Ikuti Blog Ini

Saturday, March 26, 2016

Imām‬ al-Madanī dan Syaikh Tasawwufnya

Kepentingan Tasawwuf kepada Ummat Islam

Menyedari akan kepentingan tasawuf penting kepada anaknya, Sayyid Habib Allāh telah menyarankan kepada Imām al-Madanī supaya mencari Syaikh yang boleh dijadikan rujukan dalam kesufian. Imām al-Madanī telah menyatakan keinginan beliau untuk mengambil bai'ah ditangan guru beliau Syaikh al-Hind tetapi keinginan beliau ini telah ditolak oleh Syaikh al-Hind dengan baik, kemudiannya Syaikh al-Hind mencadangkan bahawa Imām al-Madanī mengambil bai'ah daripada Imām al-Gangohī. Imām al-Madanī tidak mempunyai pilihan lain melainkan mengikuti cadangan daripada gurunya itu.

Pada tahun 1899M, Imām al-Madanī telah mengambil bai'ah daripada Imām al-Gangohī setelah melalui latihan kesufian bersama Imām al-Gangohī . Imām al-Gangohī telah menganugerahkan silsilah 4 tarīkat utama seperti Chistīy, Naqshabandīy, Qadarīy dan Suhrawardīy kepada beliau.

Rujukan 
Hifz al-Rahman as-Seoharwī, Naqsh-e-Hayat, cetakan Maktabah-e-Diniya, Deoband, 1955, Jilid 1, hlm 78.

0 Komen kat sini:

Post a Comment

Tinggalkan komen anda...Setiap komen anda amat dihargai...
Sila berikan komen dengan penuh adab,Segala Komen yang tidak memenuhi adab,inshallah,akan di delete oleh admin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Telah Link Blog Ini