Ikuti Blog Ini

Sunday, June 29, 2014

Al-Allamah Al-Faqeh Al-Muhadith Maulana Muhammad Musa Ruhani Al-Bazi رحمة الله عليه

Maulana Muhammad Musa Ruhani Al-Bazi  رحمة الله عليه Beliau seorang yang terkenal khumul, yang tidak sukakan kemasyhuran dan tinggi sebutan. Faqihnya umat ini yang tabahhur ilmunya.

Syeikhul Hadith wal Tafsir Maulana Muhammad Musa Ruhani Al-Bazi رحمة الله عليه sememangnya seorang ulama Islam yang terkemuka yang pernah dilahirkan oleh negara Pakistan. Beliau dilahirkan pada tahun 1935 M. Beliau menjadi yatim setelah ayahnya meninggal dunia ketika berumur 5 tahun. Ibunya, seorang wanita yang solehah dan mulia, menyediakan anak kecil ini untuk belajar, mengajar dan menyebarkan agama Islam mengikut kehendak bapanya Maulana Sher Mohammad رحمة الله عليه. Beliau bersafar ke beberapa tempat untuk mempelajari ilmu agama, antaranya ialah di daerah Quetta, Akora Khattak dan Multan. Rakan-rakan sepengajian beliau memberitahu bahawa sewaktu belajar, beliau tidak pernah berehat atau tidur sebentar.

Karya-karya Ilmiah beliau 

Beliau sememangnya dikenali di lapangan ilmu. Beliau mengarang beberapa kitab, jumlah kitab-kitab karangan beliau dalam pelbagai disiplin ilmu antaranya hadith,tafsir,fiqh dan sebagainya lagi. Antara kitab syarah hadith terkenal karangan beliau ialah Riyad al-Sunan iaitu syarah kepada Sunan Tirmizi sebanyak 40 jilid. Dalam bidang tafsir pulak, beliau mengarang syarah kepada Tafsir Baidawi sebanyak 55 jilid. 

1. Antara kitab beliau yang lain ialah Al-Qasidah al-Husna fi Asma al-Nabi al-‘Uzma ( Satu kitab yang menghimpunkan 500 Nabi صلی اللہ علیہ وسلم ).

2. Beliau juga telah mensyarahkan kalimah  أما بعد  " Amma ba'd" menjadi lebih 1.3 juta penjelasan. Boleh lihat dalam kitab karangan beliau iaitu Al-Najm as-Sa’d fi Mabahith Amma Ba’d. 

3. Beliau juga telah mensyarahkan lebih daripada 190 keunggulan Sayyiduna Ibrahim عليه السلام dalam selawat Ibrahim. Boleh lihat dalam Fath al-‘Alim fi Halli Ishkali al-Tashbih al-‘Azim fi Hadith ‘Kama Sallayta ‘ala Ibrahim.

4. Beliau juga mengarang kitab Fath Allah fi Khansa'is al-Ism Allah iaitu satu kitab menerangkan keistimewaan nama-nama Allah  سبحانه و تعالى lebih daripada (2 jilid) lebih kurang 1500 mukasurat. Kitab ini menerangkan tentang kebesaran Allah سبحانه و تعالى disebalik penggunaan kalimah Allah, kebesaran kalimah yang tidak pernah dibahaskan oleh oleh para ulamak. Pernah sekali beliau diundang oleh kerajaan Arab Saudi untuk menerima ijazah PHD atas perkhidmatan beliau dalam bidang tersebut, tetapi beliau menolak pemberian anugerah tersebut dengan berkata bahawa, saya menulis kitab ini adalah kerana keredhaan Allah سبحانه و تعالى bukan kerana darjah duniawi.

Beliau mengajar Hadith selama 46 tahun sepanjang hidupnya dan telah menghasilkan lebih daripada 10,000 ulama Islam yang datang dari seluruh pelusuk dunia terutamanya yang belajar di Jamia Ashrafia, Lahore,Pakistan. Antara pelajar beliau dari Malaysia ialah Maulana Hasnul Hizam Hamzah حفظه الله (khadim khas beliau), Maulana Hamzah حفظه الله dan Maulana Ismail Mat Deris حفظه الله . kesemua mereka adalah tenaga pengajar hadith di Madrasah Miftahul Ulum,Sri Petaling dan cawangannya. 

Di akhir hayat beliau, beliau telah didapati mengidap penyakit hati yang teruk sehingga membawa kepada kematian beliau. Beliau menghempus nafas terakhir ketika menunggu untuk solat asar pada 19 Oktober 1998 pada usia 63 tahun. Berita kematian beliau tersebar dengan meluas diseluruh Pakistan. Beribu-ribu orang menghadiri solat jenazah beliau di Lahore dengan tangisan di mata mereka. Beliau dikebumikan di tanah perkuburan Mayani sahib, Lahore,Pakistan. Selepas beliau dikebumikan di perkuburan Mayani, telah keluar satu haruman wangi dari kubur beliau dan mewangikan seluruh perkuburan yang lain. Wangian ini berterusan selama lebih 7-8 bulan.

