Ikuti Blog Ini

Tuesday, March 25, 2014

Maulana Muhammad Zubair Ul Hasan Kandhalawi rah Dalam Kenangan

Hari ini genap seminggu Syeikhul Hadith Maulana Muhammad Zubair Ul Hasan Kandhalawi (selepas ini di kenali dengan Maulana Zubair rah) meninggalkan kita semua yakni beliau telah meninggal dunia pada petang (18/3/2014) di mana kita mendapat satu mesej daripada orang-orang khidmat di markaz Dakwah/Tabligh Nizamuddin yang sendiri mengesahkan bahawa memang benar bahawa Maulana Zubair telah meninggalkan kita semua.Allah swt berfirman :

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ وَنَبْلُوكُمْ بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ (الأنبياء: 35
Tiap-tiap diri akan merasai mati dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.(Al Anbiya: 35).

Dan Nabi saw telah bersabda di dalam satu hadith:

مَوْتُ الْعَالِمِ مُصِيبَةٌ لا تُجْبَرُ ، وَثُلْمَةٌ لا تُسَدُّ , وَنَجْمٌ طُمِسَ ، مَوْتُ قَبِيلَةٍ أَيْسَرُ مِنْ مَوْتِ عَالِمٍ
Meninggalnya ulama adalah musibah yang tidak terganti,dan sebuah kebocoran yang tak bisa ditambal. Wafatnya ulama laksana bintang yang padam. Meninggalnya satu suku lebih mudah bagi saya daripada meninggalnya satu orang ulama” (HR al-Thabrani dalam Mujam al-Kabir dan al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman dari Abu Darda')

Maulana Zubair rah telah di masukan ke Dr. Ram Manohar Lohia Hospital (RML),Delhi kira-kira dua minggu lepas selepas beliau mengadu kepenatan ketika berada di rumahnya di Masjid Bangla-Wali Markaz,Nizamuddin,Delhi.Ketika berada di hospital,beliau telah diziarahi pelbagai lapisan masyarakat dari kalangan ulamak dan orang awam.Apabila berita kematian beliau di umumkan oleh Maulana Muhammad Saad kandhalawi hafidzahullah ketika bayan hidayah di markaz,suasana sangat hiba dan pilu, Dibawah ini adalah kata-kata Maulana Muhammad Saad Kandhalawi ketika bayan hidayah kepada jamaah-jamaah yang akan berangkat khuruj fi sabilillah pada hari ini di Markaz Dakwah/Tabligh, Nizamuddin: 

Audio ucapannya ada di sini boleh dengar,insyallah:

"Saya katakan pada jamaah-jamaah yang akan khuruj, tetap juga berangkat sekarang, dalam setiap waktu dan keadaan.

Allah swt telah mengangkat/memanggil beliau (Maulana Zubair Ul Hasan Kandhalawi rah) ke rahmatnya"

Maulana Saad Kandhalawi telah sebak dan terus menangis dan menangis,beliau tidak mampu melanjutkan ucapannya lagi.

Suasana ketika van yang membawa jenazah Maulana Zubair rah memasuki perkarangan Masjid Bangla-Wali Markaz.

Suasana ketika orang ramai menunggu untuk mensolati jenazah beliau.Di anggarkan kira-kira 60-70 ribu masyarakat Islam menghadiri solat jenazah beliau yang di imamkan oleh Maulana Muhammad Iftikar Ul Hasan Kandhalawi hafidzahullah (yakni datuk saudaranya).

Puluhan ribu umat Islam datang mensolati jenazah beliau.Jenazah beliau telah di solatkan di halaman dataran Nursery bersebelahan dengan maqam Humayun (berdekatan dengan Balai Polis Nizamuddin) dan Maulana Zubair rah telah di kebumikan bersebelahan dengan maqam Akabir Dakwah/Tabligh di pusara Masjid Bangla-Wali Markaz, Nizamuddin.

Ketika berita kematian beliau tersebar,antara ulama-ulama yang sudah berada di Masjid Bangla-Wali Markaz,Nizamuddin ialah Mufti Ahmad Saeed Palanpuri hafidzahullah, Maulana Yunus Jaunpuri hafidzahullah,Maulana Yunus Palanpuri hafidzahullah ,Maulana Talha Kandhalawi hafidzahullah,Maulan Iftikar Ul Hasan Kandhalawi,Maulana Aqil Mazahiri hafidzahullah ,Maulana Shahid Saharanpuri hafidzahullah  dan ramai lagi.

