Ikuti Blog Ini

Friday, February 13, 2015

Pujian Abuya Alwi Al-Maliki رحمه الله تعالى kepada Maulana Muhammad Zakariyya Kandhalawi رحمه الله تعالى

Maulana Muhammad Yusuf Motala حفظه الله telah menceritakan di dalam buku beliau satu kisah yang menarik antara perbualan beliau dengan  As-Sayyid Muhammad Bin Alwi Al-Maliki رحمه الله تعالى . Kisah mereka adalah seperti berikut [1]. 
Buku ini adalah satu buku biografi Syeikhul Hadith Maulana Abdur Rahem Motala رحمه الله تعالى yang ditulis oleh adik beliau iaitu Syeikhul Hadith Maulana Yusuf Motala حفظه الله . Ianya mengandungi kenyataan daripada Maulana Abdur Rahe'm Motala رحمه الله تعالى mengenai kehidupannya sejak lahir sehingga ke kisah kematiannya. Ianya juga sangat bermanfaat kepada mereka yang mempunyai hubungan dengan Syeikhul Hadith Maulana Muhammad Zakariyya Kandhalawi رحمه الله تعالى.

Sekali Al-Allamah Al-Muhadith Syeikh Muhammad bin Alwi Al-Maliki رحمه الله تعالى datang menziarahi Syeikhul Hadith Maulana Muhammad Zakariyya Kandhalawi رحمه الله تعالى di Madinah Al-Munawarah. Ketika beliau selesai menziarahi Maulana Muhammad Zakariyya Kandhalawi رحمه الله تعالى, maka Maulana Muhammad Zakariyya Kandhalawi رحمه الله تعالى telah menghantar khadim beliau (Maulana Muhammad Yusuf Motala حفظه الله ) untuk mengiring Syaikh Muhammad Bin Alwi Al-Maliki رحمه الله تعالى untuk pulang.

Ketika berjalan pulang, Syeikh Muhammad Bin Alwi Al-Maliki رحمه الله تعالى telah mengatakan bahawa " saya berasa iri hati (cemburu ) yang mendalam terhadap tuan atas khidmat yang telah tuan lakukan. Hal ini adalah kerana tuan telah melakukan khidmat kepada Al-Imam Malik Bin Anas رحمه الله تعالى di zaman sekarang.

 Pada perasaan saya, bahawasanya kamu sedang berkhidmat kepada Al-Imam Malik Bin Anas رحمه الله تعالى di zaman sekarang. Lihat, betapa banyaknya persamaan antara Al-Imam Malik Bin Anas رحمه الله تعالى dengan guru kita Syeikhul Hadith Maulana Muhammad Zakariyya Kandhalawi رحمه الله تعالى.

Pertamanya, Al-Imam Malik Bin Anas رحمه الله تعالى sangat mencintai Madinah Al-Munawwarah, hal ini sama keadaannya seperti guru kita yang mulia Syeikhul Hadith Maulana Muhammad Zakariyya Kandhalawi رحمه الله تعالى yang amat mencintai Madinah Al-Munawwarah.

Keduanya, keasyikan dan kecintaan guru kita yang mulia Syeikhul Hadith Maulana Muhammad Zakariyya Kandhalawi رحمه الله تعالى terhadap Hadith-Hadith Nabi ﷺ dan keadaan ini juga telah berlaku kepada Al-Imam Malik Bin Anas رحمه الله تعالى . 

Ketiganya , kitab karangan Al-Imam Malik Bin Anas رحمه الله تعالى iaitu Al-Mu'watta telah dianggap sebagai kitab yang sangat bernilai di seluruh dunia Islam. Kemudiannya, dengan adanya syarahan yang dianggap terbaik kepada kitab Al-Mu'watta ini iaitu Awjazul Masalik ila Mu'watta' Imam Malik yang telah dihasilkan oleh guru kita yang mulia iaitu Syeikhul Hadith Maulana Muhammad Zakariyya Kandhalawi رحمه الله تعالى.


Awjazul Masalik ila Mu'watta' Imam Malik sebanyak 18 jilid, satu syarah yang begitu terperinci di dalam mazhab Maliki dan juga mazhab-mazhab yang lain. Kitab ini juga memperlihatkan kehebatan serta kewibawaan Syeikhul Hadith Maulana Muhammad Zakariyya Kandhalawi رحمه الله تعالى di dalam ilmu hadith.

Keempatnya, Insyallah, sangat sempurna apabila Al-Imam Malik bin Anas رحمه الله تعالى telah dikebumikan di perkuburan Baqi' dan guru kita yang mulia iaitu Syeikhul Hadith Maulana Muhammad Zakariyya Kandhalawi رحمه الله تعالى juga telah dikebumikan di perkuburan Baqi' ,Madinah Al-Munawwarah.

Al-Imam Malik Bin Anas رحمه الله تعالى telah dikebumikan berdekatan dengan guru beliau iaitu Al-Imam Nafi' رحمه الله تعالى di perkuburan Baqi' , hal ini juga sama keadaannya yang berlaku kepada guru kita yang mulia iaitu Syeikhul Hadith Maulana Muhammad Zakariyya Kandhalawi رحمه الله تعالى yang telah dikebumikan berdekatan dengan guru beliau iaitu Maulana Khalil Ahmad Saharanpuri رحمه الله تعالى. 


Kedudukan maqam-maqam di perkuburan Baqi' ,Madinah Al-Munawwarah..

Semoga Allah سبحانه وتعالى menerangi pusara mereka semua dengan cahaya yang sempurna dan semoga Allah سبحانه وتعالى meninggikan maqam mereka pada maqam yang tertinggi.

Rujukan :
[1]. Merey Bhai Jaan, Maulana Muhammad Yusuf Motala, m/s 12.

3 comments:

  1. Aujazul Masalik Darul Kutub al-Ilmiyyah 18 jilid ke 16 jilid?

    ReplyDelete
  2. Aslmkm. Boleh jelaskan bagaimana dialog antara Syeikh Muhammad Alwi Al Maliki dan Maulana Yusuf Motala sebenarnya berlaku? Berdasarkan drpd cerita yg ditulis diatas, Syeikh Muhammad Alwi Al Maliki telah menyampaikan perasaan cemburunya terhadap Maulana Yusuf Motala ketika berjalan pulang dari menziarahi Maulana Zakariya Kandhalawi. Tapi, bagaimana pula dia menceritakan persamaan keempat tu sedangkan saat itu Maulana Zakariya masih hidup?
    Saya minta maaf awal-awal sekiranya saya salah faham.

    ReplyDelete

Jika mahu memberikan komentar, silakan, berilah komentar dengan menggunakan laras bahasa yang sopan dan penuh beradab. Segala komentar yang menyelisihi laras bahasa sopan dan adab, insyallāh akan dipadam oleh team admin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Telah Link Blog Ini