Beribu-ribu orang datang untuk menziarahi perkuburan beliau dan ramai para ulamak menyatakan bahawa haruman ini adalah datang dari syurga. Menurut sejarah Islam, para ulamak mengatakan bahawa Maulana Muhammad Musa Ruhani Al-Bazi  رحمة الله عليه adalah orang ketiga dalam sejarah Islam di mana kubur mereka mengeluarkan haruman bau syurga. Beliau mewakafkan seluruh hidup beliau dalam pengajaran, penulisan, suluk dan sebagainya. Beliau diiktiraf sebagai seorang yang sangat alim dalam bidang hadith, tafsir, fiqh dan pelbagai lagi disiplin ilmu yang lain. Karya-karya beliau menunjukan bahawa kewibawaan beliau sebagai seorang yang sangat hebat bahkan telah diterjemahkan oleh pelbagai bahasa. Kebanyakan buku beliau dituliskan dalam bahasa Arab, Urdu dan Farsi. Karya-karya beliau juga mendapat perhatian yang besar dari pelbagai ulamak.

Guru saya pernah menceritakan bahawa sekali :

" Apabila buku beliau dibawa kehadapan beberapa ulamak arab, maka para ulamak arab ini telah bertanya, adakah pengarang buku ini masih hidup ? dan adakah benar beliau seorang yang ajam? Para ulamak arab ini mengatakan bahawa kerja-kerja ilmiah milik beliau begitu mengagumkan kami khususnya dalam kesusasteraan arab. Kami merasakan bahawa sepatutnya beliau dilahirkan beberapa ratus tahun sebelum ini kerana kehebatan beliau". 

Saat-saat kematian beliau

Ketika beliau berada di atas katil dalam biliknya, hampar 30 orang pelajar beliau dan para ulama tempatan telah datang menziarahi beliau. Satu perkara yang aneh telah berlaku iaitu beliau telah meminta semua orang yang berada di sampingnya mengucap kalimah syahadah dengan kuat bersama dengannya. Ketika mereka yang berada di sampingnya mengikuti pembacaan kalimah syahadah, takdir Allah, beliau telah dipanggil mengadap ilahi. انا لله وانا اليه راجعون

Menurut pandangan ulama, mereka tidak pernah mendengar lagi kisah kematian seseorang seperti ini di mana seseorang yang hendak meninggal dunia menasihati orang yang menziarahinya supaya membacakan Kalimah Syahadah bersama dengan beliau. Kebiasaanya orang-orang yang menziarahi orang sakit akan meminta orang sedang sakit itu untuk berbuat sedemikian. Tidak syak lagi, ini adalah salah satu daripada karomah beliau yang Allah سبحانه و تعالى zahirkan. 

Menurut sejarah Islam, Maulana Muhammad Musa Ruhani Al-Bazi   رحمة الله عليه adalah insan ketiga dalam sejarah Islam di mana telah keluar haruman daripada kubur. Ini adalah sebahagian daripada tanda-tanda penerimaan Allah swt atas perkhidmatan beliau pada agama Allah سبحانه و تعالى.

Kitab Al-Barakat al-Makkiyah Fi ‘l-Salawat al-Nabawiyyah

Antara kitab yang dikarang oleh Maulana Musa Ruhani al-bazi  رحمة الله عليه  ialah kitab selawat yang menghimpunkan 805 nama nabi صلی اللہ علیہ وسلم yang diberikan nama Al-Barakat al-Makkiyah fi ‘l-Salawat al-Nabawiyyah.

Kitab ini menunjukan betapa haibah beliau dalam menghasilkan karya-karya ilmiah dan mengambarkan betapa dalam dan luasnya ilmu beliau. Tidak perlu dikatakan, kedua-dua hasil kerja ini adalah usaha yang menakjubkan dan benar-benar menampak kehebatan beliau sebagai seorang yang faqih dalam pelbagai disiplin ilmu.
Kitab Al-Barakat al-Makkiyah Fi ‘l-Salawat al-Nabawiyyah yang diterbitkan dalam versi Urdu. Dalam kitab ini juga ada diceritakan kisah karomah pengarang kitab dimana kubur beliau telah mengeluarkan haruman selama lapan bulan. Sila klik link ini untuk membaca kisah tersebut.

Kitab Al-Barakat al-Makkiyah Fi ‘l-Salawat al-Nabawiyyah yang telah diterbitkan oleh Maulana Muhammad Razif Mazahiri حفظه الله dan telah disesuaikan untuk pembacaan pelbagai golongan. Insyallah, tidak lama lagi, majlis pelancaran kitab ini akan di buat. Insyallah. Dalam kitab tersebut telah dinyatakan bahawa untuk mendapat lebih keberkatan dalam pembacaan dan pengamalannya, kita telah diminta untuk memohon ijazah daripada waris pengarang iaitu anak beliau. Saya telah menulis e-mail kepada anak pengarang dan juga menelefon anak pengarang sendiri untuk memohon ijazah pengamalan kitab. Alhamdulillah, anak pengarang memberikan ijazah pengamalan kitab ini kepada saya melalui dua cara, satu melalui kiriman e-mail dan satu lagi melalui lisan.