Beberapa orang guru kami telah menceritakan bahawa Maulana Zubair rah telah membahagikan kehidupan sehariannya kepada beberapa bahagian:

i). 3 Jam untuk berzikir kepada Allah swt dengan setiap wiridnya adalah 100 000 kali
ii).3 Jam untuk mengajar kerana beliau merupakan Syeikhul Hadith di Madrasah Kashiful Uloom,Nizamuddin,Delhi.
iii).3 Jam untuk mentelaah kitab-kitab.
iv). Mengkhatamkan al-quran seharian
v).Selebihnya adalah masa beliau bersama dengan Jemaah Dakwah/Tabligh.

Di kata bahawa Maulana Zubair rah hanya tidur selepas waktu Isyrak sehingga pukul 10 pagi kerana beliau akan bersarapan dan menghadirkan diri dalam mesyuarat program markaz di Nizamuddin.Sejak 30 tahun lalu,beliau tidak banyak tidur di waktu malam,malam-malamnya di habiskan dengan tangisan dan doa pada ummat.Di katakan juga beliau mewarisi sifat ini daripada datuknya iaitu Maulana Muhammad Zakariyya Kandhalawi rah dan ayahandanya iaitu Maulana Muhammad Inam Ul Hasan Kandhalawi rah.

Kisah Maulana Yunus Hasan mengenai Maulana Zubair rah

Maulana Muhammad Yunus Hasan hafidzahullah dari Zambia sekali telah menceritakan kepada kami bahawa Maulana Muhammad Saad Kandhalawi adalah lidah kepada Jemaah Dakwah/Tabligh dan Maulana Zubair rah adalah jantung bagi Jemaah Dakwah/Tabligh.Maulana Muhammad Saad Kandhalawi dan Maulana Muhammad Zubair  rah adalah insan yang mana Allah swt mengisi hati mereka dengan perasaan sangat-sangat merisau akan keadaan agama ummat Islam.Hampir setiap malam mereka akan di isi dengan munajat kepada Allah swt agar keadaan agama ummat Islam dapat di selamatkan.


Maulana Zubair rah sememang tidak meninggalkan kitab-kitab karangan beliau untuk kegunaan Ummat Islam,tetapi beliau telah meninggalkan fikir risau dan kebimbangan yang besar terhadap keadaan agama Ummat Islam pada hari ini.Hal ini dapat di lihatkan dalam setiap ucapan dan munajatnya.Sila dengar ucapan dan doa beliau di sini.

Kisah Mufti Nawar Ul Rahman mengenai Maulana Zubair rah

Semalam kami berjumpa dengan Mufti Nawar Ul Rahman hafidzahullah ketika di majlis pengkebumian Maulana Zubair rah.Mufti saheb telah memberitahu kami bahawa beliau menyimpan satu kisah mengenai Maulana Zubair rah.

Kata Mufti Saheb,betapa Maulana Zubair rah Hasan mencintai al-quran.Maulana Zubair rah setiap hari akan membaca 2 juz al-quran untuk di hadiahkan kepada ayahandanya iaitu Maulana Inam Ul Hasan Kandhalawi rah.Jika di bulan Ramadhan,Maulana Zubair rah akan membaca 1/5 juz al quran dalam tarawihnya.Kemudian selepas selesai tarawih bersama jemaah-jemaah yang datang ke Masjid Bangla-wali ,beliau berehat sebentar.

Kemudian beliau akan menjadi imam kepada wanita-wanita keluarganya dengan membaca 10 juz al-quran dalam tarawih mereka.Mufti Nawar Ul Rahman menambah bahawa Maulana Zubair rah membaca 1/5 juz al-quran dalam tahajudnya.Beliau hanya akan berehat sebentar ketika lepas isyrak dan setengah jam sebelum solat subuh.


Maulana Zubair ketika melayani beberapa ahbab Arab yang datang berjumpa dengan beliau.

Sedikit Biografi Syeikhul Hadith Maulana Muhammad Zubair Ul Hasan Kandhalawi rah (1950- 2014 M).

Beliau merupakan anak kepada Maulana Inam Ul Hasan Kandhalawi rah dan juga cucu kepada Maulana Muhammad Zakariyya Kandhalawi rah.Beliau di lahirkan pada tarikh 30 Mac 1950 M di Markaz Dakwah Tabligh Nizamuddin.Berjaya menghafal Al-Quran di tangan Maulana Abdul Qadir Raipuri rah.

