Ikuti Blog Ini

Friday, May 30, 2014

Disebalik Jemputan Ke Majlis Asatizah Jamia Banuri Town

Jom datang beramai-ramai ke seminar bersama asatizah Jamia Banuri Town di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin pada hari ahad ini bertarikh 1Jun 2014.

Alhamdulillah,segala puji bagi Allah swt kerana telah memilih saya untuk terlibat secara khusus dalam satu majlis yang akan diserikan lagi dengan kehadiran para asatizah Jamia Banuri Town dari Karachi,Pakistan. Para asatizah ini dalam rangka jelajah mereka ke Malaysia seperti mana yang saya telah ulas pada artikel sebelum ini (klik untuk membaca). Sebelum ini saya pernah bercita-cita untuk merealisasikan satu impian iaitu mengadakan satu seminar ilmiah bertajuk " Sumbangan Ulamak Deoband terhadap dunia Islam" dengan saya mencadangkan panelisnya adalah seperti Maulana Hazim Mazahiri, Maulana Razif Mazahiri,Maulana Helmi,Maulana Johari Jerantut dan ramai lagi asatizah tempatan yang pernah mendapat pendidikan dan tarbiah dari bumi hind. Saya selalu berdoa kepada Allah swt supaya impian saya ini direalisasikan supaya faedahnya dapat dikongsi bersama dengan masyarakat.

Selepas mengadakan sesi perbincangan dengan asatizah yang dicadangkan untuk seminar ini. Kemudian seminar ini terpaksa ditunda kerana kekangan masa yang ada pada asatizah di atas. Namun begitu,saya tidak pernah berputus asa untuk mengadakan semula seminar ini kerana bagi saya masyarakat kita sangat kurang didedahkan dengan perkembangan dan maklumat mengenai ulamak-ulamak aliran Deoband ini. Walaupun mereka (ulamak-ulamak Deoband) ini telah memberikan sumbangan besar dalam masyarakat Islam tetapi amat sedikit masyarakat Islam kita yang menyedari akan perkara ini. Jadi satu usaha perlu dilakukan untuk menyedarkan masyarakat akan perkara ini. Para asatizah tempatan kita yang khirij dari madrasah-madrasah aliran Deoband sama ada dari India,Pakistan mahupun Bangladesh apabila kembalinya mereka ini ke tanah air ,antara impian mereka ialah mendirikan madrasah dimana setiap kurikulum madrasah mereka adalah berorientasikan corak pengajian yang mereka perolehi dari bumi hind.

Gagasan dan wawasan madrasah aliran Deoband di Malaysia kurang diberikan perhatian oleh masyarakat kita malah ada dalam kalangan masyarakat kita yang memandang sepi kewujudan madrasah-madrasah ini. Mereka seoalah-olah tidak percayakan sistem madrasah, bahkan ada yang bertindak menghantar anak-anak yang sudah tidak diterima dalam sistem akademik pengajian moden barulah mereka mengalihkan tumpuan kepada pengajian madrasah yang lebih menitip beratkan unsur-unsur didikan dan tarbiah. Pada fikiran saya,apa kurangnya pengajian di madrasah-madrasah ini, sedangkan guru-guru yang mengajar di madrasah ini adalah yang terbaik dan pernah berguru dengan beberapa ulamak-ulamak besar seperti Maulana Yunus Jaunpuri,Maulana Salemullah Khan, Mufti Nizamuddin Shamzai rah, Maulana Abul Hasan Ali An-Nadwi rah,Maulana Jamshed,Maulana Ehsanul Haq,Maulana Mufti Zar Wali Khan, Mufti Wali Hasan Tonki rah, Maulana Nasir Ahmad Khan rah, Maulana Mufti Saed Ahmad Palanpuri,Maulana Aqil,Maulana Mufti Taqi Uthmani,Maulana Riadhul Haq, Maulana Mufti Ebrahim Desai, Maulana Fazlur Rahman Azmi dan ramai lagi yang tidak mampu saya sebutkan di sini kerana kelemahan ingatan saya.

Walaupun mereka ini pulang ke tanah air dengan memperolehi ijazah sanad Bukhari dari ulamak-ulamak yang hebat ini dan berkeinginan untuk meneruskan faedah pengajaran yang mereka perolehi bersama dengan masyarakat kita semua dengan mengusahakan madrasah-madrasah supaya segala faedah dapat dimanfaatkan bersama.Jadi usaha mereka ini tidak mendapat sambutan masyarakat kerana masyarakat kurang mendapat pendedahan mengenai tahap-tahap pengajian di madrasah mereka.Antara faktor lain ialah masyarakat kita telah menganggap bahawa ilmu agama ini mestilah dari orang arab,mestilah dari negara arab.Ini adalah satu kefahaman tipikal yang terdapat dalam segelintir masyarakat kita sekarang yang perlu dihakis dan dibuang dari kamus hidup masyarakat kita. Sedangkan ilmu agama adalah daripada ulamak-ulamak tidak kira arab mahupun ajam. Inilah antara sebabnya yang senantiasa bermain difikiran saya dan saya berharap supaya dengan adanya seminar seperti ini ,akan lahir satu perubahan dalam masyarakat kita.

