Ikuti Blog Ini

Wednesday, February 25, 2015

Tangisan Maulana Sayyid Muhammad Yusof Al-Banuri رحمه الله تعالى Kerana Terluput Solat Berjemaah

Muhaddith-ul-asr Maulana Sayyid Muhammad Yusuf Banuri رحمه الله تعالى 

As-Syahid Maulana Yusuf Ludhyanwi رحمه الله تعالى menulis: "Suatu ketika, beberapa orang telah meminta Al-Allamah Al-Muhadith Maulana Sayyid Muhammad Yusuf Banuri رحمه الله تعالى datang ke majlis pembukaan kedai baru mereka selepas solat fardu Jumaat. Maulana Sayyid Muhammad Yusuf Banuri رحمه الله تعالى berkata kepada mereka: "Pada setiap hari Jumaat, saya selalu menunaikan solat Asar secara berjemaah di masjid saya. Tuan-tuan hendaklah pastikan bahawa majlis ini tidak menyebabkan saya tertinggal solat fardu Asar berjemaah. "Mereka pun memberikan jaminan kepada Maulana Sayyid Muhammad Yusuf Banuri رحمه الله تعالى bahawa mereka tidak akan mengendalikan majlis sehingga menggangu solat berjemaah beliau. 

Secara umumnya, masyarakat awam di sana apabila melihat kedatangan ulama, mereka sangat teruja untuk menyantuni sehingga telah menyebabkan masa yang diperuntukan kepada Maulana Sayyid Muhammad Yusuf Banuri رحمه الله تعالى berlanjutan sehingga begitu lama. Setelah selesai melayani masyarakat yang datang ke majlis tersebut, beliau pun segera kembali ke masjid beliau dan setibanya beliau di sana, beliau mendapati bahawa solat fardu Asar berjemaah telah pun selesai. Melihat keadaan ini, beliau telah mula menangis dengan esakan yang begitu kuat sekali. 


Jami‘atul-‘Ulū\umul-Islamiyah, Banuri Town, Karachi, Pakistan merupakan institusi pengajian yang diasaskan oleh Maulana Sayyid Muhammad Yusuf Banuri رحمه الله تعالى .

Kata As-Syahid Maulana Yusuf Ludhyanwi رحمه الله تعالى , " saya melihat guru saya yang mulia (Maulana Sayyid Muhammad Yusuf Banuri رحمه الله تعالى) menangis dengan sungguh-sungguh sekali dan beliau juga mendengar keluhan daripada guru beliau yang telah berkata " solat kita tidak mempunyai kualiti, solat kita sekarang banyak yang berkeadaan lalai. Kita tidak tahu solat yang manakah yang Allah سبحانه وتعالى akan menerima. Kita menunaikan solat secara berjemaah adalah kerana untuk meniru contoh dari Nabi  صلى الله عليه وسلم  . Jika cara bersolat yang kita tiru dari Nabi  صلى الله عليه وسلم  ini pun tidak kekal dalam kehidupan kita, maka dengan cara apa lagi yang kita ada ! " 

Rujukan :

[1]. Tuhfat Ul Mada'ris , jilid 1, m/s 491. 

2 comments:

  1. Assalamualaikum...ramai umat islam di akhir zaman ini tidak mengambil berat akan solat terutamanya solat fardu..apa yg ditakuti kita mendirikan solat ttp solat kita tidak dipandang oleh Allah SWT..sebaik2 nya kena berusaha mencontohi solat cara Nabi SAW..

    ReplyDelete

Tinggalkan komen anda...Setiap komen anda amat dihargai...
Sila berikan komen dengan penuh adab,Segala Komen yang tidak memenuhi adab,inshallah,akan di delete oleh admin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Telah Link Blog Ini