Khirij/bergraduan dari Madrasah Mazahirul Uloom,Saharanpur di bawah tunjuk ajar Syeikhul Hadith Maulana Muhammad Zakariyya Kandhalawi rah pada tahun 1971.Beliau berkahwin dengan anak Maulana Hakim Ilyas rah pada tarikh 15 Januari 1969 yang di nikahkan oleh Maulana Zakariyya sendiri dan kemudiannya di kurniakan 6 orang anak,3 lelaki dan 3 wanita.Beliau mengikuti nisab keluar setahun untuk golongan ulamak pada 9 Ogos 1974.Kemudian berbiat dalam jalan kerohanian dengan Maulana Zakariyya rah pada 10 Februari 1978.

Di lantik menjadi Syeikhul Hadith di Madrasah Kashiful Uloom,Nizamuddin pada 1996 selepas kematian bapa saudaranya iaitu Maulana Muhammad Izhar Ul Hasan Kandhalawi rah.Kemudian di lantik sebagai barisan Syura Jemaah Dakwah/Tabligh selepas kematian bapanya pada tahun 1995.Berganding bersama dengan Maulana Muhammad Saad Kandhalawi sebagai Syura Jemaah Dakwah/Tabligh sehingga maut datang menjemputmu pada hari ini (18/3/2014).


Gambar Maulana Zubair Ul Hasan berada atas katil ,Maulana Yunus Palanpuri (anak Maulana Umar Palanpuri) berada atas kerusi manakala anak lelaki beliau iaitu Maulana Zuhair Ul Hasan Kandhalawi duduk di lantai.Sehingga artikel ini di tulis,di beritakan bahawa tugas Maulana Zubair telah di ganti oleh anak sulungnya iaitu Maulana Muhammad Zuhair Ul Hasan Kandhalawi.Di sini ada rakaman audio doa yang di lakukan oleh beliau,Insyallah.


Kematian Maulana Zubair rah di sifatkan sebagai satu kehilangan besar kepada Ummat Islam,sehingga ramai para Sarjana Islam di Timur-Tengah mengutus ucapan takziah seperti mana yang di lakukan oleh Syeikh Aun Al-Qudumi hafidzahullah ini.

Beristirehatlah wahai Syeikh,sesungguhnya semasa hayatmu telah engkau korbankan segala-galanya untuk agama.Sekarang nikmatilah kerehatan sehingga ke hari kiamat.

Kata guru kami,waktu sekarang ialah waktu di mana Allah swt mengangkat (mematikan) para ulamanya.Semoga Allah swt memberikan taufik dan hidayah kepada kita agar berterusan mengambil faedah daripada mereka.


الله يغفرله ويرحمه ويتجاوز عن سيئاته ويضاعف حسناته ويجعل مستقر روحه الفردوس الأعلى مع النبيين والصديقين و الشهداء والصالحين ويخلفه فينا وفي المسلمين أجمعين بالخلف الصالح. آمين

اللهم اغفر له و ارحمه و اجعل قبره روضة من رياض الجنة

Sunday, March 16, 2014

Apakah itu Dauratul Hadith ?

Pelajar Dauratul Hadith di Madrasah Miftahul Ulum Sri Petaling sedang menjalani Imtihan/ujian


Dauratul Hadith ialah pembelajaran hadith yang merangkumi enam kitab hadith utama (Sahih Sittah) dan beberapa kitab hadith terpilih.Pengajian secara berulang pada setiap tahun seperti Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Tirmizi, Sunan Abu Daud, Sunan Nasa`i dan Muwatta` Imam Malik. Pengajian dengan sistem begini boleh didapati terutamanya di India dan Pakistan di mana terdapat banyak sekali pusat-pusat pengajian hadith yang ditubuhkan yang menjalankan sistem pengajian sebegini.Di bawah ini saya terangkan serba sedikit mengenai kaedah pengajian ini.

1.Kebiasanya seorang syeikh/guru akan mengajar dua buah kitab. Maka senang untuk memberi hak pada sesuatu hadith untuk disyarahkan sama ada panjang atau pendek kerana perulangan yang berlaku.
Kitab Midrajul Fawateh Fi Syarh Misykatul Masobih (merupakan Syarh Misykatul Masobih pertama di hasilkan sepenuhnya dalam Bahasa Melayu) yang di hasilkan oleh Syeikhul Misykat Madrasah Miftahul Ulum Sri Petaling iaitu Maulana Hasnul Hizam Hamzah yang juga merupakan tenaga pengajar Dauratul Hadith di madrasah tersebut.