Alhamdulillah,berkat doa dan usaha dari kawan-kawan dan asatizah kita, Allah swt telah memberikan ilham kepada saya dan beberapa sahabat-sahabat lain untuk mengambil faedah daripada kedatangan asatizah dari Jamia Banuri Town ini. Dengan mengadakan sedikit perbincangan melalui bantuan yang dihulurkan oleh Maulana Ismail Tawau yang telah menjadi orang tengah dalam perbincangan dengan asatizah Jamia Banuri Town ini supaya menimbangkan satu cadangan dari pihak kami. Alhamdulillah, kami direzekikan oleh Allah swt apabila para asatizah ini bersetuju untuk mengadakan program bersama dengan kami. Pada mulanya kami hanya minta seorang sahaja tetapi Allah swt telah menghadiahkan kepada kami kegembiraan dengan keempat-empat asatizah bersetuju untuk turun berseminar bersama dengan kami. Kemudian kami mendapat tawaran dari Al-Fadhil Ust Gunawan Abd Aziz dari Majlis Ittihad Ummah (MIU) dan Pusat Institusi Tahfiz Al-Quran Kuala Lumpur (PINTA) supaya melaksanakan seminar ini di bawah platform (MIU dan PINTA)  dan mencadangkan seminar ini di adakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin,Putrajaya (masjid besi) dan segala publisitinya diperluaskan lagi.Kini hebahan telah di buat sama ada di laman-laman sosial,di corong-corong radio dan di setiap masjid dan surau di kawasan tempatan masyarakat. Anggaran daripada pihak penganjur ialah kehadiran peserta lebih 500 orang. Insyallah lagi dua hari (ketika artikel ini dihasilkan) akan berlangsungnya majlis ini.Semoga Allah swt memberkati usaha kami yang sedikit dan dinikmati oleh ummah secara amnya.


Sedikit ringkasan antara perkara yang akan dibahaskan oleh para asatizah ini nanti ialah 

1.Para asatizah akan menyentuh mengenai sumbangan ulamak2 ( India@Pakistan) Deoband terhadap dunia Islam.
2.Akan menerangkan apakah pandangan ASWJ terhadap kedudukan para sahabat r.hum ajmain.
3.Pengalaman asatizah mendepani serangan SYIAH di Pakistan.
4.Pengalaman Asatizah dalam gagasan penubuhan madrasah2 mereka.
5.Aqidah Ulama-ulamak Deoband adalah aqidah ASWJ.
6.Pentingnya berpegang kepada aqidah ASWJ.
7.Pentingnya kehidupan bermazhab.
8.Pentingnya menjaga keharmonian sesama Islam.

Justuru itu,dengan ini saya selaku ajk pelaksanaan menjemput seluruh muslimin dan muslimat ke seminar ini. Semoga Allah swt menambahkan kebaikan dalam diri kita.

P/s : Saya menceritakan perkara ini kerana ramai yang bertanya kenapa mesti adakan seminar seperti ini dan inilah jawapan dari persoalan itu. Juga ingin sangat saya menjemput para juhala di luar sana yang sangat celupar dalam mengkritik ulamak-ulamak Deoband seperti yang saya dedahkan sebelum ini,datanglah sendiri ,kita diskusi secara ilmiah.

3 comments:

  1. assalamualaikum ust!

    satu cadangan daripada saya, mohon banyak2 agar recording berbentuk video dapat dirakamkan, agar org2 yg mcm saya (yg tak dapat hadir) dapat ambil manfaat jugak dpd majlis asatizah nanti melalui kemudahan youtube..semoga Allah memudahkan, dan menjayakan majlis asatizah ..ameen

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum...

    Kebanyakan orang awam jarang2 dengar bayan dari maulana india/pakistan kecuali mana yg pernah dengar dari jemaah pakistan yg khuruj atau maulana yg bayan di markas dakwah seluruh malaysia..pendek kata selalunya karkun...ini sebagai cara yang baik di mana maulana aliran deobandi di perkenalkan di malaysia...insyaAllah satu hari nanti ulama' indopak atau aliran deobandi ini akan dimaklumi di malaysia bukan utk terkenal atau menunjuk kehebataan...hanya atas dasar pertalian ulama dan orang awam memahami kehendak Allah dan Rasul dalam "dakwah, tazkiyah dan ilmu"...seperti Habaib yaman yg sentiasa berhubung dengan masyarakat kita...kesannya ramai yang jauh dekat dengan agama..

    Wallahu a'lam

    ReplyDelete
  3. Salam tuan fuad..
    Boleh tlg pm saya atau email saya di ammarebest09@yahoo.com.my?
    jazakallah

    ReplyDelete

Tinggalkan komen anda...Setiap komen anda amat dihargai...
Sila berikan komen dengan penuh adab,Segala Komen yang tidak memenuhi adab,inshallah,akan di delete oleh admin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Telah Link Blog Ini