Ikuti Blog Ini

Sunday, March 16, 2014

Apakah itu Dauratul Hadith ?

Pelajar Dauratul Hadith di Madrasah Miftahul Ulum Sri Petaling sedang menjalani Imtihan/ujian


Dauratul Hadith ialah pembelajaran hadith yang merangkumi enam kitab hadith utama (Sahih Sittah) dan beberapa kitab hadith terpilih.Pengajian secara berulang pada setiap tahun seperti Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Tirmizi, Sunan Abu Daud, Sunan Nasa`i dan Muwatta` Imam Malik. Pengajian dengan sistem begini boleh didapati terutamanya di India dan Pakistan di mana terdapat banyak sekali pusat-pusat pengajian hadith yang ditubuhkan yang menjalankan sistem pengajian sebegini.Di bawah ini saya terangkan serba sedikit mengenai kaedah pengajian ini.

1.Kebiasanya seorang syeikh/guru akan mengajar dua buah kitab. Maka senang untuk memberi hak pada sesuatu hadith untuk disyarahkan sama ada panjang atau pendek kerana perulangan yang berlaku.
Kitab Midrajul Fawateh Fi Syarh Misykatul Masobih (merupakan Syarh Misykatul Masobih pertama di hasilkan sepenuhnya dalam Bahasa Melayu) yang di hasilkan oleh Syeikhul Misykat Madrasah Miftahul Ulum Sri Petaling iaitu Maulana Hasnul Hizam Hamzah yang juga merupakan tenaga pengajar Dauratul Hadith di madrasah tersebut.

2.Dauratul hadith adalah selepas penguasaan pelbagai ilmu alat dan ilmu islam yang lain.Maka pelajar tidak perlu untuk diperkenalkan dengan pelbagai istilah dan permasalah fiqh yang pelbagai.Maka masa tidak akan terbuang.Kebanyakan fawaid hadith telah diterangkan semasa di dalam kelas Misykatul Masobih iaitu di dalam kelas 6 (jumlah pengajian Alim di madrasah ialah 8 tahun di mana kelas Dauratul Hadith bermula pada kelas 7 dan 8) di mana 6 ribu hadith di bahaskan, di bahaskan juga empat mazhab dan segala aqwal imam dalam masa satu tahun sahaja.Biasanya, pelajar-pelajar yang berjaya lulus dalam peperiksaan kelas 6 akan berjaya diterima masuk ke peringkat Dauratul hadith.
Kitab Hadith Utama (Sahih Sittah) di ajar di dalam kelas Dauratul Hadith

3.Pengajian Dauratul Hadith kebiasaannya adalah tempoh 2 tahun (iaitu pada kelas 7 dan 8) dan selepas itu pelajar ini boleh memilih untuk melanjutkan pembelajaran secara Takhasus di dalam mana-mana disiplin ilmu yang mereka kehendaki seperti dalam bidang Fiqh,Hadith,Tafsir dan sebagainya.

Antara institusi pendidikan yang memperkenalkan sistem pengajian seperti ini ialah madrasah-madrasah.Jadi madrasah-madrasah kita perlukan pembelaan dari sumber kewangan dan sebagainya.Bersama-samalah kita membudayakan madrasah kita dan janganlah kita jadikan madrasah-madrasah kita sebagai tempat pilihan terakhir untuk menghantar anak-anak kita.

p/s: Insyallah,di artikel akan datang,saya akan senaraikan beberapa madrasah-madrasah di negara kita yang mengaplikasikan kaedah pengajian seperti ini.Mohon doakan ye.

Untuk pengetahuan semua 
Pengajian Dauratul Hadith = Ijazah Sarjana = Master's Degree

Takhasus = PHD .

info bacaan tambahan boleh di dapati di sini
1.http://wirapendang.blogspot.com/2013/12/pelan-perancangan-madrasah-miftahul.html
2.http://wirapendang.blogspot.com/2013/06/laporan-sekitar-majlis-khatam-bukhari.html
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Telah Link Blog Ini