2.Dauratul hadith adalah selepas penguasaan pelbagai ilmu alat dan ilmu islam yang lain.Maka pelajar tidak perlu untuk diperkenalkan dengan pelbagai istilah dan permasalah fiqh yang pelbagai.Maka masa tidak akan terbuang.Kebanyakan fawaid hadith telah diterangkan semasa di dalam kelas Misykatul Masobih iaitu di dalam kelas 6 (jumlah pengajian Alim di madrasah ialah 8 tahun di mana kelas Dauratul Hadith bermula pada kelas 7 dan 8) di mana 6 ribu hadith di bahaskan, di bahaskan juga empat mazhab dan segala aqwal imam dalam masa satu tahun sahaja.Biasanya, pelajar-pelajar yang berjaya lulus dalam peperiksaan kelas 6 akan berjaya diterima masuk ke peringkat Dauratul hadith.
Kitab Hadith Utama (Sahih Sittah) di ajar di dalam kelas Dauratul Hadith

3.Pengajian Dauratul Hadith kebiasaannya adalah tempoh 2 tahun (iaitu pada kelas 7 dan 8) dan selepas itu pelajar ini boleh memilih untuk melanjutkan pembelajaran secara Takhasus di dalam mana-mana disiplin ilmu yang mereka kehendaki seperti dalam bidang Fiqh,Hadith,Tafsir dan sebagainya.

Antara institusi pendidikan yang memperkenalkan sistem pengajian seperti ini ialah madrasah-madrasah.Jadi madrasah-madrasah kita perlukan pembelaan dari sumber kewangan dan sebagainya.Bersama-samalah kita membudayakan madrasah kita dan janganlah kita jadikan madrasah-madrasah kita sebagai tempat pilihan terakhir untuk menghantar anak-anak kita.

p/s: Insyallah,di artikel akan datang,saya akan senaraikan beberapa madrasah-madrasah di negara kita yang mengaplikasikan kaedah pengajian seperti ini.Mohon doakan ye.

Untuk pengetahuan semua 
Pengajian Dauratul Hadith = Ijazah Sarjana = Master's Degree

Takhasus = PHD .

info bacaan tambahan boleh di dapati di sini
1.http://wirapendang.blogspot.com/2013/12/pelan-perancangan-madrasah-miftahul.html
2.http://wirapendang.blogspot.com/2013/06/laporan-sekitar-majlis-khatam-bukhari.html

Tuesday, March 4, 2014

Pujian Maulana Anwar Shah Kashmiri terhadap Maulana Khalil Ahmad Saharanpuri rah

Maulana Anwar Shah Kashmiri rah (1875-1933 M) telah berkata , “ Ada beberapa orang guru yang hebat pada masa ini,walau bagaimanapun,hanya ada seorang saya rasa yang paling faqih dan alim.Beliau itu  ialah Maulana Khalil Ahmad Saharanpuri rah (1852-1927 M). [1]


Rumah Maulana Anwar Shah Kashmiri di Kashmir,anak beliau Maulana Anzar Shah Kashmiri rah (1927-2006 m) memberitahu bahawa ketika kebakaran rumah ini,betapa banyaknya khazanah-khazanah penulisan milik bapa beliau yang turut termusnah sekali.[Naqsh-e-Dawam].

Antara Ulamak yang pernah mendapatkan didikan daripada beliau(Maulana Khalil Ahmad Saharanpuri rah) ialah Maulana Muhammad Zakariyya Kandhalawi rah (1898-1982 M),Maulana Muhammad Ilyas kandhalawi rah (1885-1943 M),bahkan Maulana Muhammad Yusof Kandhalawi rah (1917-1965 M) pernah di pelihara oleh Maulana Khalil Ahmad Saharanpuri ketika usianya mencecah 10 tahun sehingga Maulana Muhammad Yusof telah menghafal al-quran ketika berumur 10 tahun di hadapan beliau,bahkan Maulana Yusof memanggil beliau dengan gelaran “Abba” yang bererti ayah.Betapa akrabnya Maulana Muhammad Yusof Kandhalawi rah dengan Maulana Khalil Ahmad Saharanpuri sehinggakan Maulana Yusof pernah menolak suapan roti daripada khadim Maulana Saharanpuri dan menangis untuk minta di suapkan roti oleh Maulana Saharanpuri sendiri.[2]

Maulana Muhammad Ilyas dan Maulana Muhammad Zakariyya Kandhalawi rah adalah merupakan khalifah (berbiah dalam jalan kerohanian/tariqat) kepada Maulana Khalil Ahmad Saharanpuri.

Rujukan :

[1]Malfuzat Faqih Ummah Mufti Mahmud Hasan Gangohi,halaman 177,jilid 3 oleh Mufti Muhammad Faruq Mirathi.
[2]Sawanih Maulana Muhammad Yusof Kandhalawi,halaman 2,oleh Maulana Syed Muhammed Thani Hasani
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Telah Link Blog Ini