boleh akhie hubungi saya secara peribadi... di fuadpendang@gmail.com

      Delete
    2. MasyaAllah. Saya semasa di India pada hujung tahun 2007 iaitu masa musim sejuk jemaah kami dihantar membuat usaha di kawasan Bangalore, Karnataka selama 35 hari. Pejalanan memakan masa hampir 3 hari di dalam kereta api dari New Delhi.

      Di Bangalore terdapat dua markaz. Kami beriktikaf di markaz yang baru. Kemudian ada seorang orng tempatan yang membawa kami ziarah pelajar-pelajar Malaysia yang belajar bidang kedoktoran di situ. Kami berulang-alik beberapa kali untuk berjumpa semua pelajar.

      Alhamdulillah semua pelajar azam untuk melapangkan masa. Saya rasa pelajar di situ pasti pernah melihat rahaba tersebut. Beliau memakai cermin mata sedikit gelap, badan kurus dan tinggi sedikit.

      Delete
  3. insyaAllah.. tuan doakan sy utk kluar ipb bulan 7 ni.. ingin sekali sy nak hbiskan sisa2 hdup bersama ulamak.. dapat jadi tukang basuh tandas pun jd lah.. asalkan dpat jumpa ulamak2 di atas..

    ReplyDelete
  4. Saya rasa terma untuk Dakwah, Ta'alim dan Khanqah tidak tepat dan yang lebih tepat adalah Dakwah, Ta'alim dan Tazkiyah. Wallahu A'lam.

    ReplyDelete

Tinggalkan komen anda...Setiap komen anda amat dihargai...
Sila berikan komen dengan penuh adab,Segala Komen yang tidak memenuhi adab,inshallah,akan di delete oleh admin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Telah Link Blog Ini