Ikuti Blog Ini

Monday, February 17, 2014

Adab Muhadith As’r Maulana Anwar Shah Kashmiri terhadap Syeikhul Hind (Gurunya).


Antara guru-guruku,Syeikh Husni Ginting dan TG Syeikh Nuruddin Marbu Banjari.Saling hormat menghormati antara satu sama lain

Mufti Mahmud Hasan Gangohi rah menceritakan dalam satu majlis bahawa :

“Menjadi kebiasaan Maulana Anwar Shah Kashmiri rah (juga di kenali sebagai Shah Sahib) untuk duduk berdamping dengan gurunya iaitu Syeikhul Hind Maulana Mahmud Hasan Ad-Deobandi rah (1851-1920 M) selepas Solat Subuh dan akan berehat sementara menunggu hidangan teh (sarapan pagi) akan di sediakan oleh khadimnya.

Ulamak-ulamak yang saling menghormati antara satu sama lain

Semua muridnya bercakap antara satu sama yang lain.Walau bagaimanapun,‘Maulana Anwar Shah Kashmiri telah menundukan mukanya ke bawah.Beliau tidak mengambil bahagian dalam perbualan bersama dengan rakan-rakannya yang lain.Kebiasaannya,apabila selesai minum,semua murid Syeikhul Hind akan beredar meninggalkan beliau.Kemudiannya Syeikhul Hind telah telah bertanya kepada Maulana Anwar Shah Kashmiri,“Shah Sahib, adakah kamu ingin bercakap dengan aku tentang sesuatu perkara?“Kemudian Maulana Anwar Shah Kashmiri telah mengangkat kepalanya dan menjawab,‘Ya, saya ada satu persoalan dalam satu permasalahan hadith.” Syeikhul Hind rah telah menjawab soalannya itu dengan panjang lebar sehinggalah Maulana Anwar Shah Kashmiri berpuas hati dan kemudiannya beliau beredar dari situ.[1]

Masyallah,tabarakallah,lihatlah adab Muhadith As’r Syeikhul Hadith Maulana Anwar Shah Kashmiri rah terhadap gurunya.Untuk mengangkat muka di hadapan guru pun beliau tidak merasakan kurang beradapnya apatah lagi meninggikan suara di hadapan gurunya.Semoga kita semua mempelajari sifat adab memuliakan guru yang di tunjuk ajar oleh Maulana Anwar Shah Kashmiri ini.

Rujukan:
[1].Malfuzat Faqihul Ummah,halaman  231, Vol 2 di susun oleh Mufti Muhammad Faruq Mirathi.

0 Komen kat sini:

Post a Comment

Tinggalkan komen anda...Setiap komen anda amat dihargai...
Sila berikan komen dengan penuh adab,Segala Komen yang tidak memenuhi adab,inshallah,akan di delete oleh admin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Telah Link Blog Ini