Antara contoh kiriman email ijazah pengamalan yang diberikan kepada saya. Anak beliau boleh dihubungi melalui e-mail ini uzairbazi@hotmail.com / zuhairalbazi@gmail.com atau melalui panggilan 0092-300-4426440 /  0092-321-4044404. 

Maulana Muhammad Musa Ruhani Al-Bazi رحمة الله عليه sendiri telah mendoakan kepada pembaca kitab Al-Barakat al-Makkiyah Fi ‘l-Salawat al-Nabawiyyah ini di dalam Masjidil Haram dengan diselubungi keberkatan Ka’bah. Antara doa beliau ialah :

Bagi penyimpan kitab ini, mereka yang menyimpan Kitab yang mulia ini di dalam rumahnya:

•Semoga mereka dipelihara daripada setiap kerisauan dan kebimbangan
•Ancaman musuh, pengacau dan orang fasiq
•Diselamatkan daripada banjir dan kebakaran 
•Dijaga daripada rompakan dan kecurian seperti berada dalam kubu yang kuat lagi kukuh
•Diselubungi dengan Rahmat, keberkatan, ketinggian, kemuliaan, kebaikan, kesejahteraan dan ‘afiah

Update pada 31/1/2015

Saya berasa terpanggil untuk mengemaskini artikel mengenai Maulana Muhammad Musa Ruhani Al-Bazi رحمة الله عليه kerana ada beberapa perkara yang menarik yang dikongsikan oleh kedua-dua puteranya (Maulana Muhammad Zubair dan Maulana Muhammad Zuhair ) yang hadir ke Malaysia selama lebih kurang 2 minggu iaitu (15/1/2015-29/1/2015). Syukur pada Allah سبحانه و تعالى kerana saya berkesempatan berkhidmat sepanjang safar mereka keseluruh negara. Sepanjang safar kami, kedua-dua Maulana banyak berkongsi cerita mengenai kehidupan ayahanda mereka.

Majlis Jamuan perpisahan disebuah restoran sebelum kedua-dua Maulana ini berangkat pulang ke Lahore, Pakistan.

Antara karya-karya ilmiah milik Maulana Muhammad Musa Ruhani Al-Bazi  رحمة الله عليه yang dibawa untuk dijadikan hadiah kepada penanggungjawab agama di setiap negeri.

Rujukan :

[1]. http://alqalamfoundation.org/biography.html
[2]. http://ulamadeoband.wordpress.com/2012/02/17/mawlana-musa-al-roohani-albazi/
[3]. Hasil perbualan saya dengan Maulana Mohammad Razif Mazahiri, Maulana Ismail Mat Deris dan Maulana Hasnul Hizam Hamzah.
[4]. Hasil muzakarah bersama dengan Maulana Muhammad Zubair dan Maulana Muhammad Zuhair .

14 comments:

  1. Antara tanda2 kiamat...diangkat ilmu...iaitu kematian alim ulama'...orang seperti Maulana Musa di atas adalah permata akhir zaman untuk umat..bertuah orang indopak ada banyak ulama' terbaik

    ReplyDelete
  2. Tuan, ada silap pada email maulana.....zuhairalbazi@gmail.com..... email yg betul adalah zubairalbazi@gmail.com

    ReplyDelete
  3. Nawarullahu marqadahu.. Semoga Allah menerangi pusaranya dan memudahkan hidup ulamak2 mukhlis yang berpenat lelah menyampaikan kitab salawat barakah al mahkiah tersebut kpd ummat...

    ReplyDelete
  4. Ya Allah jadikan aku dan pencinta maulana musa dikalangan orang2 yg isiqamah dlm menuruti sunnah nabawi dan perlakuan orang2 yg soleh .

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah..ana pun baru terima ijazah amalan ini setelah 4 hari menghubungi beliau melalui email..Semoga Allah memberkati pengarang kitab ini.

    ReplyDelete
  6. salam. dimanakah boleh saya dapatkan kitab barakah makiyyah ini. 0134010280

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kontak abg man 0198181062

      Delete
  7. Salam,
    blh dapatkan disini -> http://kitabselawat.com/
    Moga allah merahmati dan memberkati kita semua. Amin...

    ReplyDelete
  8. Mcm mn cara nk minta ijazah dr maulana

    ReplyDelete
  9. saya sdg mncari dkdai buku berdekatn tmpt saya tp blum ada..insyaAllah smoga dprmudahkn kelak

    ReplyDelete
  10. أنا أحب شيخنا ومولانا العلامة محمد موسى الروحاني بازي قدس الله سره..حبا في الله حبا لولي من أولياء الله تعالى

    ReplyDelete
  11. أنا أحب شيخنا ومولانا العلامة محمد موسى الروحاني بازي قدس الله سره..حبا في الله حبا لولي من أولياء الله تعالى i m from pakistan what is the language of these comments

    ReplyDelete

Tinggalkan komen anda...Setiap komen anda amat dihargai...
Sila berikan komen dengan penuh adab,Segala Komen yang tidak memenuhi adab,inshallah,akan di delete oleh admin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Telah Link Blog Ini