Ikuti Blog Ini

Tuesday, September 27, 2016

Maulānā Muhammad Ilyās al-Kāndhalawī menamatkan pengajiannya

Selepas kematian Maulānā Rashīd Ahmad al-Gangohī, Maulānā Muhammad Ilyās al-Kāndhalawī banyak menghabiskan masanya bersendirian. Beliau selalu mengerjakan solat-solat sunat sebanyak-banyaknya. Dari waktu maghrib sehingga Isya’, ketika itu beliau baru berusia 25 tahun.

Maulānā Muhammad Ilyās al-kāndhalawī meneruskan pengajiannya dengan berjaya menamatkan pengajian Sahīh Sittah di institusi pengajian Dār al-Ulūm, Deoband dibawah bimbingan Syaikh al-Hind. Kemudiannya untuk menyempurnakan pendidikan kesufiannya, Maulānā Muhammad Ilyās al-Kāndhalawī meneruskan dengan mempelajarinya daripada Maulānā Khalīl Ahmad al-Sahāranfurī sehingga selesai. Hal ini adalah kerana nasihat daripada guru beliau di Dār al-Ulūm, Deoband iaitu Syaikh al-Hind. [1]

Rujukan 

[1] (Maulānā) Sayyid Abu Hasan Alī an-Nadwī, Ḥaẓrat Maulānā Muḥammad Ilyās aur un kī dīnī dakwat , terbitan Maktabah Mahmūdiyah, Raiwind , (1967), hlm 15.

Monday, September 19, 2016

Maulana Yunus Joupuri حفظه الله dan sifat tidak berputus-asa.

Maulana Yunus Joupuri حفظه الله menceritakan pengalaman beliau belajar dengan Maulana Zakariya Kandahlawi رحمه الله.
Ada sekali tu, aku telah dimarahi oleh guruku (Maulana Zakariya Kandahlawi ) kerana tersalah membaca ibarat dihadapan guruku, lalu guruku begitu marah dan berkata " kenapa bodoh sangat kamu ni " . Selepas dimarahi oleh guruku, lalu aku seolah-olah berputus - asa.

Tiba-tiba, ada satu suara datang membisik di telingaku memberitahu bahawa " teruskan mempelajarinya, kebodohan kamu tidak akan hilang selagi mana kamu berputus -asa ".
Maulana yunus Joupuri حفظه الله berkata ketika mendengar suara itu, aku merasakan seperti baru mendapat satu kekuatan baru. Sejak dari itu, aku telah " talakkan " sifat berputus asa dari hidup aku.
Maulana Yunus Joupuri berkata bahawa aku mulai mengajar Sahih Al-Bukhari pada usia 33 tahun iaitu sekitar tahun 1967 M. Dan " sekarang alhamdulillah, tidak ada satu kitab hadith yang aku tidak membaca melainkan kesemuanya aku telah membacanya " .

Rujukan
Dars Bukhari Maulana Yunus Joupuri حفظه الله.

Sunday, September 11, 2016

Maulānā Muhammad Ilyās al-Kāndhalawī di waktu kecil

Masa kanak-kanak Maulānā Muhammad Ilyās al-Kāndhalawī dihabiskan bersama abangnya Maulānā Yahya Muhammad Yahya al-Kāndhalawī di Kāndhala tetapi masa pengajian awalnya banyak dihabiskan di Nizamuddīn. Selepas kematian bapanya , masa Maulānā Muhammad Ilyās al-Kāndhalawī banyak dihabiskan bersama abangnya di Gangoh.

Maulānā Muhammad Ilyās al-Kāndhalawī telah datang untuk tinggal di Gangoh ketika berumur 10 tahun. Sepanjang beliau berada di Gangoh, beliau telah dijaga oleh abangnya iaitu Maulānā Muhammad Yāhya al-Kāndhalawī. Maulānā Rashīd Ahmad Gangohī telah melayan Maulānā Muhammad Ilyās al-kāndhalawī tidak seperti kanak-kanak yang lain. Maulānā Muhammad Ilyās al-Kāndhalawī telah diberikan keistimewaan apabila berpeluang mengambil bai’ah daripada Maulānā Rashīd Ahmad al-Gangohī. Adalah tidak menjadi kebiasaan bagi Maulānā Rashīd Ahmad al-Gangohī untuk tidak mengambil bai’ah daripada mana-mana orang yang tidak menamatkan pengajian atau kanak-kanak tetapi tidak bagi Maulānā Muhammad Ilyās al-Kāndhalawī. Beliau telah menerima bai’ah daripada Maulānā Muhammad Ilyas al-Kāndhalawī.
Maulānā Muhammad Ilyās al-Kāndhalawī telah menunjukan perasaan kasih sayang yang luar biasa kepada Maulānā Rashīd Ahmad al-Gangohī apabila merasai tidak tenang tatkala tidak bersama dengan Maulānā Rashīd Ahmad al-Gangohī. Seringkali beliau bangun ditengah malam semata-mata mahu melihat Maulānā Rashīd Ahmad al-Gangohī.
Rujukan
[1] (Maulānā) Sayyid Abu Hasan Alī an-Nadwī, Ḥaẓrat Maulānā Muḥammad Ilyās aur un kī dīnī dakwat , terbitan Maktabah Mahmūdiyah, Raiwind , (1967), hlm 11.

Saturday, September 3, 2016

Kehilangan Maulānā Rashīd Ahmad al-Gangohī

Kematian Maulānā Rashīd Ahmad al-Gangohī telah menyebabkan satu kehilangan besar buat diri Maulānā Muhammad Ilyās al-Kāndhalawī. Ianya sama seperti kematian bapanya. Bagi Maulānā Muhammad Ilyās al-Kāndhalawī, Maulānā Rashīd Ahmad al-Gangohī lebih daripada seorang guru kepada beliau. Kematian Maulānā Rashīd Ahmad al-Gangohī menyebabkan Maulānā Muhammad Ilyās al-Kāndhalawī kehilangan tempat untuk bergantung, hilang teman untuk mengadu, hilang teman untuk memberikan motivasi kepada beliau.
Pernah satu kali, Maulānā Muhammad Ilyās al-Kāndhalawī mengadu kepada Maulānā Rashīd Ahmad al-Gangohī mengenai keresahan hatinya seolah-olah ada sesuatu bebanan di hatinya. Perkara ini telah diadukan kepada Maulānā Rashīd Ahmad al-Gangohī lalu Maulānā Rashīd Ahmad al-Gangohī memberitahu bahawasanya Allāh ta’ala akan mengambil sesuatu kerja daripada kamu. [1]

Rujukan
[1] (Maulānā) Sayyid Abu Hasan Alī an-Nadwī, Ḥaẓrat Maulānā Muḥammad Ilyās aur un kī dīnī dakwat , terbitan Maktabah Mahmūdiyah, Raiwind , (1967), hlm 12.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Telah Link Blog Ini