Ikuti Blog Ini

Tuesday, March 4, 2014

Pujian Maulana Anwar Shah Kashmiri terhadap Maulana Khalil Ahmad Saharanpuri rah

Maulana Anwar Shah Kashmiri rah (1875-1933 M) telah berkata , “ Ada beberapa orang guru yang hebat pada masa ini,walau bagaimanapun,hanya ada seorang saya rasa yang paling faqih dan alim.Beliau itu  ialah Maulana Khalil Ahmad Saharanpuri rah (1852-1927 M). [1]


Rumah Maulana Anwar Shah Kashmiri di Kashmir,anak beliau Maulana Anzar Shah Kashmiri rah (1927-2006 m) memberitahu bahawa ketika kebakaran rumah ini,betapa banyaknya khazanah-khazanah penulisan milik bapa beliau yang turut termusnah sekali.[Naqsh-e-Dawam].

Antara Ulamak yang pernah mendapatkan didikan daripada beliau(Maulana Khalil Ahmad Saharanpuri rah) ialah Maulana Muhammad Zakariyya Kandhalawi rah (1898-1982 M),Maulana Muhammad Ilyas kandhalawi rah (1885-1943 M),bahkan Maulana Muhammad Yusof Kandhalawi rah (1917-1965 M) pernah di pelihara oleh Maulana Khalil Ahmad Saharanpuri ketika usianya mencecah 10 tahun sehingga Maulana Muhammad Yusof telah menghafal al-quran ketika berumur 10 tahun di hadapan beliau,bahkan Maulana Yusof memanggil beliau dengan gelaran “Abba” yang bererti ayah.Betapa akrabnya Maulana Muhammad Yusof Kandhalawi rah dengan Maulana Khalil Ahmad Saharanpuri sehinggakan Maulana Yusof pernah menolak suapan roti daripada khadim Maulana Saharanpuri dan menangis untuk minta di suapkan roti oleh Maulana Saharanpuri sendiri.[2]

Maulana Muhammad Ilyas dan Maulana Muhammad Zakariyya Kandhalawi rah adalah merupakan khalifah (berbiah dalam jalan kerohanian/tariqat) kepada Maulana Khalil Ahmad Saharanpuri.

Rujukan :

[1]Malfuzat Faqih Ummah Mufti Mahmud Hasan Gangohi,halaman 177,jilid 3 oleh Mufti Muhammad Faruq Mirathi.
[2]Sawanih Maulana Muhammad Yusof Kandhalawi,halaman 2,oleh Maulana Syed Muhammed Thani Hasani

0 Komen kat sini:

Post a Comment

Tinggalkan komen anda...Setiap komen anda amat dihargai...
Sila berikan komen dengan penuh adab,Segala Komen yang tidak memenuhi adab,inshallah,akan di delete oleh admin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Telah Link Blog Ini